https://sspniplusonline.ptptn.gov.my/sspniplusonline/?id=000008279

Thursday, 17 August 2017

Review Diapers

Sejak ada baby ni macam-macam jenama diapers telah dipakai oleh baby kami. Baby kami sekarang dah umur 1 tahun 3 bulan++. 

Dari diapers newborn sampailah diapers M telah dipakai buang. Berpek-peklah jugak sejak lahir sampailah sekarang dan akan datang sehingga anak kami mampu berdikari buang air kecil dan besar tanpa bantuan diapers.

Dari lahir, kami pakaikan baby kami PETPET Tape Newborn. Beli satu pek sahaja. 


Masa newborn diapers ni pakai sekejap-kejap je. Baby masa ni kerap berak. Jadi tak nampak sangatlah tahap kebagusannya. Baby kami bukan jenis kulit sensitif pakai PETPET takde masalah ruam-ruam.


Drypers Wee Wee Dry Disposable Diapers S58 (4 Packs) masa offer RM 61.05, 1 pack RM 15.26. 

Stok PETPET NB62 abis kami terus guna stok Drypers. Bagi kami Drypers ok takde masalah. Tak leaking dan selasa untuk baby kami. Kekerapan menukar dalam 4 jam sekali kecuali malam hingga pagi kecuali baby berak. 






Stok Drypers S58 abis masa, kami pakaikan baby kami Mamypoko Maxi Absord. Walaupun size S cutting besar tak sesuai sangat untuk baby kami yang comel. So leaking jika tak pakai betul-betul. So 1st time dan last beli Mamypoko Maxi Absord. 


Abis stok Mamypoko, kami pakaikan baby Drypers semula. Baby kami comel tu yang masih boleh pakai Size S untuk jangka masa yang lama. Bagi kami Drypers ni ok, jadi kami terus pakaikan baby Drypers M limited edition Superhero Design. Kekerapan menukar Drypers 4 jam sekali.

Stock sample free. Huggies Ultra, Mamypoko dan Drypers. Kami gunakan masa travel. Huggies Ultra memang ok, cuma kami tak mampu nak beli sebab mahal. Mamypoko pants pun agak mahal di pasaran. Drypers  Drynights pun mahal. Jadi kami masih belum beli hanya guna sample saje. Mood jimat.





Goon Friens Pants ni kami beli untuk testing. Kami tak decide untuk repeat order. Sebabnya kualitinya macam tak menepati agak nipis dan kuasa serapan agak rendah. Untuk pakai 2/3 jam masih ok. Untuk jangkamasa panjang memang tak sesuai.



Kami beli stok tambahan Genki Pants Jumbo 4 pek RM77.93. Beli kat shopee sebab ada voucher diskaun dapat murah kurang RM20/pek. Kami cuba yang free M4. Genki ni ok, lembut dan tebal berbanding Goon. Kekerapan menukar 4 jam sekali.


Belum abis lagi stok Genki, kami beli Diapex WOnder Pants Super Jumbo M60 + 4 Pcs. Beli sebab ada diskaun 30% kat shopee. Why not grabkan. Just testing so order 1 jer. Setelah pakaikan baby, kami rasa Diapex ni the best untuk baby kami. Sebelum ni baby kami suka keluarkan "angrybird" bila nak kencing, bila pakaikan Diapex dia tak berjaya keluarkan "angrybird"nya. So takde lah kencing kat tilam atau merata-rata lagi. Daya serapan pun ok tak melayut bila dah basah. Basah pun hanya tertumpu di bahagian depan, belakang tetap kering. Rugi pulak sebab beli 1 pek sahaja masa 30% kat shopee. Sekarang harganya RM 30/pek jadi rasanya kami dah tak tambah stok guna stoks sedia ada jela.







Wednesday, 2 August 2017

Makluman Terkini Pengeluaran KWSP Akaun 2 Untuk Bayaran Semula PTPTN



Tuan / Puan,

Untuk makluman Mulai 21 Julai 2017, ahli-ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) boleh menyelesaikan baki pinjaman pendidikan mereka menggunakan simpanan Akaun 2 di bawah Skim Pengeluaran Pendidikan tanpa had. Penambahbaikan ini akan menggantikan syarat semasa pengeluaran pendidikan dari Akaun 2.Ini bermakna semua perjanjian yang ditangani sebelum
2001 turut boleh digunakan untuk tujuan ini.

Sempena Bajet 2017, insentif-insentif berikut disediakan untuk peminjam PTPTN yang membuat bayaran balik iaitu;

1. Diskaun 15% untuk penyelesaian penuh keseluruhan baki hutang pinjaman.

2. Diskaun 10% untuk bayaran sekurang-kurang 50% daripada baki hutang dalam sekali bayaran.

Tempoh kuat kuasa insentif ini ialah mulai 22 Oktober 2016 hingga 31 Disember 2017. Oleh itu jika Tuan/Puan berminat untuk menyelesaikan atau membayar pembiayaan PTPTN
melalui akaun 2 KWSP, sila berhubung dengan pegawai PTPTN dibawah samada melalui emel atau whatapp.

NONA SUZANA BINTI HAJI DESAN
012-304 2795
nona@ptptn.gov.my
ZAIFRIDAH BINTI ZALUDDIN
013-222 8942
zaifridah@ptptn.gov.my
MOHD SHAHIR BIN ZULKAPLI
012-269 2864
mohd_shahir@ptptn.gov.my
NURUL HUDA BT HAMID
012-269 2473
nurul_h@ptptn.gov.my
NOR AFIZA BT MOHAMAD
012-269 2781
afiza@ptptn.gov.my
NOR AZIMAWATI BINTI MOKHTAR
019-339 1021 / 013-928 5518
azimawati@ptptn.gov.my
MOHD SHAHRUL AZRI BIN MOHD ISMAIL
019-339 2782
mohd_shahrul@ptptn.gov.my
NURUL NADIRA BINTI ABDUL HAMID
012-269 2083
nadira@ptptn.gov.my
ROHIMI BINTI JALANI @ ZAINI
013-378 3018
rohimi@ptptn.gov.my
MURNIAH BINTI ABD MUTALIB
013-306 3630
murniah@ptptn.gov.my
RODIAH BINTI HAMZAH
012-551 3102
rodiah@ptptn.gov.my
SITI LIANA BINTI JOHARI@BAHA
05-249 8404 / 017-561 3412
siti_liana@ptptn.gov.my
SARINA BINTI RASLAN
013-380 8258
sarinar@ptptn.gov.my
NURUL HUDA BT HAMID
012-269 2473
nurul_h@ptptn.gov.my
NOR AFIZA BT MOHAMAD
012-269 2781
afiza@ptptn.gov.my

Sekian, terima kasih


TABUNG PENDIDIKAN ANDA
Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional

Copy paste dari email yang diterima hehe...

Saper yang masih ada hutang PTPTN tahun 2010 ke bawah bolehlah gunakan KWSP akaun 2 untuk jelaskan tunggakan atau buat bayaran penuh... So pasni free hutang PTPTN.

LANGKAH MUDAH PENGELUARAN KWSP:

  1. Daftar I-Akaun di www.kwsp.gov.my
  2. Mohon pengeluaran KWSP secara online. (e-Pengeluaran), lengkapkan borang dan hantar.
  3. Semak status permohonan melalui SMS/ Mesej Sekuriti Inbox di i-Akaun (dalam tempoh 2 hingga 14 hari bekerja selepas permohonan dibuat)
  4. Hadir ke KWSP untuk pengesahan ibu jari (bawa dokumen sokongan, contoh : transkrip dan skrol pengajian asal dan salinan)



Friday, 9 June 2017

Mood Jimat di Hari Raya

Sekarang ni masa untuk berjimat. Sekarang masih bulan Ramadan, tak lama lagi hari raya. Hari raya ni banyak duit nak guna. Nak beli baju raya, kuih raya, duit raya dan sebagainya. Jadi dengan mood berjimat, kami mencari alternatif macam mana nak berjimat.

Tak semua lah persiapan raya boleh dapat harga jimat. Yang kami dapat setakat ni beli F&N online. Beli air gas F&N 1.5liter pada harga yang terlalu murah gila. Rasanya korang mesti terkejut haha... 


Kami beli 4 botol F&N Ice Cream Soda 1.5 liter + 4 botol F&N Fruitade 1.5 liter pada harga RM 2.40 sahaja yang kena bayar. Harga 1 botol RM 0.30. Haha murah kan.


Kami dapat harga murah sebab guna kupon diskaun yang 11street bagi secara random kepada member 11street. Jika tak dapat kupon tersebut masih boleh beli pada harga murah dengan mendownload kupon dari F&N so boleh beli barang F&N pada harga diskaun 30%.


Jom jimat di hari raya. Bolehlah buat open house dan jamu tetamu yang datang.


Wednesday, 19 April 2017

0154821 Who are You

Minggu ini aku sering menerima panggilan dari no 0154821. Makhluk asing mana yang buat panggilan, ada yang aku ignorekan dan ada yang aku pick up just nak tahu apa sebab dorang call with difference number, bila aku pick up keep silent. Why call me. 

First 7 number bermula dari 0154821. 

01548213100
01548213079
01548213068
01548212945
01548213147
01548213032
01548213086
01548213196
01548213124 - truecaller - CIMB Scc
01548213039 - truecaller - CIMB Banker
01548212823 - truecaller - CIMB Collection
01548213002
01548213095 - truecaller - CIMB Loan Shark
01548213012

Sila tampilkan diri Makhluk asing. Jangan asyik buat call jika hanya nak buat panggilan bodoh. I'm not interested. All the above number already under blocking list. If you're still calling me with difference number will be published here. 

So jika you all dapat panggilan dari number di atas sila masukkan dalam blocking list. 

Updated 27/04/2017 - sejak download application truecaller panggilan di atas dari CIMB yang pelbagai nama, CIMB Banker, CIMB Scc, CIMB Collection, CIMB Loan Shark. No di atas call aku atas alasan apa aku pun tak tahu sebabnya aku takde langsung buat akaun CIMB sama ada saving / loan sejak dulu lagi. 

Monday, 17 April 2017

Aku ‘suri rumah’ atau ‘Mr. Mama’

Bulan lepas aku masih bekerja, bulan ni aku menjadi ‘suri rumah’ sepenuh masa dan babysitter pada baby berusia 11 bulan. Sukar untuk mengikis pandangan-pandangan klise seperti ‘dayus’, ‘queen control’, dan pelbagai lagi gelaran, apabila menyaksikan lelaki melakukan kerja-kerja rumah, apatah lagi jika menjadi ‘suri rumah’ sepenuh masa. Memang di zaman nenek moyang kita dahulu situasi ini agak pelik dan sukar diterima logik akal, tetapi kini seakan-akan realiti yang tidak dapat dielakkan. Wife kata hanya untuk sementara, bukan selama-lamanya aku akan bergelar suri rumah dan babysitter. Segala yang berlaku ni pun bersebab dan perancangan yang hebat dari Allah dengan ujian yang diberikan untuk menguji kami sebagai suami isteri.



Semua ni berpunca dari sikap aku yang suka mengeluh tekanan kerja dan gaji rendah tak setimpal kerja yang aku buat. Kata-kata kan satu doa bila aku sering mengeluh benda yang sama Allah bagi ujian bentuk lain pulak. Ujian bila baby kami taknak dengan pengasuh. Pengasuh pun nampak macam refuse nak jaga baby kami. Bila kami hantar dengan babysitter cakap kuat-kuat suruh kami cari pengasuh lain. Jadi takkan kami ni nak suruh dia jagakan jugak sedangkan dia dah taknak mengasuh baby kami. Baby kami masih tak tahu apa-apa lagi, 11 bulan taknak nak biarkan penderaan emosi serta nak biarkan baby kami berasa kurang selamat semata-mata memenuhi tuntutan kami mencari rezeki. Wife tak sanggup mempertaruhkan baby kami  kepada pengasuh sedia ada demi mencari rezeki. Hati pun mesti jadi tak keruan di tempat kerjakan. Wife pun ambil keputusan tak menghantar baby ke pengasuh itu lagi walaupun masih berbaki seminggu pada bulan lepas. Wife bawa baby ke pejabatnya buat sementara.

Aku tetap berusaha mencari pengasuh baru yang berdekatan. Wife aku masih belum terbuka hati untuk menghantar baby ke pengasuh. Wife aku tahu anak aku masih fobia dan trauma. Ibu mana yang sanggup melihat babynya menangiskan. Bukan jenis menangis sekejap-kejap tapi menangis meraung-raung. Aku memang nak hantar kepada pengasuh tapi wife aku memberi syarat. Setiap pagi aku kena hantar baby dan petang aku kena ambil baby dari rumah pengasuh. Wife aku memang taknak amik tau. Aku kena manage A-Z. Memang wife aku jenis keras hati. Wife aku jadi macam tu pun bersebab. Sebab dia taknak dengar baby menangis semasa ditinggalkan.

Memang aku dapat beberapa orang pengasuh tetapi caj yang dikenakan agak tinggi RM 400 + jika amik lewat masa caj RM 7/jam. Mereka hanya boleh jaga dari pukul 8 pagi - 6 petang saja. Aku dan wife pun balik memang tak menentu. Macam wife aku sampai rumah dalam pukul 7 / 8 malam. Jika dihitung kos pengasuh RM 400 + (RM 7 X 2 jam X 20 hari) anggaran RM 680 sebulan. Wife aku cakap mampu ke sebelum ni hanya RM 350 aku pun mengeluh. Wife aku kata jika kita tak ikhlas memberi, orang menerima pun belum tentu ikhlas nak menjaga anak dengan baik.

Pilihan lain aku kena lepaskan kerja aku. Kenapa bukan wife aku yang lepaskan kerja dia. Salah satu sebab wife aku masih ada komitmen hutang yang agak banyak berbanding aku. Aku hanya ada satu hutang dengan bank adalah hutang rumah. KWSP boleh tolong bayarkan. Boleh buat full settlement lagi sebab wife aku jenis "willing to help". Dia pun boleh withdraw KWSP untuk tolong aku. So aku bakal takde hutang langsung dan no CCRIS. Baki hutang rumah aku pun dah tak banyak mungkin dalam RM9K lagi, KWSP aku ada 3K, KWSP wife aku boleh cover jumlah yang kurang. Wife aku beri syaratlah sebab bukan harta bersama pun takde hitam putih apa2, so bila aku ada duit aku bayar ansuran pada dia. At least dengan duit tu dia boleh bayar komitmen dia yang lainkan.

Gaji aku memang tak seberapa. Aku selalu balik rumah bising-bising pada wife pasal gaji. Bila aku selalu mengeluh rezeki yang aku dapat, tak nampak berkatkan. Majikan aku pulak jenis taknak naik gaji, tak pikir pekerja langsung. Majikan pun memang taknak aku kerja lagi. Sentiasa bagi aku bebanan kerja yang melampau. Gaji pokok aku hanya RM 1400.00. Kenapa aku bagitahu sebabnya di luar sana pun masih ramai yang bergaji rendah. Aku bagitahu sebab aku nak bagitahu macam mana manage dengan gaji tak seberapa. Gaji bersih aku tanpa overtime dalam RM 1,239.25 selepas tolak KWSP dan Perkeso. Perbelanjaan bulanan aku yang aku bagi wife uruskan dan bayarkan RM 1000.00 setiap bulan seperti berikut:

Hutang Rumah - RM 200.00
Sebelum minta pengurangan kepada bank, ansuran bayaran bulanan RM 275.00. Sebab dapat kurang wife aku punya kerja. Ugut-ugut bank haha. Alasan tak mampu bayar bulanan RM 275.00. Jika tak refinance ke bank lain. Aku hanya ikut advice wife tapi memang working. Korang pun jangan takut berdepan dengan bank jika ada masalah kewangan. Caranya tulis surat rasmi kepada bank. Bank pun dalamnya manusia jugak bukan robot yang takde otak. Manusia dalam bank masih boleh buat penilaian dan consider masalah peminjam. Bank kan berlesen bukan ALONG haha... Report Bank Negara jika bank tak consider haha... Urusan tulis surat, wife aku yang buat. Aku cuma turunkan cap mohor je  tandatangan aku haha...

Pengasuh RM 350.00

Utilities dan Maintenance - RM 100.00 (Maintenance bill RM 40.00, TNB + Syabas + IWK RM 60.00)

Belanja dapur RM 200.00
Korang rasa cukup tak RM 200.00 untuk cover belanja dapur bukan untuk makan semata-mata. Sabun cuci pingan, sabun cuci baju, sabun mandi, ubat gigi etc. RM 200/30 hari = RM 6.67/hari. 

Duit poket wife RM 100.00
Wife aku bukan guna untuk keperluan peribadi. Wife akan top up ke belanja dapur di atas. So total akan jadi RM 300.00. RM 300/30 hari = RM 10/hari. Korang rasa cukup tak. Macam mana wife aku manage dengan duit yang aku bagi untuk belanja dapur. 

Keperluan baby RM 50.00
Termasuklah susu formula, diapers pakai buang, etc. Korang rasa cukup tak. Of course lah RM 50.00 tak cukup untuk cover belanja keperluan baby. Susu Dutch baby infant (6-12 bulan)1kg (3/4 pek sebulan. Diapers pakai buang dalam 2 pek sebulan. Wife lah yang manage. Baby kami memang takde masalah keperluannya sentiasa cukup walaupun bugdet aku bagi memang tak cukup. 

Baki selebihnya untuk duit poket aku termasuklah duit minyak. Berapa sangatkan. Nak saving memang tak dapat. Wife aku pun jenis willing to help, support keperluan kami seisi rumah.

Nak tahu macam mana dia manage.

Duit aku bagi pada wife setiap bulan, wife yang akan manage. Kebanyakkan online. 

Home loan online (interbank transfer) - Maybank2u.com

TNB + IWK + SYABAS online (payment) + Maintenance to JMB (interbank transfer) - Maybank2u.com

Barang dapur dan keperluan rumah online - Tesco online

Pengasuh by cash

Keperluan baby online - Lazada, 11street.

Yang mana tak cukup wife aku akan top up duit dia sendiri. Tanpa aku mintak pun dia memang willing to help. Masa dia bujang pun dia jenis willing to help kawan dia. Pernah kawan baik dia ajak p syarikat pinjaman berlesen. Wife aku temankan. Kawan baik dia nak pinjam sebab nak kahwin. Jika terdesak memang sanggup buat keputusan di luar jangkaan kan. Wife aku tetap temankan kawan walaupun risk. Dorang p ke syarikat pinjaman berlesen bukan ALONG. Lepas p sana tahu term and condition wife pun advice kawan dia tak berbaloi pinjam situ. Masa tu wife ada kad kredit so boleh pinjam cash melalui kad kredit. Faedah yang dikenakan masih rendah lagi. Wife pinjamkan her friend and bayaran secara bulanan sehingga abis. Alhamdulillah kawan dia pun bukan jenis lepas tangan. Rezeki lah kan tolong kawan yang baik. Sejak tahun lepas wife dah tak guna kad kredit. Semua belanja by cash.

Wife ni jenis suka simpan stok keperluan rumah. Bukan barang basahlah atau yang cepat rosak. Biasanya wife suka beli sabun cuci kain jenis liquid macam Dynamo, Breeze atau TOP. Bila offer harga below RM 20 kat Tesco terus order 4 botol 4kg terus. Bolehlah bertahan 8 bulan jugak. 

Sabun cuci pingan pun wife jenis beli 1/2 dozen masa offer. 1 dozen 12 botol. Sabun cuci pingan JOY / GLO jenis liquid. Wife akan beli pada harga offer. Jenis paste pun beli masa offer macam AXION jika bawah RM 5 wife akan beli. Paste yang murah wife taknak beli sebab pernah beli paste simen. Siap kena perli dengan abang dia. Ko ni beli paste cuci pingan ke simen. Haha memang keras macam simen. Abang dia sengaja beli jenama Tesco paste dan buat demo depan wife aku "Yang ni barulah paste ko tengok lembut jer... Ko beli tu paste simen, keras macam batu"... Kejadiaan ni berlaku semasa bujang. That why dia taknak beli jenama yang murah-murah takut terbeli paste simen haha...

Sabun mandi, sabun tangan, ubat gigi, pencuci muka, berus gigi etc. Wife memang akan beli lebih masa offer. Stok setahun pun cukup haha. Wife aku beli banyak sebab dapat aku yang berjimat. Sebelum ada stok, aku selalu top up sabun mandi jenis liquid dan sabun tangan dengan air. Apa lagi wife aku membebel. Kalau top up dengan air baik takyah guna sabun refill jelah botol tu dengan air. Wife aku tahu jer bila aku tambah air walaupun bukan depan mata dia. Selepas wife order stok banyak-banyak memang aku takde top up dengan air. Kalau aku top up jugak memang aku nak kena baling dengan stok-stok sabun yang ada.

Diapers baby, wife aku memang dah beli sebelum baby kami lahir lagi. Jika orang lain mesti tak buat macam wife aku. Wife aku ni memang jenis Mabuk Diapers hehe... Sebelum kami ada baby lagi wife aku memang suka beli diapers untuk anak-anak buah dia. Mana taknya beli pada harga yang murah dan jimat dapat bagi penjimatan pada adik dia jugak. Takdelah terbebankan. Habit Mabuk Diapers ni carried forward sampailah kami dapat rezeki baby. Wife aku selalu order kat 11street. Masa tu memang selalu dapat kupon diskaun. Mamypoko, Drypers, Petpet dan Huggies menjadi pilihan. Wife tak setia pada 1 brand mana yang offer grab je. Memang simpan stok untuk adik dia dan bakal baby kami. Masa offer boleh dapat RM 20/pek. Jika sekarang ni rata-rata diapers naik harga mendadak. Nak beli pada harga RM 20/pek ntah bila offer tersebut akan kunjung tiba. Alhamdulillah sampai sekarang stok diapers baby kami banyak lagi di rumah dan di rumah mentua di kampung. Bila balik kg boleh angkut lagi.

Susu formula Dutch Baby. Harga susu formula infant (6 - 12 bulan) memang mahal berbanding 1 tahun dan ke atas. Wife aku, bila ada offer online terus grab stok yang mencukupi sehingga baby kami 1 tahun. Sanggup wife aku guna 3/4 akaun lain untuk grab offer murah. Wife aku kata kena pandai dan bijak menggunakan peluang yang ada. Peluang dapat murah yang ada bukan berpanjangan dan boleh tunggu-tunggu. Lambat grab sorry memang tak dapatlah berjimat. Stok Dutch Baby (6-12 bulan) kat rumah tinggal 2 pek 1 kg. Insyaallah cukup untuk cover sehingga baby kami berusia genap setahun pada 08.05.2017. 

Wife aku kata 2 bulan pertama aku tak kerja memang dia susah. Sebabnya dalam 2 bulan ni dia masih ada hutang personal dengan makciknya di kampung. Wife aku senang hati sebab baby kami more happy bila aku jaga. Senang hati wife bila bekerja. Wife aku kata duit bukan pengukur segalanya. Bila kita happykan baby kami, kami pun turut rasa happy. Aku pun dah tak mengeluh pasal kerja lain. Kerja dirumah sendiri memang best tambah pulak babysitter baby. Baby aku pun makin rapat dengan aku hehe.

Sejak aku tak bekerja memanglah ada suara sumbang. Wife aku kata buat tak tahulah. Orang yang mengata tu orang yang kurang kasih sayang tak perlulah nak layan. Wife aku pun tak kisah, insyaallah kami sekeluarga tak kelaparan dan meminta-minta. Aku pun baru 2 minggu tak kerja bukan menjangkau setahun atau bertahun-tahun pun. Aku tak kerja pun hanya sementara. Bila aku dapat peluang lain yang better aku akan kerja semula. Family wife aku lagi sporting bila tahu aku yang jagakan cucu dorang hehe. Bila wife aku call family kg, mak dan ayah mentua akan kata kepada cucunya, "hari ni ada mama jaga, esok mama kerja abah jaga". Family wife takde pulak kutuk aku tak bagi makan anak dan cucu dorang. Sebab family wife tahu, wife aku perlu kerja lagi buat masa ni sebab komitmen hutang yang wife masih ada. Family wife mak dan ayah mentua ada offer dan jaga baby kami di kampung tapi aku yang keberatan berpisah dengan baby kami.

Sebelum ujian menjadi ‘suri rumah’ atau ‘Mr. Mama’, awal perkahwinan kami, 2 bulan selepas jadi suami, aku accident. Semua yang berlaku gara-gara mulut aku jugak. Aku cakap nak berhenti kerja. Allah turunkan ujian aku accident dalam waktu kerja. Boleh claim Perkeso, A-Z wife aku yang uruskan. Berurusan dengan majikan aku, aku dapat MC dalam jangka masa yang panjang. Majikan buang aku kerja masa tu bermula episod rumahtangga kami pun bergoyang jugak. Masa ni sebab kedegilan aku jugak sebab wife aku advice withdraw KWSP untuk bayar loan rumah. Tapi aku bekeras taknak. Wife aku memang mengamuklah sebab apa aku tak gunakan peluang yang ada. Pilihan lain walaupun aku belum sembuh aku kena cari kerja dan bekerja sementara. Perkeso pun dah tak bayar MC lagi sebab hospital keluarkan MC ada limit jugak.

Aku kerja sebagai cleaner RM 1200 sebulan + part time security malam. Alhamdulillah kehidupan kami berjalan seperti biasa. Akhir tahun aku mendapat penyata bank home loan. Wife aku tengok dia ketawa. Kata dah bayar bank 10 tahun, hutang RM 38K tapi baki masih RM 36K. Bayar 10 tahun RM 2K je kurang. Wife perli 30 tahun lagi baru abis hutang. Lepas tu wife aku start racun-racun aku. Bukan guna racun bagi aku mati. Tapi dia cuba racun otak aku. Dia cakap duit KWSP bakal lesap. Bila umur 55 tahun duit ada RM 50K jadi RM 5K. Wife aku memang banyak mempengaruhi aku, akhirnya aku akur dengan kata-kata wife. Wife aku jugak tolong isikan borang untuk penyata bank pengeluaran KWSP untuk pinjaman rumah. Aku berjaya membayar pokok pinjaman hampir RM 25K menggunakan KWSP pada bulan 2 tahun lepas. Tahun ni insyaallah abislah hutang rumah aku. Aku baru request penyata rumah untuk pengeluaran KWSP minggu lepas. Harap-harap minggu ni bank call untuk collect penyata. Minggu ni boleh p KWSP bersama wife untuk pengeluaran bersama.

Alhamdulillah, lepas settle hutang rumah perbelanjaan kami akan kurang. 

Wife pun boleh manage incomenya seperti berikut:

1. Wife punya komitmen dengan bank - RM 550.00
2. Takaful wife + baby - RM 200.00
3. Belanja dapur - RM 300 - 400 (tumpuan kepada barang makanan sahaja, keperluan rumah seperti toiletries, laundry memang dah ada stok)
4. Susu formula baby (1 tahun ke atas) Dutch Lady biasa buat offer RM 20 - 22/pek - RM 100
5. Astro - RM 21.20
6. Maintenance Bill - RM 40.00
7. SYABAS + TNB + IWK - RM 60.00
8. Perbelanjaan wife ditempat kerja (transport + makan) - RM 400.00

Jumlah RM 1,771.00

Perbelanjaan bulanan tak termasuk hutang personal wife dengan makciknya dan family yang tak termasuk dalam komitmen bank. Inshaallah wife dapat selesaikan walaupun aku tak kerja. Wife aku pun sebelum ni bukan jenis minta aku bayarkan. Wife akan manage A-Z hutang yang dia buat. Walaupun dulu hutang wife aku ni sebenarnya ratusan ribu, tapi dia dapat manage alone walaupun gaji dia sebenarnya bukan tinggi mana pun. Gaji dia masih dikategorikan tak cukup syarat untuk bayar LHDN.

Friday, 23 December 2016

JOM TUTUP ASB

Dividend Asb makin lama makin menurun. Mungkin disebabkan falter ekonomi tahun ni, bagaimana tahun-tahun akan datang. Adakah PNB berjaya mengukuhkan prestasi pelaburan dan keuntungan.

Bagi penafsir ekonomi bolehlah membuat jangkaan. Bagi aku yang bukan ahli ekonomi tapi jawapan aku Samar-Samar. Aku tak pasti gambaran ekonomi di masa akan Datang. Sebagai persediaan kena cut off debt yang mampu. 

Korang yang Ada loan ASB Macam mana ye. Mampu ke Korang bertahan kena top up kan repayment loan Korang tu. 

Let say Korang buat loan ASB 50K, monthly RM313, yearly RM 3756.


Dividen 2016 = 6.75 + bonus 0.50 

Dividen RM 50K x 6.75% = RM 3375
Bonus prorate basic let say (1 year) = RM 50K x 0.50% = RM 250 / 10 years x 1 year = RM 25
Dividen + bonus = RM 3400
So shortage RM 3756 - RM 3400 = RM 356 / year, monthly = RM 29.70

Korang kena top up duit sendiri jika guna dividen untuk bayaran Balik pinjaman. Kalau Korang jenis guna duit sendiri untuk bayar loan, dividen tak usik no problem cos setiap tahun Boleh dapat compound dividen. 

Bagi yang rasa terbeban membayar loan better early termination kan. Watper la nak susah kan diri dgn loan ASB yang pulangannya di masa akan Datang masih Samar-Samarkan. 

Tutup ASB... Tutup ASB... Tutup ASB... Tutup ASB... Tutup ASB...

Tepuk dada Tanya selera. Sekadar sharing info je, aku bukan advisor yang terrer dalam ekonomi ni.  

Masa untuk berjimat Lazada VS 11street mana yang murah

Sejak akhir-akhir selepas belajawan 2017 diumumkan rata-rata barang mengalami kenaikan ekoran daripada keadaan ekonomi, mata wang dan faktor-faktor lain. Minyak masak naik harga yang agak ketara jugaklah. Nasib baiklah kami ada stok minyak masak 5 kg harap-harap bolehlah tahan sampai tahun depan. Menu kami pun dah bertukar haluan yang oil less hehe... No more goreng-goreng... Menu pun hampir setiap hari ayam panggang hehe. Wife aku pun bertambah rajin sayur brokoli, kentang dia sekali harung masuk dalam oven. Memang betul-betul jimat + save masa. Cuma bil elektrik kami yang terkini belum sampai lagi so tak tahulah bil makin bertambah atau sama macam sebelum menggunakan oven untuk masak memasak. Gas pun dijangkan akan naik harga jugakkan.

Perbelanjaan pun makin meningkat, baby kami pun masih bawah setahun baru 6 bulan, jadi belanja susu Dutch Baby 6 - 12 bulan masih agak costly. Sebulan dalam 4 pek = 4 kg. Harga 1 pek secara purata RM 30.90. Jarang susu infant ada harga promosi. Survey offline paling murah RM 29.90 untuk 1 pek 1 kg. Jika 4 pek = RM 119.60. Boleh tahan jugak belanja bulanan untuk susu.

Alternatifnya kami mencari jugak susu Dutch Baby pada harga jimat walaupun takdelah ketara sangat penjimatan at least under RM 100.

Kami beli online Dutch Baby 6 - 12 bulan kat Lazada RM 74.90 untuk 2 pek  (1kg) + 2 pek (650g) total 3.3kg = RM 74.90, 1kg = RM 22.70.

Kami beli online Dutch Baby 6 - 12 bulan kat Lazada RM 82.40 untuk 2 pek  (1kg) + 2 pek (650g) total 3.3kg = RM 82.40, 1kg = RM 24.96. Mahal RM 7.50 sebab ada shipping cost masa order. Tapi sti;; masih murah compare beli pada harga pasaran. Susu anak kami dah settle cos ada stok sampai umur dia setahun. Dah tak payah pikir pasal budget untuk beli susu.

Stok diapers baby pulak beli online di 11street. Stok sehingga baby kami berumur 2 tahun. Inshaallah cukup, beli pelbagai size M - XXL dan brand Drypers, Petpet, Mamypoko dan Huggies.


Thursday, 22 December 2016

BABY COAT VS PLAYPEN

Bila ada baby ni, rajinlah kami survey barang keperluan baby. Baby kami semakin hari semakin besar dan lincah. Ada jela kerenahnya yang mencuit hati dan mengembirakan kami. Sonok bila ada dia.

Masa umur 4 bulan lebih baby kami mula meniarap. Sekarang ni dah pandai duduk tapi belumlah duduk tetap lagi. Pandai merangkah. Jadi untuk keselamatannya kami rasa perlu baby coat / playpen. Setelah mengambil kira kos dan keperluan jangka panjang jadi kami belikan pool je. Pool letak kat ruang tamu.

Baby kami bermain di dalam pool. Masa pasang kami tak alas apa-apa. Sekarang ni kami dah alaskan dengan tilam kekabu single. Wife dan baby tdo di dalam pool. Aku malas menumpang sekali tdo sebab takut tertido atas baby.

Inilah pool gambaran penuh. Memenuhi ruang tamu kami. Tetamu datang jemput masuk dalam pool hehe. Rumah kami kecik jer.

PURI BABY AKTIVITI HUJUNG MINGGU UNTUK BUBUR BABY

Baby kami sekarang berumur 7 bulan lebih. Sepatutnya masa baby 6 bulan kami buatkan puri buah / sayur untuk baby. Wife kurang rajin masa tu jadi kami prefer bagi cereal baby organic, costly jugak RM28.50/pcs dan puri organik RM 6.00 - 9.00 dan puri Heinz RM 4.50 beli masa TCE Baby Expo Midvalley.

Bila dah timbul kerajinan maka wife saya sedia memasak untuk buat bubur baby. 


Beras perang dan millet direndam, dibilas, ditoskan dan digoreng tanpa minyak. Setelah sejuk dikisar dan disimpan di dalam tupperware kedap udara.

Sayur-sayuran seperti broccoli, carrot dan kentang dijadikan puri. Potong sayur-sayuran tersebut dan di kukus terlebih dahulu sebelum dikisar.

Kami kukus menggunakan Phillips Avent 2 in 1 boleh kukus dan kisar. Beli 2nd hand je jimat kos RM 69.00 jer kat cash converter. Still in good condition.

Puri Broccoli

Setelah kukus terbalikkan balang dan kisar. Jadilah puri brocoli seperti di atas. Simpan dalam bekas dadih kecil. 1 broccoli dapat dalam 5 pcs bekas dadih. Boleh frezer kan untuk kegunaan dalam memasak bubur baby.


Puri Carrot.

Puri Kentang.

Bila nak memasak bubur baby, wife akan memasukkan beberapa sudu beras perang yang dikisar, 1 puri broccoli, 1 puri carrot dan 1 puri kentang. Agak-agaklah air ikut kepekatan bubur baby tersebut. Siap less than 30 minut boleh dihidangkan pada baby tapi make surelah disejukkan terlebih dahulu. Jika nak hantar ke babysitter bolehlah terus masukkan ke dalam thermos. Macam kami punya Thermos boleh bertahan suam sehingga pukul 4 petang. Hantar baby dan thermos bubur pada baby sitter pukul 8 pagi.

Baby kami alhamdulillah suka makan bubur yang dibuat mamanya. Wife pun variasikan bubur dengan membuat puri kurma jugak. Suka baby kami makan. 4x sehari jugaklah baby kami makan bubur 3x di rumah pengasuh + 1x dinner time.

JOM NAIK MRT FREE RIDE TILL 16 JANUARY 2017


Pelancaran Fasa Pertama MRT Laluan Sungai Buloh - Kajang (SBK) yang dirasmikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada 16 December 2016 mencipta sejarah baru pada negara apabila satu lagi pengangkutan awam lebih moden dapat digunakan orang ramai.

Fasa pertama sepanjang 21 kilometer ini mula beroperasi jam 6 pagi tadi membabitkan 12 stesen antara Sungai Buloh, Kampung Selamat, Kwasa Damansara, Kwasa Sentral, Kota Damansara, Surian, Mutiara Damansara, Bandar Utama, Taman Tun Dr Ismail, Phileo Damansara, Pusat Bandar Damansara dan Semantan. Bagi Fasa Kedua menghubungkan laluan dari Semantan ke Kajang, termasuk bahagian bawah tanah akan dibuka pada Julai tahun hadapan dengan jarak keseluruhan laluan SBK sepanjang 51 kilometer.


Suasana dalam MRT dari MRT Sungai Buloh. Naik MRT pukul 8.30 pagi. Turun MRT Pusat Bandar Damansara perjalanan dalam 30 minit.

Bas Feeder sedia menunggu di MRT Pusat Bandar Damansara untuk ke KL Sentral. Perjalanan ke KL Sentral 10 - 15 minit bergantung kepada Trafik.

Dengan adanya MRT dan feeder bas free ni dapatlah berjimat pergi ke destinasi dan transit. Kalau nak pergi ke Shah Alam bolehlah transit by rapidkl bas 750 tambang RM 2.00 Touch n go. Dari Hentian bandar Seksyen 14 boleh naik free bas Selangorku S02 ke PKNS, Shah Alam Walk, MBSA, Masjid Negeri, Plaza Masalam / Plaza Shah Alam, Concorde Hotel, AEON Mall Seksyen 13 dan hentian terakhir di KTM Batu 3. 

Jika by Komuter tambang RM 3.50 Touch n go (KL Sentral - KTM Shah Alam). Dari KTM Shah Alam boleh naik free bas Selangorku S01 ke Plaza Perangsang. Dari Plaza Perangsang boleh jalan kaki ke MBSA dan naik bas S02 jika ingin pergi ke Masjid Negeri, Plaza Masalam / Plaza Shah Alam, Concorde Hotel, AEON Mall Seksyen 13 dan hentian terakhir di KTM Batu 3. 


  • MRT Bandar Utama (T811) Masjid Kayu Ara, Jalan Masjid & (T812) Kg. Sg. Penchala, Jalan Sg. Penchala - 1Powerhouse (Opposite MSPR)
  • MRT Bandar Utama (T811) Masjid Kayu Ara, Jalan Masjid & (T812) - 1Powerhouse Kg. Sg. Penchala, Jalan Sg. Penchala (MSPR)
  • MRT Kg Selamat (T104) IPD Sg. Buloh, Jalan Besar - Door B
  • MRT Kota Damansara (T805) Selangor Science Park, Jalan Teknologi & (T806) Masjid Kota Damansara, Jalan Sepah Puteri 5/1 - Door A
  • MRT Kota Damansara (T805) Selangor Science Park, Jalan Teknologi & (T806) Masjid Kota Damansara, Jalan Sepah Puteri 5/1 - Door B
  • MRT Kwasa Sentral (T801) Komersial Nuri 7A, Jalan Nuri 7 & (T803) Komersial Sek. 6 (Barat), Jalan Cecawi 6/18 - Door A
  • MRT Kwasa Sentral (T802) Komersial Subang Bestari & (T804)  Komersial Subang Perdan (Barat) - Door A
  • MRT Mutiara Damansara (T809) Metropolitan Square, Jalan PJU 8/1 & (T810) Empire Damansara, Jalan PJU 8/8 - Door C
  • MRT Mutiara Damansara (T809) Metropolitan Square Jalan PJU 8/1 & (T810)  Empire Damansara Jalan PJU 8/8- Door B
  • MRT Phileo Damansara (T815) Pusat Sukan UM Lingkungan Budi & (T816) Komersial SS 2/75 (Selatan) Jalan SS 2/75 - Door A
  • MRT Pusat Bandar Damansara (T817) Midvalley South Court, Lingkaran Syed Putra & (T818) Desa Sria Hartamas (2), Jalan 19/70A - Door B
  • MRT Pusat Bandar Damansara (T819) Stesen KL Sentral, Jalan Stesen Sentral 5 & (T820) Menara DBKL 2, Jalan Raja Laut - Door B
  • MRT Semantan (T821) Kompleks Mahkamah KL, Jalan Sultan Hj. Ahmad Shah - Door A
  • MRT Sg Buloh (T100) Kuarters Integrasi Sg. Buloh, Jalan Hospital & (T101) Perumahan BRP 6, Persiaran Bukit Rahman Putra 1
  • MRT Sg Buloh (T102) Kg. Kubu Gajah, Jalan Kubu Gajah
  • MRT Sg Buloh (T103) Apartment Impian, Jalan PJU 10/1 @ Prima Damansara / Damansara Damai
  • MRT Surian (T807) Dataran Ara Damansara, Jalan PJU 1A/20 & (T808) SRK Seksyen 11, Jalan Kenyalang 11/3 - Door A
  • MRT Surian (T807) Dataran Ara Damansara, Jalan PJU 1A/20 & (T808) SRK Seksyen 11, Jalan Kenyalang 11/3 - Door B
  • MRT TTDI T813 SMK Damansara Jaya (OPP), Jalan SS23/23 & T814 Komersial Datuk Sulaiman, Jalan Datuk Sulaiman
Jom amik peluang jalan-jalan dengan MRT dan feeder bas sementara offer free ni.

Jom naik MRT.... Jom naik MRT.... Jom naik MRT....