Hari ini dah 28 Syaaban, tak lama lagi dah nak puasa. Selamat Berpuasa. Bila raya dah nak dekat ni… Mesti masing-masing sibuk dengan kuih-kuih raya…walaupun banyak kuih raya moden yang sedap-sedap tapi kuih raya tradisional masih menjadi pilihan…antara kuih raya tradisional yang popular adalah seperti berikut:-
Kuih Bangkit/Bakar
Kuih Bangkit / Bakar ini memang sedap tambah-tambah tangan orang lama yang membuatnya pasti terangkat kesedapannya.
Kuih Bahulu
Masa dulu susah nak buat kuih ni…kena bakar atas bawah….atas tu taruk sabut/arang). Biasanya orang dulu guna tin biskut terpakai / periuk lama untuk membakar kuih baulu. Membakar menggunakan kaedah tradisional menghasilkan baulu yang sedap.
Bahulu Cermai (Menghasilkan lebih kurang 100 biji)
Bahan-bahannya:
1 mangkuk telur (lebih kurang 10 biji)
1 mangkuk gula
Anggaran 500g tepung - diayak
Sedikit esen vanila
Sedikit minyak
Cara membuatnya:
- Panaskan oven. Lengser kan acuan dengan minyak dan masukkan ke dalam oven.
- Kemudian pukul telur dan gula sehingga kembang.
- Ambil 6 senduk adunan tadi dan campurkan 2 senduk tepung gandun. Kacau sehingga sebati. Keluarkan acuan dan masukkan 1 sudu adunan ke dalam acuan. Bakar sehingga kekuningan.
- Buat proses ini sehingga adunan tersebut habis.
1) Pastikan acuan betul-betul panas
2) Tepung hendaklah dimasukkan sedikit demi sedikit.
3) Bahulu akan melekat di acuan jika adunan terlalu manis.
4) Bahulu akan menjadi keras jika adunan terlebih tepung.
Kuih Sepit / kapit
Susah gak nk buat ni…bab nak lipat2 / gulung tu yang leceh, siap guna anak lesung batu untuk bagi Kuih Sepit / Kapit ni lipat dengan kemas… Kuih Sepit / Kapit bakar lagi sedap cuma leceh mengambil masa yang lama... nak senang goreng pun boleh lagi cepat siap). Dulu Kuih Sepit / Kapit ini kosong jer takde inti bagai, sekarang ni dah diupgrade ada inti bagai coklat / mentega kacang / strawberi dan macam-macam lagi perisa.
Kuih Sepit / Kapit
Bahan :
250gm tepung gandum
250 gula kastor
60gm tepung beras
5 biji telur
2 cawan santan
Sedikit garam
Minyak
Cara :
- Masukkan gula ke dalam bekas dan kacau bersama dengan telur, kacau sehingga rata
- Kemudian masukkan santan dan tepung sedikit demi sedikit
- Masukkan garam dan kacau lagi
- Sapukan sedikit minyak pada acuan kuih sepit dan panaskan
- Letakkan sedikit adunan pada acuan dan kepitkan
- Bakar sehingga kekuningan
- Tanggalkan dari acuan dan sedia untuk dilipat ikut suka hati.
Biskut Samprit
Kuih Putu Kacang
Dulu kena buat dengan menggunakan kacang hijau yang digoreng terlebih dahulu dan dibuang kulitnya. Kemudian ditumbuk hingga hancur mengunakan lesung besar bukan lesung batu yer. Kalau lesung batu satu hari satu malam pun tak siap-siap. Kemudian tepung yang dihasilkan ditambah gula secukup manis dan ditekan menggunakan acuan kayu. Kemudian disusun ke dalam talam besar dan letak kat tempat panas…cuaca panas…jemur…
Bahan-bahan
1 kg kacang hijau
1/2 kg gula mesin halus
acuan putu plastik atau kayu
Cara-cara
- Goreng kacang hijau dalam kuali di atas api sederhana tanpa minyak. Goreng hingga kekuningan.
- Kemudian buang kulit kacang dengan cara menumbuk dalam lesung besi...kalo tak de lesung guna kacang hijau yang dah dibuang kulitnya ikut cara 1 & 3 dan seterusnya.
- Setelah dibuang kulit basuh dan toskan dalam bekas tapis sayur dalam masa 2-3 jam hingga kering sedikit.
- Kisar kacang hijau hingga hancur, halus dan berdebu. Ayak hingga menjadi tepung. Jika kasar, kisar hingga halus dan ulangi pengisaran kacang tersebut hingga mendapat hasil yang dinginkan.
- Setelah jadi tepung, campur gula mesin tadi dan gaul sebati. Ambil segengam, kepalkan dengan tangan dan tekan dalam acuan putu plastik atau kayu. Ketuk acuan tadi hingga mengeluarkan bentuk putu yang tadi.
- Susun dalam talam dan jemur selama 10-15 minit untuk mengeringkannya sambil ditutup dengan selendang jarang untuk menghalang habuk. Kemudian boleh dimasukkan kedalam balang kuih....
Kuih Goyang / Kuih Ros
Kena goyangkan acuan tu untuk kuarkan batter dari acuan.. goyang.. goyang...
Dodol Kawah
Dulu dodol dimasak dalam kawah besar. Tenaga mengacau dodol mesti ramai, jenuh nak kacau dodol…mau meleleh-leleh peluh keluar... Dodol asli paling sedap.
Resepi Dodol Kawah (menghasilkan sebanyak 100 kg dodol masak)
Bahan-bahan
50 kilogram gula melaka
27.5 kilogram tepung pulut
50 kilogram santan kelapa segar
4 genggam garam
4 gayung air
Nisbah dodol 1 kg tepung pulut : 2 kg santan kelapa : 2 kg gula melaka
Cara-cara nak buat dodol?
- Tuangkan air sebanyak 4 gayung ke dalam kawah beserta dengan gula melaka yang 50 kilogram tadi. Biarkan gula tadi mencair dan pekat.
- Sambil menunggu gula tadi mencair dan pekat, bancuhkan tepung pulut beserta dengan santan kelapa.
- Setelah gula tadi pekat, masukkan bancuhan tersebut dan kacau sehingga adunan dodol tadi menjadi semakin berat.
- Tunggu sampai dodol masak (ikut citarasa sendiri) dan sedia untuk dibungkus. http://denii-herdiansah.blogspot.com/2012/09/cara-membuat-dodol-tradisional.html
Kuih Karas
Wife panggil kuih ni kuih Karai. Dulu masa kecik2 wife selalu makan di Seberang Karai, Kuala Kangsar semasa beraya di rumah opahnya.
BAHAN-BAHAN:
- 1 kg tepung beras
- 720 gm gula putih
- 750 ml air
- 1 1/2 liter minyak masak
CARA MEMASAK:
- Masukkan air ke dalam periuk.
- Kemudian masukkan gula dan kacau sehingga mendidih. Biarkan sejuk.
- Bila sudah sejuk, masukkan air gula ke dalam tepung dan kacau sebati (seperti bancuhan goreng pisang).
- Panaskan minyak, masukkan bancuhan ke dalam acuan karas dan bentukkan di dalam kuali.
- Goreng sehingga warnanya kekuningkuningan. Balik-balikkan dan angkat.
Tumpi Kacang Dhal
Rempeyek/Tempeyek
Biskut Buah Kana
Resepi Biskut Buah Kana
Bahan-bahannya:
90 g gula aising
150 g mentega/marjerin
1 biji kuning telur
1 camt vanila
170 g tepung gandum } diayak
100 g tepung jagung }
1/2 camt serbuk penaik}
jem secukupnya
Cara-caranya
- Pukul gula, mentega dan kuning telur hingga sebati. Masukkan vanila, kacau rata. Bubuh bahan ayak. Uli perlahan menjadi doh.
- Kemudian ambil sedikit doh dan tekan ke dalam acuan buah kana yang sudah ditaburi sedikit tepung.
- Ketukkanacuan dan atur biskut atas loyang pembakar yang disapu marjerin.
- Bakar pada 185 C selama 20-25 min atau hingga masak.
- Biarkan suam dahulu sebelum disapu jem diatas permukaan biskut tadi.Kemudian tangkupkan biskut yang telah disapu jem diatas sekeping lagi biskut.
Biskut Makmur
Biskut Sampan
Wajik Pulut
Buah Rotan
Biskut Lidah Jin
Kacang Botak
Kuih Siput
Kuih Siput ini leceh nak buat. Wife aku masa kecik2 memang malas nak tolong mak dia buat kuih siput. Dia kata kat mak dia buat kuih "Siput Babi" kan ke senang, cepat boleh siap.
Biskut Kacang Mazola
Walaupun kuih traditional tapi sedap tau.
ReplyDeleteMmg saya suka:)
menariknya
ReplyDelete