https://sspniplusonline.ptptn.gov.my/sspniplusonline/?id=000008279

Saturday, 2 August 2014

Tumis-tumis Ramadan Chef Sabri, Puyuh Masak Kalio, Kambing Kurma dan Kacang Buncis Goreng Kunyit

Hidangan disediakan ialah Puyuh Masak Kalio, Kambing Kurma dan Kacang Buncis Goreng Kunyit.
 
 
BURUNG PUYUH MASAK KALIO
Penyediaan : 4 Orang
Masa : 20 Minit
Tumis-tumis Ramadan Chef Sabri, Puyuh Masak Kalio, Kambing Kurma dan Kacang Buncis Goreng Kunyit
Bahan-bahannya:
4 ekor Burung puyuh – dipotong 2
4 sdm Minyak masak
2 ulas Bawang putih
3 ulas Bawang merah
½ in Halia
¼ in Kunyit Segar
4 biji Cili Padi
4 biji Cili Merah
¼ in Lengkuas
1 helai Daun Kunyit
1 cawan Santan pekat
3 cawan Air
2 btg Serai – dititik
2 keping Asam keping
2 helai Daun Limau Purut
1sdk Serbuk perasa ayam
2sdm Gula
1sdm Garam secukup rasa
 
Cara membuatnya:
  1. Kisar bawang putih, bawang merah, halia, lengkuas, cili padi, cili merah, kunyit segar ke dalam mesin pengisar.
  2. Panaskan kuali, masukkan minyak masak, kemudian tumis bahan-bahan yang dikisar hingga naik bau. Masukkan daun kunyit , asam keping, kacau hingga rata.
  3. Masukkan burung puyuh, santan, air, kacau hingga mendidih, kemudian renehkan hingga burung puyuh hampir masak.
  4. Masukkan sedikit air limau nipis, sedikit air asam jawa, tomato, serbuk perasa, gula dan garam secukup rasa.
  5. Siap untuk dihidang, hias dengan hirisan timun.
 
KAMBING MASAK KURMA
Penyediaan : 4 Orang
Masa : 30 Minit


Tumis-tumis Ramadan Chef Sabri, Puyuh Masak Kalio, Kambing Kurma dan Kacang Buncis Goreng Kunyit
Bahan-bahannya:
800g Daging Kambing- dipotong 1inci 
3 ulas Bawang putih- dihiris
3 ulas Bawang merah – dihiris
1in Halia – di potong mayang
6 sdm Minyak Masak
1 in Kulit Kayu Manis
2 ktm Bunga lawang
4 biji Buah Pelaga
1 helai Daun Pandan – diikat
5 g Daun serta batang ketumbar
5g Daun Pudina
5 helai Daun Kari
2 sdm Serbuk Kurma
½ sdm Serbuk Jintan Manis
2 biji Cili Hijau
2 biji Buah Tomato – di potong 4
3 biji Ubi ketang – di potong dadu besar
1.5 lit Air
1cwn Santan atau susu sejat penuh krim.
1 biji Air limau nipis
1 sdk Serbuk perasa ayam
2 sdm Gula pasir atau gula Melaka
1 sdm Garam secukup rasa
 
Cara membuatnya:
  1. Panaskan kuali, masukan minyak masak, tumis bawang putih, halia, bawang merah, daun pandan, bunga lawang, buah pelaga, kulit kayu ,manis, kacau hingga naik bau.
  2. Kemudian masukan cili hijau, daun pudina , daun ketumbar, kacau kemudian masukkan daging kambing.
  3. Kacau hingga separuh masak, kemudian masukkan serbuk rempah, kacau hingga rata.
  4. Masukan air dan santan, ubi kentang, kacau dan biar hingga mendidih , kemudian biar reneh hingga daging kambing empuk.
  5. Masukan air limau nipis, gula dan garam secukup rasa.
  6. Setiap untuk di hidang, hias dengan daun ketumbar dan bawang goreng.

KACANG BUNCIS GORENG KUNYIT
PENYEDIAAN: 4 0RANG
MASA: 4 MINIT

Tumis-tumis Ramadan Chef Sabri, Puyuh Masak Kalio, Kambing Kurma dan Kacang Buncis Goreng Kunyit
Bahan-bahannya:
400g Kacang buncis- di hiris
3 sdm Minyak Masak
2 ulas Bawang putih – dihiris
2 ulas Bawang merah – di hiris
2 biji Cili merah – di hiris
1 sdm Udang kering atau 8 ekor udang segar
1sdk Serbuk kunyit
1 biji telur
80g Lobak merah – dibuang kulit di potong mayang
Garam secukup rasa
 
Cara membuatnya:
  1. Panaskan kuali, masukan bawang putih, bawang merah, kacau hingga naik bau. 
  2. Masukkan, udang kacau, kacang buncis kemudian pecahkan sebiji telur.
  3. Kacau dan sedia dihidang.

0 comments:

Post a Comment