https://sspniplusonline.ptptn.gov.my/sspniplusonline/?id=000008279

Thursday, 26 June 2014

KUIH MUIH POPULAR BULAN RAMADHAN 2014

Bulan Ramadhan dah semakin menghampiri, hari ini Syaaban 29, 1435H. Pasti ada yang mencari-cari idea untuk menyediakan juadah berbuka puasa dari sekarang. Antaranya kuih-muih yang popular untuk menjadi hidangan semasa berbuka puasa sama ada disediakan sendiri atau didapati di mana-mana Bazar / Pasar Ramadhan @ PARAM.

  
Agar-agar Karamel terdapat variasi dalam penyediaannya, ada yang menggunakan telur, roti, agar-agar, gelatin dan sebagainya.

Agar-agar Karamel @ Che Mat Gebu

BAHAN-BAHANNYA :-)
8 g serbuk jelly (boleh beli kat pasaraya)
600 ml air
300 ml susu cair
120 g gula halus
1 camca besar tepung kastard
1 camca teh esen vanilla
1 cawan gula pasir (mat guna 3/4 cawan)*
3 camca besar air*(*untuk karamel)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Masak gula dengan api sederhana hingga cair, kacau perlahan2 hingga gula bertukar menjadi kuning keemasan dan kelihatan berbuih. Dengan berhati2 tuang air dan kacau hingga sebati. Masak sekejap lagi hingga pekat. Angkat dan tuang dalam bekas untuk membekukan agar2.
  2. Satukan susu cair dengan tepung kastard, kacau rata dan tapis. Satukan gula, air dan sebuk jelly, kacau rata dan jerang atas api dan kacau hingga semua larut dan mendidih. Perlahankan api dan masukkan bancuhan susu+kastard, kacau rata.
  3. Masak hingga bancuhan kelihatan sedikit pekat (bila angkat seduk, bancuhan jatuh bertali), matikan api dan tuang dalam bekas yang berisi karamel tadi. Biarkan suam dan simpan dalam peti sejuk 2 - 3 jam. Keluarkan agar2 dan isi dalam piring, hidangkan dingin...

Agar-agar Santan, ada pelbagai variasi ada yang menggunakan gula Melaka, Pandan dan sebagainya

Agar-agar Lumut @ Che Mat Gebu

BAHAN-BAHANNYA :-)
45g agar2 tali, kerat dan rendam dengan 1.5 liter air selama 15 minit
100 g gula Melaka, potong kecil
3/4 cawan gula pasir
2 helai daun pandan, disimpul
1/4 pewarna coklat (jika suka)
500 ml pati santan*
1 biji telur*
1 camca teh esen vanilla*
Secubit garam*(*disatukan dan pukul rata dengan whisk)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Jerang agar2 bersama daun pandan, gula melaka dan gula pasir hingga agar2 larut. Tapis bancuhan ke dalam periuk lain. Biar mendidih.
  2. Masukkan bancuhan santan tadi dan masak hingga mendidih dan kelihatan seakan berbiji2. Matikan api dan tuang dalam bekas yang sesuai. Biarkan sejuk dan betul2 keras sebelum dipotong. Lagi sedap kalau dihidangkan sejuk.....

Akok sejenis kuih yang amat popular di Pantai Timur di negeri Cik Siti Wan Kembang

Kuih Akok Resepi Bonda @ Bonda LiNa Pg


Bahan-Bahan:( sukatan cawan)

  • 1 cawan telur (pecahkan telur masukkan ke dalam cawan)
  • 1 cawan santan pekat
  • 1 cawan gula kabung (Racik halus masukkan dalam cawan)
  • 1 cawan air
  • 1/2 cawan gandum
  • 3 helai daun pandan (carik-carik)
  • Secubit garam
Cara-Cara:
  1. Panaskan oven selama 15minit suhu 200'C dan griskan acuan dengan minyak.Masukkan acuan ke dalam oven.
  2. Satukan gula kabung, air dan daun pandan.Masak hingga gula hancur.Keluarkan daun pandan.Kemudian sejukkan sebentar.
  3. Masukkan santan, tepung, garam, telur dan air gula ke dalam blender.Dan blend hingga betul2 kembang.(Adunan kuih akok memang cair).Tapiskan
  4. Keluarkan acuan dari oven dan tuangkan adunan ke dalam acuan tersebut.
  5. Bakar hingga masak. ina pg bakar selama 15min suhu diturunkan ke 180'C.Guna api atas dan bawah

Buah Melaka

Buah Melaka @ Che Mat Gebu

Bahan-Bahannya :-)
500 g tepung pulut
1 1/2 cawan air (kurang lebih)
1 camca teh pandan paste
Gula Melaka dipotong kiub, secukupnya
Kelapa kulit basah, diparut putih
Sedikit garam

Cara membuatnya :-)
  1. Masukkan tepung pulut dalam satu bekas, tuang air sedikit demi sedikit sambil digaul hingga menjadi doh yg tidak melekat di mangkuk adunan. Tambah pes pandan dan uli hingga rata.
  2. Ambil lebih kurang 1/2 camca besar doh. Isi kiub gula melaka, cantumkan dan bulat2 seperti guli. Buat hingga siap. Rebus dalam air mendidih hingga kuih timbul dan biar masak lagi selama 1 minit.
  3. Angkat dan toskan, golekkan dalam kelapa parut yang telah digaul sedikit garam. Buat hingga siap dan boleh dihidangkan...

Cara Berlauk

Cara Berlauk @ Che Mat Gebu

BAHAN UNTUK INTI :-)
100 gram daging ayam, cincang halus
1/2 biji bawang besar, cincang halus
2 ulas bawang putih, cincang halus
2 hirisan halia, cincang halus
3/4 camca besar rempah kari daging (Baba's)
1 camca besar sos tomato
1camca teh cili kisar
Garam dan gula secukup rasa
1/3 cawan air
1 biji cili merah, buang biji, dadu kecil2
Hirisan daun bawang secukupnya


BAHAN KUIH CARA :-)
75 gram tepung gandum
1 biji telur gred A
165 ml santan
2 camca besar mentega cair
Secubit garam
1 - 2 titik pewarna makanan kuning
CARA MEMBUATNYA :-)
  1. UNTUK INTI :- Panaskan sedikit minyak dalam kuali (mat guna non-stick pan), tumis bawang besar, bawang putih, halia dan cili kisar hingga harum, masukkan sos tomato dan rempah kari, kacau rata dan masak hingga rempah garing. Masuk daging ayam cincang dan kacau rata. Tuang air dan biar hingga kering. Tambah garam secukup rasa dan secubit gula. Akhir sekali masukkan sebahagian cili merah yang didadu dan juga sebahagian hirisan daun bawang. Gaul rata, rasa dan jika ok, matikan api. Sejukkan..
  2. UNTUK ADUNAN KUIH CARA :- Satukan semua bahan2 untuk kuih cara, kacau rata dengan whisk hingga tidak berbintil2. Kemudian tapis dan rehatkan sebentar. Boleh juga dimasukkan ke dalam alat pengisar makanan, dan kisar hingga halus. Ketepikan.
  3. UNTUK KUIH CARA BERLAUK :- Panaskan acuan kuih boulu bunga ceremai atas dapur gas, gunakan api paling kecil. Sapu setiap cetak dengan sedikit minyak makan (mat guna daun pandan yang dipotong pendek, ikat dan carik2kan bahagian hujungnya). Masukkan adunan kuih cara dalam bekas bermuncung (guna jug plastik pun ok), tuang 3/4 penuh seperti dalam gambar.
  4. Bila tepi kuih kelihatan pucat, masukkan 1/3 camca teh bahan inti di bahagian tengahnya, tabur juga sedikit cincangan cili merah dan hirisan daun bawang. Tutup permukaan acuan dengan tudung periuk. Biar 30 saat, buka dan bila permukaan kuih kering, boleh angkat. Buat kaedah sama dengan baki bahan2. Hidangkan untuk minum petang...

Cara Manis

Cara Manis @ Che Mat Gebu

BAHAN-BAHANNYA :-)
2 cawan tepung gandum
3 cawan santan kelapa (nak sedap guna yang fresh)
2 biji telur
3 helai daun pandan
Beberapa titik pewarna hijau
Gula pasir secukupnya, sebagai inti
Garam secukup rasa (bagi rasa lemak2 masin)
Sedikit minyak masak, untuk lenser acuan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Daun pandan dicuci, potong kecil dan kisar bersama santan, kemudian tapis. Satukan bersama tepung gandum, pewarna hijau, telur dan kacau rata dengan whisk hingga semua sebati, tambah garam secukup rasa. Kacau dan tapis adunan tadi. Ketepikan sebentar.
  2. Panaskan acuan kuih cara (acuan kuih baulu) atas dapur gas, bila panas kecilkan api pada tahap minima. Lenser sedikit minyak masak pada setiap ruang acuan (guna daun pandan yang dilipat, diikat dan diracik hujungnya).
  3. Isi adunan tadi dalam bekas bermuncung (kole atau teko) tuang dalam setiap acuan tadi hingga hampir penuh. Letakkan sedikit gula pasir pada setiap kuih (anggaran 1/3 camca teh). Tutup permukaannya acuan dengan tudung periuk. Masak hingga kueh menjadi pucat dan tidak melekat bila disentuh.
  4. Berhati2 keluarkan kuih dari acuan dan sejukkan. Oles sedikit minyak setiap kali memasak kuih yang baru. Hidangkan untuk minum petang.... Selamat mencuba..

Ketayap / Gulung

Ketayap / Kuih Gulung @ Che Mat Gebu

Bahan-Bahannya :-)
300 g tepung gandum
4 camca besar tepung ubi
1 camca teh paste pandan
650 ml air
50 ml minyak masak
1/2 camca teh garam
Inti kelapa secukupnya

Cara membuatnya :-)
  1. Satukan tepung gandum, tepung ubi dan garam, gaul rata. Tuang air sedikit demi sedikit dan gaul hingga sebati, kacau dgn whisk hingga rata.
  2. Masukkan pandan paste dan minyak masak, kacau hingga sebati dan tapis. Biar 10 minit. Panaskan non-stick pan. Sapu sedikit minyak dan tuang 1/3 cawan adunan dan ratakan.
  3. Masak hingga permukaan kuih dadar berubah pucat, guna api perlahan. Alih ke dalam pinggan, sudu kan satu camca teh inti kelapa dan gulung kemas. Buat hingga siap.

Kuih Koci terdapat pelbagai variasi ada yang menggunakan tepung pulut biasa, pulut hitam, labu dan sebagainya

Kuih Koci Pulut Hitam @ Che Mat Gebu

BAHAN DOH :-)
250 g tepung pulut
1/2 cawan tepung pulut hitam
1 cawan air
1/2 cawan santan
Secubit garam

BAHAN INTI :-)
1 biji kelapa inti (yang sedikit muda dan berkulit cerah)
1 ketul gula melaka, dipotong kecil
1 cawan gula pasir
2 helai duan pandan
1 1/2 cawan air

BAHAN LAIN :-)
Daun pisang secukupnya, dilayur dan potong ikut saiz sesuai
Minyak masak untuk disapu atas daun pisang

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. UNTUK INTI :- Masak gula melaka, gula pasir, 1 daun padan dan air hingga gula larut. Angkat dan tapis gula tadi. Masukkan kan ke dalam kuali dan hidupkan api. Masukkan kelapa parut tadi dan baki daun pandan. Kacau rata dan masak dengan api sederhana hingga inti sedikit kering tetapi masih lembap. Angkat dan sejukkan.
  2. UNTUK DOH :- Satukan semua bahan2 doh kecuali air, gaul rata dan masukkan air sedikit demi sedikit sambil terus menggaul hingga adunan menajadi doh yang tidak melekat di mangkuk adunan, tambah sedikit lagi air jika perlu. Ketepian untuk 10 - 15 minit.
  3. UNTUK KUIH KOCI :- Ambil sekeping daun pisang tadi, sapu dengan minyak masak pada permukaannya. Letakkan secukupnya doh dan ratakan. Ambil 1 - 1 1/2 camca teh inti dan letak di tengah2 doh, cantumkan doh dan kemaskan, bungkus kemas dan letak dalam pengkukus. Buat hingga siap. Kukus 15 - 20 minit atas air mendidih. Boleh dihidangkan segera ada dingin sedikit....

Tako daun pandan

Kuih Tako @ Azlita Masam Manis

Lapisan Bawah
25 gm tepung hoen kwe - hijau 
1 1/2 cawan air
1/2 cawan gula
2  biji sengkuang cina - di potong dadu (kalau tak de boleh guna buah pear)

Lapisan Atas 
25 gm tepung hoen kwe - putih
2 cawan sartan - 1/2 cawan santan Kara + 1 1/2 cawan air
secubit garam

Cara Membuatnya

  1. Susun kotak pandan atas tray.
  2. Aturkan potongan sengkuang Cina dalan kotak pandan tadi.
  3. Campurkan semua bahan Lapisan Bawah  dalam periuk dan masak atas api sederhana sambil mengacau hinga dia meletup - letup dan pekat terus tutup api dan masukkan dalam kotak pandan tadi.
  4.  Kemudian kita ketepikan, dan buat pula Lapisan Atas.
  5. Satukan semua lapisan atas dam periuk dan masak atas api sederhana sambil dikacau. Sama seperti proses memasak lapisan bawah. Bila ia meletup2 kecil tu terus tutup api.
  6. Pastikan lapisan yg bawah tadi dah mengeras baru tuang lapisan putih.
  7. Tuang dari bahagian tepi dulu supaya dia tak bolos ke lapisan bawah. Tuang perlahan.
  8. Tunggu sejuk dan kemudian boleh di simpan dalam peti ais. Makan sejuk2 sedap!

Tepung Pelita Daun Pisang

Tepung Pelita @  Yani@myresepi.com

Bahan2 ( 12 cups - bergantung pd saiz bekas )


Lapisan hijau @ bawah :
1 cawan tepung beras
1 cawan gula
5 cawan air
4 helai daun pandan dimesin dgn sedikit air
sedikit kapur  - jgn letak banyak, nnti pahit
Lapisan putih @ atas :
4 sudu besar tepung beras - ratakan
1 biji kelapa diperah jadi 4 cawan santan
 sedikit garam
Cara :

  1. Tepung beras, air, gula, air daun pandan dan air kapur dibancuh hingga sebati.
  2. Perah santan, masukkan tepung yang 4 sudu tadi dan garam.
  3. Kacau sehingga sebati dan ketepikan.
  4. Masakkan tepung yang diadun dan kacau hingga masak dan berkilat ( hingga nampak adunan meletup2 buih besar, jadi ambik masa sikit masa mengacaunya ).
  5. Bila dah masak, masukkan dalam acuan yang disukai. Kalau daun pisang lagi sedap.
  6. Kemudian masak pula adunan santan yang diadun tadi dan kacau sehingga adunan pekat ( hingga nampak adunan meletup2 buih besar, jadi ambik masa sikit masa mengacaunya ).
  7. Angkat santan dan curah ke atas tepung yg di dalam acuan tadi.
  8. Sejukkan.


NOTA: 
Sedikit tips daari joayee untuk membuat kuih ni  basah2 seperti kuih dibeli. Dalam bancuhan tepung beras lapisan pandan tu, saya taruk 2 sudu besar tepung ubi. 
Dan semasa hendak meletakkan lapisan santan putih ke dalam bekas, sudukan dulu sedikit gula ke atas lapisan hijau kemudian baru dilapiskan lapisan putih. Saya taruk 1/2 sudu kecil gula pasir.



0 comments:

Post a Comment