https://sspniplusonline.ptptn.gov.my/sspniplusonline/?id=000008279

Wednesday, 30 July 2014

Tumis-tumis Ramadan Chef Sabri, Udang Goreng Mentega Berkrim, Sotong Goreng Lada Hitam, Jus Epal dan Timun

Resepi Udang Goreng Mentega Berkrim, Sotong Goreng Lada Hitam, Jus Epal dan Timun adalah seperti berikut:

UDANG GORENG MENTEGA
Penyediaan : 4 orang
Masa : 10 minit
Tumis-tumis Ramadan Chef Sabri, Udang Goreng Mentega Berkrim, Sotong Goreng Lada Hitam, Jus Epal dan Timun
Bahan-Bahannya:
800g Udang Harimau – dipotong bahagian belakang
3 ulas bawang putih – dicincang
2 ulas bawang merah – dicincang halus...

80g Mentega ( Unsalted butter )
1 sdm udang kering – dicincang halus
10 helai daun kari
6 biji cili padi – dihiris halus
½ cawan susu sejat penuh krim
Air limau nipis
Sedikit serbuk perasa, garam dan gula perang
 
 
Cara membuatnya:
  1. Panaskan kuali, masukkan minyak jagung, bawang putih, bawang merah, kacau hingga naik bau.
  2. Masukkan udang kering, cili padi, serta daun kari, kacau hingga rata.
  3. Masukkan udang, kacau selama 4 minit, kemudian masukkan krim serta mentega.
  4. Masukkan sedikit garam, gula dan bahan perasa serta kacau hingga sos menjadi pekat. Masukkan buah tomato yang dipotong dadu.
  5. Setelah siap, boleh dihidang dengan hiasan hirisan buah oren.
 
SOTONG GORENG LADA HITAM
Penyediaan : 2 orang
Masa : 8 minit
Tumis-tumis Ramadan Chef Sabri, Udang Goreng Mentega Berkrim, Sotong Goreng Lada Hitam, Jus Epal dan Timun
Bahan-Bahannya:
400g Sotong segar – dipotong
Daun kari
Air limau nipis
2 sdm Minyak masak
3 sdm Kicap pekat
Lada benggala merah
Garam secukup rasa
Gula
Bahan perasa
 
Bahan dikisar:
2 ulas Bawang putih – dicincang
2 ulas Bawang merah – dicincang
Cili padi
½ in Halia – dipotong mayang
1 sdk lada hitam
Serai
Sedikit belacan
 
 
Cara membuatnya:
  1. Panaskan kuali, masukkan minyak masak dan bahan-bahan yang dikisar. Kemudian kacau hingga naik bau.
  2. Perlahankan api, masukkan daun kari, sotong dan lada benggala serta kacau.
  3. Masukkan kicap pekat, kacau seketika, masukkan garam, gula, bahan perasa dan sedikit perahan air limau nipis. Kacau selama 3 minit.
  4. Sedia dihidang dengan hiasan hirisan buah epal.

  
JUS EPAL HIJAU DAN TIMUN

Bahan-Bahannya:
4biji buah epal hijau – dipotong dadu
½ biji Timun
1 sdm Gula
½ cawan Ais

Cara membuatnya:
  1. Masukkan semua bahan dlm mesin pengisar, kemudian kisar hingga halus.
  2. Tuang dalam gelas, masukkan ais dan hias dengan hirisan buah oren.
 
 

0 comments:

Post a Comment