https://sspniplusonline.ptptn.gov.my/sspniplusonline/?id=000008279

Friday 25 July 2014

Tumis-tumis Ramadan Chef Sabri, Nasi Kacang Dal, Kambing Masak Madras, Salad Tomato dan Timun

Menu masakan India Utara yang disediakan oleh Master Chef Sabri ialah Nasi Kacang Dal, Kambing Masak Madras dan diseimbangkan dengan Salad Tomato dan Timun.

Kombinasi makanan sihat dan seimbang. Boleh dijadikan juadah atau senarai menu Hari Raya Aidilfitri nanti. 

Ini resepi-resepinya bagi nak mencuba 

NASI K
ACANG DAL
Penyediaan : 4 orang
Masa : 20 minit
 
Tumis-tumis Ramadan Chef Sabri, Nasi Kacang Dal, Kambing Masak Madras, Salad Tomato dan Timun
Bahan-Bahannya:
2 cawan Beras Basmati Panjang – dibasuh dan rendam selama 20 minit.
½ cawan Kacang dal – direndam selama 30 minit – hingga kembang
6 sdm Minyak Jagung
3 cawan Air
1 helai Daun Bay, kari, pandan
1 ulas Bawang putih – dicincang
1 ulas Bawang merah – dihiris halus
½ in Halia
½ in Kulit Kayu Manis
3 biji Buah pelaga
2 kuntum Bunga Lawang
1 sdk Serbuk Jintan Manis
1 sdk Serbuk Jintan Putih
1sdk Serbuk ketumbar
4 sdk Gula
2 sdk Garam
1 sdk serbuk perasa 
 
Cara membuatnya:
  1. Didihkan air dalam periuk tanah atau periuk.
  2. Panaskan periuk, masukkan minyak masak, tumis bawang putih, halia, bawang merah, tomato, daun pandan, kulit kayu manis, buah pelaga, daun kari, kacau hingga naik bau.
  3. Masukkan beras ke dalam periuk, masukkan bahan yang ditumis tadi, serbuk perasa, garam, sedikit gula kacau hingga rata.
  4. Tutup dengan tudung periuk, tanak nasi hingga kering.
  5. Siap, hidang dengan hiasan susunan hirisan timun dan tomato.
 
KAMBING MASAK MADRAS
Penyediaan : 4 orang
Masa : 45 minit
 
Tumis-tumis Ramadan Chef Sabri, Nasi Kacang Dal, Kambing Masak Madras, Salad Tomato dan Timun
Bahan-Bahannya:
800g Rusuk Kambing – dipotong 1 inci
6 sdm Minyak Jagung
2 ulas Bawang putih – dihiris
2 ulas Bawang kecil – dihiris
1in Halia – dipotong mayang
1 helai Daun Pandan – diikat
1 in Kulit kayu Manis
4ktm Bunga Lawang
3 biji Buah Pelaga
1 sdm Serbuk Jintan Manis
1 sdm Serbuk Jintan putih
1 sdm Serbuk ketumbar
5 sdm Sos Cili
3 sdm Serbuk Kari Daging
8 cawan air
2 biji Ubi kentang – jika perlu
½ btg Lobak merah – dipotong dadu
½ biji Air limau nipis
2 sdm Bawang goreng
1 sdm Gula Melaka atau gula merah
½ sdm Serbuk Perasa Ayam
Garam secukup rasa
 
 Cara membuatnya:
  1. Panaskan periuk, masukkan minyak, tumis bawang putih,halia, bawang merah, daun pandan, kulit kayu manis,bunga lawang,buah pelaga hingga naik bau.
  2. Masukkan kambing, kacau hingga separuh masak.
  3. Masukkan serbuk rempah ratus, kacau hingga rata selama 2 minit. Kemudian masukkan air.
  4. Kacau hingga mendidih,kemudian masukkan ubi kentang, lobak merah, biar reneh selama 30 minit hingga daging kambing empuk.
  5. Masukkan sos cili, sos tomato, sekiranya terlampau pekat, masukkan air.
  6. Akhir sekali masukkan garam dan gula secukup rasa dan perahan air limau nipis.
  7. Siap dan hidang. Hiasan ialah hirisan limau nipis.
 
SALAD TIMUN & TOMATO
Penyediaan : 4 orang
Masa : 10 minit
Tumis-tumis Ramadan Chef Sabri, Nasi Kacang Dal, Kambing Masak Madras, Salad Tomato dan Timun
Bahan-Bahannya:
3 biji Buah Tomato, dibuang biji dipotong dadu
1 biji Timun – dibuang biji dan dipotong dadu
1 biji Bawang besar dipotong dadu
10g Daun ketumbar – dicincang
mayonis
½ biji Air Limau nipis
 
Cara membuatnya:
1. Masukkan semua bahan dan gaul hingga rata.
2. Sedia dihidang.
 

0 comments:

Post a Comment