https://sspniplusonline.ptptn.gov.my/sspniplusonline/?id=000008279
Showing posts with label DURIAN. Show all posts
Showing posts with label DURIAN. Show all posts

Thursday, 26 December 2013

MUSIM BUAH DI KG MERTUA

Sekarang ni masih musim buah di kg bapak mertua di Kuala Kangsar. Semalam bapak mertua balik kg untuk amik buah di dusun perninggalan arwah ayahnya. Perjalananan by motorsikal mengambil masa 2 jam. Ayah mertua ajak aku p sama tapi aku jer malas sbb perjalanan by motorsikal mengambil masa yang lama. Tambahan cuaca yang tak menentu lagi musim hujan.

Buah kundang, wife aku makan cicah kicap Jalen. Wife aku memang suka buah yang masam manis.

Durian kg takde lesen

Pokok langsat pun ada di dusun dan sedang berbuah. Bapak mertua aku tak sempat ambil. Lewat petang semalam bapak mertua aku balik basah kuyup. Hujan lebat sangat2 di sepanjang perjalanan. Demi nak bagi anak2 dan cucu2 yang bakal sampai hari bapak mertua gagahkan diri jugak p ke dusun mengambil buah-buahan.

Cucu kesayangan mertua aku bakal sampai kg hari ini.


Inilah cucu terbaru mak dan bapak mertua aku baru lahir 13.12.13. Baby boy, kakak2nya ada 3 orang umur 5 tahun, 3 tahun dan 2 tahun dalam gambar di atas.





Friday, 6 December 2013

BUBUR PULUT HITAM DURIAN

Pagi ni wife aku masak bubur pulut hitam campur durian yang dia belu rabu lepas. Masih ada berbaki lagi.

Bahan-bahan:

500 gram pulut hitam dicuci dan direndam terlebih dahulu.



Santan kotak 500ml, wife tak rajin beli santan segar.

Baki durian yang ada

Bahan-bahan lain : Daun pandan, gula dan garam secukup rasa manis dan rasa

Cara memasaknya:
1. Rebus dulu pulut hitam sehingga kembang setaman. Wife guna pressure cooker so lebih menjimatkan masa.
2. Bila pulut hitam dah kembang setaman masukkan santan, tambahkan air jika santan tidak mencukupi.
3. Masukkan daun pandan yang disimpul mati.
4. Masukkan durian, kacaukan sebati, biarkan sampai mendidih. Kacau sekali sekala.
5. Masukkan garam dan gula secukup rasa dan manis.
6. Sedia dihidangkan

Masih di dalam pressure cooker 6 liter. Nampak macam melimpah ruah kuahnya. 



Lepas ni wife nak tapau masukkan dalam tupperware for my mom and sil macam sebelum ni. Kami berdua tak mampu nak abiskan. Anak2 buah aku suka bubur pulut hitam ni. Dulu wife aku pernah masak kat umah dorang. Dorang tak panggil bubur pulut hitam tapi bubur chocolate sebab warnanya macam chocolate. Biasalah budak2 ikut suka dorang janji dorang suka. 

Untuk my mom

Untuk my SIL


Aku nak hantar wife p umah SIL, petang nanti SIL dan wife ada agenda nak buat waffle pulak. Wife akulah tukang supplier acuan waffle. Wife aku ni gadget dia macam2... pelik2 pun ada...



Tak tau la jadi tak waffle dorang ntahla. Semalam wife aku dah update SIL suruh beli barang tambahan untuk buat waffle. Wife ada tepung gandum lebihan buat kek coklat, yis jer... 




Wednesday, 4 December 2013

BELANJA DI LUAR LAGI

Kalu keluar umah memang kena bawa duit. Mana ada yang free. Wife aku kuar hari ni abis RM 50 yang aku bagi ahad lepas. Wife aku ikut SIL aku jln2 cari kerja sambil menyinggah tempat lain. Biasala perempuan pantang kuar umh.

SIL ajak wife breakfast kat restoren mamak. Wife aku order capati dan teh tarik. SIL aku order tosei share ngan anak2. Tiga orang ank dia ikut sama cuma yang baby jer kat baby sitter.



Breakfast wife makan SIL belanja. Alhamdulillah rezeki wife.

Durian ni wife beli masa perjalanan balik ke rumah. 3 biji RM 10 tapi buahnya tak berapa cantik.

Kat Museum Chocolate wife beli 4 Ferrero Rocher pada harga RM 12.00 dan 2 lagi almond choc and mix nuts choc pada harga RM 7.00 total belanja RM 21.00.

Wife aku bawa pulang Ayamas Roaster untuk aku 1 ekor pada harga RM 24.90 tapi wife bagi SIL. Disebabkan wife ada voucher buy 1 roaster dapat free half so itu yang dia bawa balik untuk aku bersama half ayam lagi yang dia dapat free sbb guna voucher. Ada 2 bekas half roaster tinggal satu yang aku tak ngap lagi. Satu lagi jer sempat bergambar untuk blog. 



Sunday, 1 December 2013

MARI BERSELAWAT BERSAMA USTAZ DON

Petang tadi SIL aku ajak wife datang umah. SIL aku masak bubur gunting campur durian yang dia beli bersama wife pagi tadi. Semasa nak balik terpandang papan tanda di umah dia program berselawat. Ustaz Don turut ada sama. Bestnya ada program kerohanian seperti ni...

Saturday, 30 November 2013

SHOPPING BARANG BASAH DI PASAR BORONG RM 100 ABIS SEHARI

Pagi ni adik ipar aku ajak wife aku p pasar borong beli barang basah. Antara yang dibeli oleh wife ikan 3 jenis, udang, sotong, ketam dan kerang sekilo setiap jenis. Total belanja dalam RM 59.00.



Ikan merah RM 18.00/kg , ikan cencaru RM 4.00/kg dan ikan tenggiri kecil RM 6.00/kg. Total untuk  ikan RM 28.00.




Udang bunga RM 15/kg dan sotong kecil RM 5.00/kg totol RM 20.00

Ketam RM 9.00/kg dan kerang RM 2.00/kg total RM 11.00 Barang2 lain yang wife beli durian RM 5.00 sebiji, longan RM 3.50/kg, serai RM 1.00/ikat, cili giling RM 4.00, daun kunyit RM 1.00 total RM 14.50.


Sebiji durian ada 4 ulas jer buahnya hehe, jadilah wife aku rasa. Aku memang tak makan durian.


Last barang yang wife beli ada frozen food brand Mushroom total RM 9.50 untuk 2 jenis barang, FOC shopping bag
 
 
 
Total belanja barang di atas RM 83.00, minyak dan tol share RM 11.00, makan sil aku belanja mee jawa + teh ais RM 5.10. So total wife aku kuarkan duit untuk barang dapur RM 94.00 nearly RM 100.00. Makin lama harga barang makin mahal. Stok barang basah bolehla tahan 1 minggu so budget purata sehari dalam RM 59.00/7 = RM 8.40. Kena bijak berbelanja baru boleh jimat... Wife aku tak berjimat mana pun...

Saturday, 23 November 2013

DURIAN DAH BERBUNGA...

Tajuknya durian dah berbunga... Tapi sebenarnya dah untuk dijual haha... Bukan akula yang jual aku hanya buyer jer... itupun sbb wife aku merajuk dengan aku pagi tadi.. Biasala orang perempuan ni pantang kita cakap cikit mula tarik muka... Merajuk pulak... Masa aku kuar siap dia sound lagi jangan tel dia... Modus operandi malas nak jawab dan dengar suara macho aku... Aku memang tak call dia la sebab dia pesan msg... Msg aku dia baca jer balas memang takla...


6 biji durian aku beli pada harga RM 20.00


 
Wife makan dua biji memang kategori hantu durian maklumla org kg. Macam aku memang tak makan langsung durian...

 
Lebihan di simpan dalam peti tupperware... Senang boleh terus simpan dalam peti sejuk.


Dapat 1 bekas besar dan 2 tupperware kecik.
 
Sampai jer umah bagi durian terus senyum wife. Biasala orang perempuan ni kena main psikologi sikit. Kalu pujuk2 kosong memang dorang buat tak tau jer... Macam kata UAI Ustaz Azhar Idrus, perempuan ni macam budak kecik, dorang ni suka barang mainan. Kalau kita bagi apa yang dorang nak takdenya dorang nak rajuk bagai. Cubala buat balik umah panggil wife "Ayang, mari kejap kat abg"... "Apa dia abg"... Cuba bagi RM 1K kat dorang... Mesti dorang seronok, terus layan kita macam raja...
 

 

Tuesday, 19 November 2013

ASB OOO ASB .... BILA LAH NAK DAPAT DURIAN RUNTUH

Jeng... Jeng... Mesti ramai daripada pelabur Bumiputera yang menunggu durian runtuh dividen ASB tidak lama lagi... Aku N3 kan tajuk ni walaupun aku tak pernah buka pun buku ASB setakat hari ini. Aku ni bukannya pelabur bijak PNB ni... Apa yang aku nak N3 kan adalah suka2 jer berdasarkan apa yang aku tau la...


Di atas ni salah satu contoh penyata ASB 2012... Tapi bukan milik aku ya... Tahun lepas PNB declare 7.75 + Bonus 1.15

Kalau aku adalah dividen sebanyak tu mesti melompat haha...

Tahun ini berapa jangkaan ASB 2013... Mesti ramai pelabur yang mengunakan duit sendiri dan loan menunggu2 jawapan dari PNB... Good luck all... Saper2 yang bijak buat evaluation jom share berapa dividen utk tahun berakhir 2013... Jom kita lihat sape yang kena....