https://sspniplusonline.ptptn.gov.my/sspniplusonline/?id=000008279
Showing posts with label AISKRIM MALAYSIA. Show all posts
Showing posts with label AISKRIM MALAYSIA. Show all posts

Friday, 3 January 2014

PANASNYA HARI NI... ICE CREAM JAGUNG HOMEMADE JADI PENYELAMAT

Pagi tadi sampai tengah hari p kuar jalan2 dengan wife. Mula2 p umah adik ipar cos dia ajak makan nasi lemak homemade. Not bad ada sambal,  ikan bilis dan ikan terubuk masin goreng, kacang goreng dan sayur kangkung.

Lepas tu layan citer Ular dengan anak2 buah. Anak2 buah suka sangat layan citer2 macam tu. Selamba jer dorang tengok xdela terjerit2 macam wife aku pantang je tgk citer seram / menakutkan mesti berkepit dekat aku. Kalu kat umah dia nyorok belakang aku. Yang tak bestnya dia suruh aku tutup terus TV.

Lepas abis citer Ular, aku ngan wife terus pi jalan2 cos wife aku cdg nk beli Power Bank. Sampai kedai IT, wife aku belek2 tapi tak jadi beli sebab mahal bagi budget yang ada. So dia ajak pi beli baju pulak. Sanggup pula berhabis more than budget beli Power Bank. Memang bertuah sungguh wife aku.

Panas sungguh cuaca hari ini. Setiba di rumah selepas fitting baju2 yang dibeli terus amik aiskrim yang dia buat masa tahun baru. Aiskrim jagung home made.

Aiskrim jagung homemade yang dihias dengan chocolate rice, chips dan m&m lebihan buat aiskrim chocolate sebelum ni.

Rasa aiskrim jagung ni memang sedap, lemak2 dan tak manis sebab wife tak letak gula langsung hanya creamer, susu cair, ovellate,  pes jagung dan jagung cream dalam tin.

Sedap dinikmati di hari panas.

Tuesday, 31 December 2013

PROJEK AISKRIM JAGUNG HOMEMADE DAN SAGU GULA MELAKA

Hari ni wife aku ada mood rajin. Masa sediakan breakfast mushroom soup wife aku mintak izin "abang, boleh tak ayang buat sagu gula melaka". Kalu dia mintak izin macam tu adalah makna tersiratnya. Maknanya masakan yang dia buat bakal dihantar ke umah adik ipar aku / umah mak aku. Gula melaka masih berbaki yang wife beli masa bercuti di Kuala Terengganu, Pasar Payang 5 biji RM 10.00. Cuma yang aku tak sedar dengar wife aku perli aku "Susu segar ayang beli semalam dah abis, ada orang tu kata taknak minum susu sebab sakit perut". Memang sebelum ni aku sakit perut sebab minum susu chocolate.

Lepas jer breakfast aku p kedai belikan wife aku susu segar goodday 1 liter ganti susu segar yang wife aku beli abis licin aku minum haha...


Sagu gula melaka


Bahan-bahan sagu
250 gram sagu
2 cawan air

1. Panaskan air dan masakkan sagu selama 10 minit.
2. Tapiskan sagu yang telah dimasak dan lalukan dengan air supaya sagu tidak melekat-lekat.
3. Masukkan dalam acuan.
4. Sejukkan dalam peti sejuk

Bahan-bahan kuah
1 gula melaka
1 cawan air

Panaskan air dan gula melaka sehingga gula hancur. Sejukkan

Cara menghidang
1. Keluarkan sagu dari acuan dan masukkan ke dalam cawan desert.
2. Masukkan gula melaka
3. Masukkan sedikit susu segar.
4. Sedia dihidangkan



Resepi aiskrim jagung homemade

Bahan-bahan:
1 paket creamer 450gram
2 tin susu cair 400 gram
2 sudu ovalatte
1 tin jagung cream
Sedikit pes jagung

Cara membuat adunan aiskrim
1. Mixerkan creamer, susu cair dan ovalatte sehinga gebu dan likat lebih kurang 20 minit dengan kelajuan maksima.


2. Bila sudah pekat dan likat, masukkan pes jagung dan jagung cream. Sebatikan di dalam adunan.

3. Bila dah sebati bolehla dimasukkan dalam tupperware freezemate. Satu adunan di atas dapat 2 tupperware saiz m dan s.


4. Sedia disejukbekukan...



Tuesday, 24 December 2013

AISKRIM CHOCOLATE HOME MADE

Semalam wife tiba rajin buat aiskrim homemade lagi ala2 aiskrim wall tu. Niat dia buat aiskrim nak bagi anak2 buah aku.

Bahan2
whipping cream non UHT 907gram
creamer 450gram

hiasan
oreo - dibuang creamnya dan diramas
chocolate rice
chocolate chips
M&M Chocolate

Cara membuatnya
Whipping cream dan creamer dimixerkan hingga kembang setaman. Gunakan kelajuan maksimum selama 20 minit untuk menjadikan aiskrim lebih gebu.

Setelah selesai mixer, adunan aiskrim tersebut bolehla dimasukkan dalam tupperware freezermate dan masukkan oreo, chocolate rice. Gaulkan sebati. Kemudian ditaburkan chocolate chips dan M&M. Bolehlah disejukbekukan semalaman.

Adunan yang masih belum disejukbekukan. Abaikan presentation yang ke laut.

Pagi tadi wife aku keluarkan dari peti sejuk tapi belum keras sempurna. Wife aku terus bawa jugak ke rumah adik ipar aku. Kami balik kampung wife pagi ni by bas dari Pudu Sentral. Untuk memudahkan perjalanan motor aku tggl kat umah adik ipar.


Saturday, 21 December 2013

PROJEK AIS KRIM MALAYSIA DI RUMAH ADIK IPAR

Hari ini projek membuat ais krim malaysia di umah adik ipar aku. Sebelum projek membuat aiskrim malaysia bermula, adik ipar dan anak2nya yang bakal ke sekolah tak lama lagi membeli persiapan kelengkapan persekolahan.

Suasana membeli belah persiapan sekolah meriah kerana ramai ibu bapa yang lain turut serta membeli kelengkapan untuk anak2.






Balik daripada shopping, barulah persiapan membuat ais krim malaysia. Projek ini adalah idea adik ipar dan anaknya untuk menampung perbelanjaan poket ke sekolah.

Wife aku tolong sediakan bahan2 dan menolong adik ipar aku membuat ais krim asam boi dan jagung.

Penyediaan aiskrim asam boi


3 kg gula
4 jug air
250 gram asam boi
200ml jus asam boi

Semua bahan di atas dimasak supaya texture aiskrim lebih halus


Asam boi yang di masak tadi di masukkan ke dalam plastik aiskrim sebiji setiap plastik

Hasil aiskrim yang telah dimasukkan jusnya dan diikat mati.

Inilah hasilnya 51 batang ais krim asam boi. Sedia untuk disejukbekukan. Total ais krim asam boi 100 batang

Budget membuat aiskrim asam boi
3 kg gula = RM 8.40
250 gram asam boi = RM 6.00
Jus / kordial asam boi 1 liter = RM 3.50 (boleh buat ais krim sehingga 5 kali) = RM 0.70
Plastik aiskrim, Air, gas and electricity = RM 3.00
Total budget = RM 21.60

Hasil jualan yang dijangka 100 X RM 0.30 = RM 30.00, 
Keuntungan jualan = RM 30.00 - RM 21.60 = RM 8.40

Penyediaan aiskrim jagung


Bahan2
1 tin susu pekat
200 ml kordial jagung
1 tin cream jagung
1 jug air suam / air masak

Bahan di atas dilarutkan dengan menggunakan air masak. Kemudian masukkan dalam plastik ais krim. Hasilnya 1 jug air jagung menghasilkan 25 batang aiskrim.

Budget ais krim jagung
1 tin susu pekat RM 2.30
1 liter kordial jagung RM 2.50 (200ml = RM 0.50)
1 tin cream jagung = RM 2.50
Total RM 4.30

Target jualan 25 X RM 0.30 = RM 7.50
Keuntungan = RM 7.50 - RM 4.30 = RM 3.20

Total keuntungan ais krim asam boi dan jagung = RM 11.60

Ok jugakla untuk bisnes kecik dari umah. Ada jugakla profit walaupun tak banyak sangat sekurang2nya bolehla buat belanja anak2 ke sekolah.

Doa2kanlah bisnes adik ipar dan anak2 success.