Saturday, 2 August 2014

Tumis-tumis Ramadan Chef Sabri, Juadah Aidilfitri, NASI TOMATO, ASPARAGUS GORENG BELACAN, AYAM MASAK MERAH

NASI TOMATO

Penyediaan : 4 Orang...
Masa : 20 Minit
 
Bahan-Bahannya:
1cawan Beras Basmathi Panjang Pusa Pakistan- direndam 20 minit.
1 ½ cawan Air
6 sdm Minyak masak
2 ulas Bawang putih – dihiris
2 ulas Bawang merah – dihiris
1 helai Daun Pandan – diikat
5 gm Daun pudina
1 sdk Pes Tomato
1 tin Tomato sup
1in Kulit kayu manis
3 ktm Bunga Lawang
3 biji Buah pelaga
1 sdk Serbuk perasa Ayam
2 sdm Gula
½ sdm Garam secukup rasa
 
Cara membuatnya:
  1. Panaskan periuk, masukkan minyak, bawang putih, bawang merah, halia, daun pandan,daun pudina, kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga , kacau hingga naik bau.
  2. Masukkan pes tomato, tomato sup, air kacau hingga mendidih. Boleh masukkan susu cair jika perlu.
  3. Masukan beras, tanak nasi hingga kering.
 
AYAM MASAK MERAH
Penyediaan : 4 Orang
Masa : 20 Minit
 
Tumis-tumis Ramadan Chef Sabri, Juadah Aidilfitri, NASI TOMATO, ASPARAGUS GORENG BELACAN, AYAM MASAK MERAH
Bahan-Bahannya:
½ Ekor Ayam – di potong 8 digoreng separuh masak
6 sdm Minyak Jagung
2 ulas Bawang putih – dihiris halus
2 ulas Bawang merah – dihiris halus
1in Halia
1 in Kulit Kayu Manis,
3 biji Buah Pelaga
3 ktm Bunga Lawang
2 sdm Pes Cili
6 sdm Sos Tomato
3 sdm Sos Cili
2 biji Cili merah – dipotong 2
2 biji Buah Tomato- dipotong 6
2 cwn Air
2 sdm Gula Melaka
1 sdk Serbuk perasa Ayam
1/2 sdm Garam secukup rasa.
 
Cara membuatnya:
  1. Panaskan kuali, masukkan minyak masak, tumis bawang putih, halia, bawang merah, daun pandan kacau hingga naik.
  2. Masukkan pes cili, kacau hingga pecah minyak, kemudian masukkan sos cili dan sos tomato.
  3. Kemudian masukkan ayam dan air. Biar reneh hingga pekat.
  4. Akhir sekali, masukkan bahan-bahan yang lain.
 
ASPARAGUS GORENG BELACAN
Penyediaan : 4 Orang
Masa : 6 Minit
 
Tumis-tumis Ramadan Chef Sabri, Juadah Aidilfitri, NASI TOMATO, ASPARAGUS GORENG BELACAN, AYAM MASAK MERAH
Bahan-Bahannya:
800g Aparagus – di potong panjang
4 sdm Minyak jagung
2 ulas Bawang putih – dicincang.
2 ulas Bawang merah – dicincang
1 sdk Udang kering – dicincang
5g Belacan dibancuh dgn air
3 biji Cili merah – dihiris
1sdk Serbuk perasa Ayam
Sedikit air
 
Cara membuatnya:
  1. Panaskan kuali, masukkan minyak masak, tumis bawang putih, bawang merah, udang kering, belacan, kacau hingga naik.
  2. Masukkan cili merah dan asparagus, kacau selama 2 minit.
  3. Akhir sekali masukkan bahan-bahan yang lain.
 
  

2 comments:

  1. Kalau la Nad ni pandai masak memang dah try semua recipe. Tp tak sempat lagi nak belajar haha

    ReplyDelete
  2. sedapnya kalau try.. huhu..nak try gak laa ^^

    ReplyDelete