https://sspniplusonline.ptptn.gov.my/sspniplusonline/?id=000008279

Saturday, 2 August 2014

Tumis-tumis Ramadan Chef Sabri, Juadah Aidilfitri, Spaghetti Bolognaisse dari Itali, Kari Ayam Mentega dari India, dan Kerabu Ayam dari masakan Melayu

SPAGHETTI BOLOGNAISE
Penyediaan : 4 Orang
Masa...
: 20 Minit
 
Tumis-tumis Ramadan Chef Sabri, Juadah Aidilfitri, Spaghetti Bolognaisse dari Itali, Kari Ayam Mentega dari India, dan Kerabu Ayam dari masakan Melayu
Bahan-Bahannya:
600g Spaghetti yang telah direbus – al dante(separuh masak)
5 sdm Minyak Jagung
3 ulas Bawang Putih – dicincang halus
3 ulas Bawang merah – dicincang halus
30g Lobak merah – dibuang kulit dicincang halus
20g Celery – dibuang kulit dicincang halus
400g Daging cincang ( Minced Meat)
2 sdk Pes Tomato
4 sdm Sos Cili
2 sdm Sos Tomato
0.5g Tyhme
0.5g Oregano
0.5gm Basil
0.5g Sage
2 helai Bay leaf
2 cawan Air
1 sdk Serbuk perasa ayam
¼ biji Air limau nipis
2 sdk Gula
2sdk Garam secukup rasa
80g Grated Parmesan cheese
 
Cara membuatnya:
  1. Panaskan kuali, masukkan bawang putih, bawang merah, kacau hingga naik bau, masukkan saderi , lobak merah serta daging cincang, kacau hingga daging hampir kering.
  2. Masukkan pes tomato, sos tomato, cili sos, sedikit air, herba campuran, kacau hingga rata.
  3. Panaskan kuali satu lagi, masukkan minyak dan bawang putih serta bawang merah yang dihiris. Tumis dan masukkan spaghetti yang telah direbus.
  4. Taburkan cili kering yang dikisar(chili flakes) dan daun pasli yang dicincang. Kacau lagi.
  5. Siap untuk dihidang – letakkan spaghetti ke dalam pinggan kemudian sendukkan sos spaghetti tadi. Akhir sekali tabur Parmesan cheese dan daun parsley yang di cincang.
 
KARI AYAM MENTEGA
Penyediaan : 4 Orang
Masa : 20 Minit

Tumis-tumis Ramadan Chef Sabri, Juadah Aidilfitri, Spaghetti Bolognaisse dari Itali, Kari Ayam Mentega dari India, dan Kerabu Ayam dari masakan Melayu
Bahan-Bahannya:
600g Ayam dipotong – 1 inci setiap
4 sdm Minyak Jagung
30g Mentega
2 ulas Bawang putih – dihiris nipis
2 ulas Bawang merah – dihiris nipis
Bawang Besar Holland
2 biji Cili Hijau/padi
Daun kari
2 biji Buah Tomato
2 biji Ubi kentang – dibuang kulit dan dipotong 4
30g Serbuk rempah kari daging
4 cawan Air
½ biji Air limau Nipis
½ cawan Susu sejat penuh krim
1in Kulit Kayu Manis
4 Buah Pelaga
3 Bunga Lawang
8 helai Daun Kari
Serbuk jintan manis
Serbuk jintan putih
Serbuk ketumbar
1 sdm Sos Tomato
2 sdm Sos Cili
1sdk Serbuk pati Ayam
Garam secukup rasa
 
Cara membuatnya:
  1. Panaskan kuali, masukkan minyak masak, tumis bawang putih, bawang merah, bawang besar Holland, kacau hingga naik bau. Masukkan kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga, daun kari, cili padi dan kacau lagi.
  2. Kemudian masukkan ayam, kacau hingga separuh masukkan rempah kari, serbuk rempah ratus, ubi kentang dan kacau lagi.
  3. Biar reneh hingga ubi kentang empuk, masukkan serbuk perasa, sedikit garam, gula, sedikit air perahan limau nipis, 2 sudu makan mentega dan susu sejat penuh krim.
  4. Siap untuk dihidang hias dengan hirisan timun.
 
 
KERABU AYAM

Tumis-tumis Ramadan Chef Sabri, Juadah Aidilfitri, Spaghetti Bolognaisse dari Itali, Kari Ayam Mentega dari India, dan Kerabu Ayam dari masakan Melayu
Bahan-Bahannya:
400g Ayam yang telah direbus atau dipangggang – dihiris halus
2 ulas Bawang putih – dicincang halus
3 ulas Bawang merah – dihiris halus
2 biji Cili padi – dihiris halus
2btg Serai- dihiris nipis
10g Kelapa parut yang digoreng tanpa minyak
10g Santan
5g Kerisik
5g Gula
3g Garam secukup rasa
Sedikit air limau nipis
 
Cara membuatnya:
Masukkan semua bahan ke dalam mangkuk , kemudian gaul hingga rata. Sedia dihidang dengan hiasan hirisan limau nipis.
 

0 comments:

Post a comment