https://sspniplusonline.ptptn.gov.my/sspniplusonline/?id=000008279

Saturday, 26 July 2014

Tumis-tumis Ramadan Chef Sabri, Ayam Masak Stew Cili Kering, Ayam Goreng Jintan Manis dan Jus Epal, Timun dan Oren

Tumis-tumis Ramadan Chef Sabri, Ayam Masak Stew Cili Kering, Ayam Goreng Jintan Manis dan Jus Epal, Timun dan Oren
AYAM MASAK STEW CILI KERING
Penyediaan : 4 Orang
Masa : 22 Minit

Bahan-Bahannya:
800g ayam bahagian paha – dipotong kecil dan buang tulang
4 sdm Minyak Jagung
2 ulas Bawang putih – dicincang
2 ulas Bawang merah – dicincang
2 helai Daun Bay Leaf
0.5g Herba Tyhme
0.5g Herba Oregano
0.5g Majoram
2 sdm Serbuk Sos Perang ( Demi Glace )
Cili kering - dikisar
4cwn Air
40g Ubi kentang- buang kulit – dipotong dadu
40g Lobak merah – dibuang kulit – dipotong dadu
40g Celery – dibuang kulit – dipotong dadu
50g Mentega
1 sdk Lada hitam – dikisar
Sedikit air limau nipis
Garam secukup rasa
 
Cara membuatnya:
  1. Panaskan periuk, masakkan minyak jagung, tumis bawang putih, bawang merah, daun bay hingga naik bau.
  2. Masukkan ayam, ubi kentang, lobak merah, herba campuran, cili kering dikisar halus dan serbuk cili. Kacau lagi.
  3. Sementara itu bancuh serbuk sos perang dengan air, kemudian kacau hingga benar-benar larut.
  4. Tuang bancuhan tersebut, kacau kemudian masukkan serbuk perasa, garam, gula dan sedikit mentega.
  5. Masukkan air limau nipis dan tomato serta kacau hingga rata.
  6. Sedia dihidang dan hias dengan hirisan limau nipis.

AYAM GORENG JINTAN MANIS
Penyediaan : 4 Orang
Masa : 10 Minit 
Tumis-tumis Ramadan Chef Sabri, Ayam Masak Stew Cili Kering, Ayam Goreng Jintan Manis dan Jus Epal, Timun dan Oren
Bahan-Bahannya:
600g Daging Ayam – dipotong kecil
2 ulas Bawang putih – dicincang
2 ulas Bawang merah – dicincang
½ in Halia – dipotong mayang
80g Bawang Holland – dipotong dadu
2 biji Cili merah – dibuang biji – dipotong dadu
Lobak merah
Tomato -potong dadu
Seleri
3 serangkai(bunga lawang, buah pelaga, kulit kayu manis, bunga cengkih)
5 sdm Minyak Jagung
½ sdm Serbuk Jintan Manis
½ cawan Air
1sdk Serbuk perasa Ayam
Garam secukup rasa
 
 Cara membuatnya:
  1. Panaskan kuali, masukkan minyak jagung, tumis bawang putih, halia, bawang merah, 3 serangkai hingga naik bau.
  2. Masukkan isi ayam, kacau hingga separuh masak, masukkan serbuk jintan manis, kacau hingga rata.
  3. Masukkan sedikit air, lobak merah, tomato, serbuk perasa, garam.kicap manis pekat dan kacau lagi.
  4. Siap untuk dihidang,hias dengan hirisan timun.
 
JUS EPAL HIJAU, TIMUN DAN OREN
 
Bahan-Bahannya:
3 biji Epal Hijau
½ biji Timun – dibuang biji
2 biji Oren Sunkist – dibuang kulit
 
 Cara membuatnya:
  1. Masukkan semua bahan ke dalam mesin pengisar dan kisar hingga halus.
  2. Tuang dalam gelas, masukkan ais dan sedia diminum.

0 comments:

Post a comment