https://sspniplusonline.ptptn.gov.my/sspniplusonline/?id=000008279

Thursday 26 June 2014

BISKUT RAYA POPULAR 2014

Biskut Almond London
 
Biskut Almond London @ Secubit Garam
 
Bahan:(150 biji)
250g mentega
125g gula halus
1 biji telur
1 sudu teh esen vanila
50g serbuk badam (optional)
200g tepung jagung}
300g tepung gandum}
1 sudu besar tepung beras}
1 sudu teh baking powder}-ayak bersama
 200g kacang badam,digoreng tanpa minyak
 
Hiasan
50g badam cincang untuk hiasan
+/- 700g coklat compound
 
Cara;
  1. Pukul mentega dan gula sehingga kembang.Masukkan esen vanila dan pukul lagi.
  2. Masukkan serbuk badam.Kacau.
  3. Masukkan tepung yang telah diayak tadi,gaul rata.
  4. Bentukkan doh bulat-bulat kecil/lonjong dan masukkan kacang di dalamnya.
  5. Letakkan di atas dulang pembakar yang telah dilenserkan sedikit mentega.
  6. Bakar pada suhu 200'C selama 20 minit.
  7. Cairkan coklat dengan kaedah double-boiler.Celupkan biskut tadi dan letak dalam kertas cawan.Taburkan badam cincang di atasnya.Biarkan ia kering.Siap disimpan.
 
 
Biskut Arab
 
Resepi  Biskut Arab Sukatan Cawan @ Embun Suchi

Bahan-bahan :
2 cawan tepung gandum (yang digoreng tanpa minyak hingga kekuningan) kenapa perlu goring, untuk memberi rasa ringan kepada biskut.
1 cawan gula kastor atau 3/4 cawan bagi mengelakkan penyakit kencing manis
1 cawan minyak sapi
 
Cara membuatnya:

  1. Satukan tepung gandum dengan gula kastor dan gaul sekata.
  2. Masukkan minyak sapi sikit demi sikit. Uli2 sampai jadi doh.
  3. Gentel bulat2 dan bakar dengan suhu 180C selama lebih kurang 15 minit.
  4. Sejukkan dan golekkan dengan gula kastor.
  5. Simpan dalam bekas kedap udara atau boleh ngap terus.
Tips:
  • jika adunan terkeras tambah minyak sapi/butter.
  • jika adunan terlembik tambah tepung gandum
  • biskut ini sedikit mengada2 (fragile). so pastikan ia betul2 sejuk baru dialihkan dari dulang pembakar.
 
Cornflakes Madu
 
Cornflakes Madu @ Kak Nor - Secubit Garam
 
Bahan :
1 kotak besar cornflakes ( Nestle ) 6 sudu besar butter 
6 sudu besar gula pasir 
2 sudu besar madu 
kekacang tu optional 
 
Cara membuatnya:
  1. Semua bahan2 dileburkan dalam kuali pastu masukkan cornflakes dan kekacang. Gaul hingga sebati. Padamkan api.
  2. Masukkan dalam papercup dan bakar sekejap. Suhu lebih kurang 160 - 170c lebih kurang 5 minit. Biarkan sejuk diredai @ rack, baru la dimasukkan ke dalam bekas kedap udara. 

Tips: 

Kalau cornflakes madu ni kurang melekat antara satu sama lain selepas dibakar, cuba lebihkan sedikit masa utk membakar tu tp jgn sampai hangus.. 
Boleh jugak direndahkan sket suhu oven supaya tak hangus..
 
 
Biskut Dahlia
 
Biskut Dahlia @ Norazie - Resepi.net
  
Bahan :
300 g mentega - SCS atau Anchor atau mentega pilihan
160 g gula aising / 120 g
2 kuning telur
4 sudu makan susu pekat manis
1 camca teh esen vanilla
240 g tepung gandum * - Jika adunan lembik, boleh tambah tepung sedikit
100 g tepung jagung *
160 g tepung kastard / 200 g  * (bahan bertanda *  diayak)
Ceri merah - dipotong kecil untuk hiasan
 
Cara :
  1. Putar mentega dan gula aising hingga berkrim, masukkan kuning telur dan esen vanilla @ rose dan putar hingga kembang. 
  2. Perlahankan speed, masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis. Adunan akan menjadi doh yang lembut dan mudah ditekan. 
  3. Masukkan doh ke dalam alat penekan yang dipasang muncung untuk biskut dahlia. Tekan atas dulang pembakar. Buat hingga siap dan hias dengan sepotong kecil ceri. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 175C selama 15 - 20 minit. 
  4. Biarkan biskut sejuk sedikit atas dulang pembakar sebelum dialihkan ke atas jaringan. Biar sejuk sebelum disimpan dalam bekas kedap udara.
 
 

Biskut Lidah Kucing
 
BISKUT LIDAH KUCING PELANGI @ Resipi Citarasawan 
Bahan-bahannya :
250g mentega
175g gula kaster
100ml putih telur (lebih kurang 4 biji telur gred A)
200g tepung gandum / tepung red rose / tepung biskut
50g tepung jagung
1/4 sudu teh emplex
1 sudu teh essen vanila
Pewarna ungu, biru, hijau, kuning,orange dan merah
Loyang lidah kucing - digris dengan mentega
 
Cara-cara :
  1. Ayak tepung gandum bersama tepung jagung dan emplex. Ketepikan.
  2. Pukul mentega dan gula hingga berkrim. Masukkan putih telur sedikit demi sedikit dan putar hingga sebati. Masukkan juga essen vanila.
  3. Masukkan tepung dan kaup balikkan dengan spatula hingga rata.
  4.  Bahagikan adunan kepada 6 bahagian dan letakkan dengan pewarna berlainan. ( Berat satu adunan anggaran 196g )
  5. Masukkan setiap adunan kedalam pipping bag dengan nozzle bulat dan picit adunan dengan lurus mendatar kedalam acuan lidah kucing mengikut susunan warna pelangi.
  6. Bakar didalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 150'C selama 15 minit. Jangan biarkan permukaan atas keperangan, kerana akan menenggelamkan warna pelangi. (bakar api atas dengan suhu 160'c dan api bawah dengan suhu 170'C selama 20 minit / mengikut oven masing-masing)
  7. Biarkan sejuk terlebih dahulu dan simpan dalam bekas kedap udara.
 
Biskut Mama Carey
 
BISKUT MAMA CAREY @ Kak Wan 
 
Bahan-bahan
200 gm mentega
100 gm gula Kastor
1 biji kuning telur
1 sudu teh esen Vanilla
 
Bahan Di ayak
260 gm tepung red rose atau tepung gandum
50 gm tepung jagung
50 gm susu tepung
 
Cara membuatnya:

  1.  Pukul mentega dan gula hingga sebati.
  2. Masukkan kuning telur dan esen vanilla dan terus memukul.
  3. Masukkan bahan yang telah di ayak sedikit demi sedikit dan uli hingga menjadi doh yang lembut dan tidak melekat di tangan
  4. Masukkan doh dalam beg plastik kedap udara dan simpan dalam peti ais selama 15 minit
  5.  Panaskan oven pada suhu 150 C
  6. Sediakan loyang pembakar dan oleskan dengan sedikit butter ~ ketepikan
  7. Keluarkan doh dari peti ais dan canai di atas 2 lapik plastik supaya ia tidak melekat-lekat
  8. Terap dengan acuan pilihan
  9. Susun di atas dulang pembakar
  10. Bakar dalam oven dengan suhu 150 C selama 10 minit ~ setengah masak
  11. Kemudian biarkan ia sejuk.
 
 
Icing 
1 biji putih telur
1 sudu besar tepung jagung
90 gm gula icing
 
  1. Pukul putih telur hingga kembang
  2. Masukkan gula icing dan tepung jagung dan terus pukul dengan speed laju hingga adunan likat
  3. Masukkan adunan dalam piping bag.
  4. Paipkan icing atas biskut tadi
  5. Untuk lorekan atas biskut ~ celupkan lidi kecil di dalam coklat emulco dan lorekkan dengan corak pilihan
  6. Atau boleh juga taburkan manik gula untuk hiasan
  7. Bakar semula biskut dalam oven pada suhu 150C selama 10 minit lagi
  8. Sejukkan sebelum di simpan dalam bekas kedap udara
 
* untuk dapatkan icing yang putih, biskut yang di bakar pertama sebelum kita letak icing tu bakar sampai masak atau 3/4 masak.
 
Lepas letak icing bakar sekejap aje.. sampai icing keras sahaja lepas tu dah boleh angkat.. sebab kalau lama dalam oven takut icing kuning. Lagi satu pastikan suhu oven bertepatan
 
 
Biskut Sarang Semut
 
Bahan-bahan 
250 gm butter
350gm tepung gandum
200gm tepung jagung
1biji telur (kuning telur sahaja)
150gm gula halus
1 sudu teh esen vanila
1sudu teh pewarna...
chocolate rice
paper cup

cara-caranya
  1. Pukul sampai kembang butter dan gula
  2. Masukkan telur
  3. Masukkan tepung gandum dan tepung jagung sedikit demi sedikit.. Jangan tuang sekali semua. Masukkan sikit, lepas tu kacau adunan. Pastu masukkan lagi tepung sampai adunan jadi sebati
  4. Tambah esen vanilla (untuk bau yang harum)
  5. Tambah pewarna
  6. Untuk senang nak parut adunan, simpan doh dalam peti ais di bahagian sejuk beku. bila dah sejuk, barulah diparut ke dalam paper cup, taburkan chocolate rice dan bakar di dalam oven, dengan suhu 180c.. Pastikan panaskan dulu oven dalam 10 minit baru masukkan tray. masa untuk bakar biskut sarang semut ni anggarannya 15minit.

 
Pretzel
 

Biskut Mini Pretzel


Bahan-bahan
1 packet biskut mini pretzel - Snyder's Handover bole di beli di pasaraya atau kedai bekalan bakery
 
Hiasan
Coklat masakan gelap, putih atau yang berwarna secukupnya
 
Bahan Hiasan secukupnya - gula berwarna, manik hundred thousand, kekacang, chocolate chips, serbuk oreo, coklat berwarna atau apa saja yang di sukai..
Cara Membuatnya
  1. Cairkan coklat masakan secara double boil atau dalam microwave
  2. Ambil biskut, celup ke dalam coklat, terpulang semua bersalut coklat atau separuh saja.
  3. Keluarkan lebihan coklat yang meleleh, kemudian celup ke dalam bahan hiasan. Letak di atas dulang beralas kertas minyak. Biarkan sehingga coklat mengeras sebelum di simpan dalam bekas kedap udara.
 
 

 
Shortbread Coklat
 
Shortbread Coklat
 
Bahan biskut
240g tepung gandum
100g gula castor
100g serbuk badam
200gm mentega
70g susu tepung
 
Hiasan diatas
500g coklat masak
125g coklat putih
 
Cara membuatnya :

  1. Sapu sedikit mentega diatas loyang cutter. Kemudian alas dengan kertas minyak. Sapu lagi mentega diatas kertas minyak. Ketepikan.
  2.  Gaulkan kesemua bahan biskut dengan perlahan-lahan sehingga menjadi sebuku doh yang lembut. Kemudian masukkan ke dalam loyang cutter. Tekan perlahan sehingga rata permukaannya. Tekan cutter ke atas adunan tadi. Bakar dengan suhu 180 C selama 12-15 min.
  3. Bila masak, cabutkan alat pemotong biskut (cutter) dan sejukkan biskut. Cairkan coklat masak dan tuang diatas permukaan biskut sehingga rata. Coklat putih yang telah dicairkan dimasukkan dalam piping beg dan lorekkan bentuk zig zag diatas permukaan coklat masak tadi. Kemudian lorekkan dengan lidi untuk hasilkan corak celorang celoreng.
  4. Masukkan semula alat cutter ke dalam biskut dan dinginkan biskut dalam peti sejuk selama 10 min. Apabila coklat telah keras, cabut cutter dan simpan biskut dalam bekas kedap udara.
 
 
Biskut Snow Almond
 
SNOW ALMOND @ Kak Wan
 
Bahan A
260 gm butter
150 gm gula caster
1 sudu kecil esen vanila
50 gm serbuk badam
 
Bahan B
300 gm tepung Red Rose
50 gm tepung kastard
50 gm susu tepung
40 gm tepung jagung
 
Bahan Hiasan
Coklat masakan - cairkan cara double boiler
Sedikit breadcrumb putih  - untuk menyalut
 
Cara Membuatnya:

  1. Pukul bahan A hingga berkrim
  2. Masukkan bahan B dan uli hingga menjadi doh yg lembut
  3. Canai dan terap dengan acuan yg di sukai
  4. Susun dalam loyang dan bakar pada suhu 140C selama 30 minit atau sehingga masak
  5. Sejukkan biskut atas redai
  6. Celup biskut dalam coklat masakan yg telah di cairkan cara double boiler
  7. Golekkan biskut ke dalam breadcrumb
  8. Simpan biskut dalam bekas kedap udara.
 
 
Biskut Tart Nanas
 

TART NENAS GULUNG @ Kak Anim 
4 oz butter - 115 gram
 
4 oz minyak sapi - 115 gram

1 biji telur gred B

1 lb tepung gandum -450 gram
 
sedikit garam
air sejuk
 
 
Cara membuatnya:
  1. Pecahkan telur di dalam bekas adunan,
  2. Masukkan butter dan minyak sapi
  3. Gaul hingga sebati dengan hanya menggunakan whisk
  4. Masukkan tepung sedikit demi sedikit.
  5. Akak tidak menggunakan air sejuk tapi setelah adunan menjadi doh letakkan sebentar di dalam peti ais.
  6. Guna acuan seperti gambar di bawah.
  7. Tekan adunan dan bentukkan tart mengikut kesesuaian anda.
  8. Jika letak inti yang banyak maka dapatlah tat yang tebal.
  9. Bakar pada suhu 170C-180C selama 20-25 min
 
 
JAM NENAS @ Kak Anim
10 biji nenas-di sagat dan toskan airnya
3 kampit gula
sedikit pewarna kuning
 
kacau nenas dan gula
Bila hampir kering masukkan pewarna kuning.
Kacau hingga kering dgn api yang perlahan
 


0 comments:

Post a Comment