KARI IKAN TENGGIRI DENGAN BENDI
Penyediaan : 4 Orang
Masa : 20 Minit
Penyediaan : 4 Orang
Masa : 20 Minit
Bahan-bahannya:
2 ketul Ikan Tenggiri ( dibersihkan )...
4 sdm Minyak Jagung
2 ketul Ikan Tenggiri ( dibersihkan )...
4 sdm Minyak Jagung
2 ulas Bawang Putih- dihiris nipis
½ in Halia – dihiris mayang
2 ulas Bawang merah – dihiris nipis
2pkt (kecil) Serbuk Rempah Kari Ikan ( Adabi)
6 helai Daun Kari
3g Halba Campur
1sdk Cili Boh ( Pes Cili )-
4 cawan Santan Cair
8 biji Kacang bendi
2 biji tomato dipotong 4
½ biji Air Limau Nipis
1 sdk Serbuk Perasa Ikan Bilis
2 sdm Gula
1 sdm Garam secukup rasa
Cara membuatnya:
- Panaskan periuk, masukkan minyak masak, bawang putih, bawang merah, halia,daun kari, halba campur, tumis hingga naik bau.
- Kemudian masukkan cili boh, kacau hingga pecah minyak, masukkan serbuk rempah kari kacau hingga rata.
- Masukkan air serta santan, kacau dan biar hingga mendidih.
- Masukkan isi ikan, kacang bendi dan tomato, biar selama 5 minit.
- Sekiranya terlalu pekat, tambah sedikit air.
- Akhir sekali, masukkan air limau nipis, garam, serbuk perasa dan gula.
- Siap untuk dihidang, hias dengan hirisan limau nipis.
UDANG GALAH MASAK LEMAK DENGAN LABU
Penyediaan : 4 Orang
Masa : 20 Minit
Bahan-bahannya:
800g Udang Galah – Dipotong bahagian tengah belakang
150g Labu Kuning- dibuang kulit dan dipotong dadu
2btg Serai – dititik
2 biji Buah Tomato – dipotong 6
4 sdm Minyak Jagung
1 cwn Santan Pekat
5 cwn Santan Cair
1 cwn Air Jika Perlu
1 sdk Serbuk perasa Ikan Bilis
2 sdk Gula
1 sdm Garam secukup rasa
Bahan Kisar:
½ in Kunyit segar
3 ulas Bawang putih
3 ulas Bawang merah
4 biji Cili Merah
2 cili Cili Padi
1 sdk Udang kering
½ in Belacan
Cara membuatnya:
- Panaskan periuk, masukkan minyak jagung, masukkan bahan-bahan yang dikisar, tumis hingga naik bau dan pecah minyak.
- Masukkan serai yang dititik, santan cair dan santai pekat, kacau hingga mendidih, kemudian masukkan labu, kacau dan biar labu hampir empuk.
- Kemudian masukkan udang galah, kacau hingga rata selama 4 minit.
- Masukkan bahan perasa, air limau nipis, garam dan gula.
- Akhir sekali masukkan buah tomato.
- Siap untuk dihidang hias dengan daun ketumbar/hirisan limau nipis.
SAYUR GORENG LO-HAN
Penyediaan : 4 Orang
Masa : 8 Minit
Bahan-bahannya:
50g Lada Bengala Merah – dipotong dadu
50g Lada Bengala Hijau – dipotong dadu
50g Cendawan Shitake – dipotong dadu
50g Celery – dipotong dadu
2 ulas Bawang Putih – dihiris
2 ulas Bawang merah – dicincang
½ in Halia – dipotong mayang
5 sdm Minyak Jagung
6 ekor Udang segar – dibuang kulit dan dihiris
2 sdm Sos Tiram
6 sdm Kicap Manis – Kipas Udang
1 sdk Kicap Pekat
Garam dan gula secukup rasa
Cara membuatnya:
- Panaskan kuali, masukkan minyak masak, bawang putih, bawang merah, halia, kacau hingga naik bau.
- Masukkan sos tiram, kicap pekat, kicap cair, kacau hingga rata.
- Masukkan lobak merah, seleri, cendawan shitake dan sedikit air serta kacau hingga rata selama 2 minit.
- Akhir sekali masukkan bahan perasa, gula, garam dan lada benggala.
- Siap dihidang.
0 comments:
Post a Comment