Sunday, 3 August 2014

Ketuk Ketuk Ramadan bersama Nazeera Sardi, Tesco Bukit Beruntung - Nasi Kapsa, Ketam Berlada

Bersiaran di Tesco Bukit Beruntung, Sheila Rusly bersama tetamu Nazeera Sardi yang popular dalam drama bersiri "Berlima Ramadan".

Nasi Kapsa

Ketuk Ketuk Ramadan bersama Nazeera Sardi, Tesco Bukit Beruntung - Nasi Kapsa, Ketam Berlada
Bahan-bahan Nasi Kapsa
Beras Basmathi
Rempah Bukhari
Bawang besar - ditumbuk
Halia - ditumbuk
Tomato Puri
4 ketul Ayam bahagian peha - direbus
Kayu Manis, Buah Pelaga, Bunga cengkih dan Lada hitam
Kiub Ayam
Daun Bay
Tomato - dipotong dadu
Marjerin Adela

Cara membuatnya:
Rebuskan ayam bersama Kayu Manis, Buah Pelaga, Bunga cengkih, Lada hitam dan kiub ayam direbus sehingga empuk.
Panaskan minyak, cairkan marjerin adela, tumiskan bawang, masukkan buah tomato, rempah Bukhari, sedikit air, tomato puri, daun bay, sehingga rempah masak, garam secukup rasa.
Masukkan beras ke dalam rice cooker, masukkan rempah yang ditumis, air rebusan ayam, air dan ayam di atas. Masak nasi seperti biasa.
 
Bahan-bahan sos:
Cili Hijau
2 biji Tomato
Jus Limau Nipis
Daun Ketumbar

Cara membuatnya:
Kisarkan semua bahan-bahan di atas. Garam dan gula secukup rasa.


Ketam Berlada

Ketuk Ketuk Ramadan bersama Nazeera Sardi, Tesco Bukit Beruntung - Nasi Kapsa, Ketam Berlada
Bahan-bahan
Ketam digaul dengan garam dan kunyit
Bawang besar * ditumbuk
Cili merah * ditumbuk
Bawang putih * ditumbuk
Bawang - dihiris
Tomato
Daun Bawang

Cara membuatnya:
Panaskan minyak dan gorengkan ketam.
Panaskan minyak, tumiskan cili yang ditumbuk, bawang yang dihiris, masukkan gula dan garam secukup rasa. Masukkan ketam dan daun bawang. Siap.





0 comments:

Post a Comment