https://sspniplusonline.ptptn.gov.my/sspniplusonline/?id=000008279

Tuesday 22 July 2014

Tumis-tumis Ramadan Chef Sabri - KEBAB AYAM DAN DAGING, SOS LADA HITAM, SALAD EPAL DAN LOBAK MERAH

KEBAB AYAM & DAGING
Penyediaan : 4 orang
Masa ...
: 30 minit 
Tumis-tumis Ramadan Chef Sabri - KEBAB AYAM DAN DAGING, SOS LADA HITAM, SALAD EPAL & LOBAK MERAH
Bahan-Bahan:
800g daging lembu – dipotong dadu
Ayam -bahagian paha - dipotong dadu
100g minyak jagung
2ulas bawang putih – dicincang
2 ulas bawang merah – dicincang
2 biji lada benggala merah atau hijau – dipotong dadu
½ biji air Limau Nipis
1 sdk serbuk perasa
Daun pasli
Cendawan Shitake
Herba campuran
Gula
Garam secukup rasa
 
 Cara membuatnya:
  1. Masukkan semua bahan-bahan ke dalam mangkuk , kemudian perap selama 30 minit.
  2. Gunakan bilah sate, cucuk satu per satu daging dengan lada benggala, bawang dan cendawan shitake .
  3. Panaskan kuali, masukkan minyak jagung, kemudian panggang selama 8 -10 minit.
  4. Siap dihidang dengan hirisan epal merah dan hijau.
 
 
 SOS LADA HITAM
Tumis-tumis Ramadan Chef Sabri - KEBAB AYAM DAN DAGING, SOS LADA HITAM, SALAD EPAL & LOBAK MERAH
 Bahan-Bahan:
2 cwn air
2 sdm minyak jagung
1 sdm Serbuk Sos Perang ( Demiglace)
2 bwg putih – dicincang
2 ulas bawang merah – dicincang
½ sdm lada hitam yang telah dikisar
1 sdm mentega
 
 Cara membuatnya:
  1. Bancuh serbuk sos perang dengan air, kacau hingga benar-benar larut.
  2. Sementara itu panaskan kuali, masukkan minyak jagung, bawang putih, bawang merah, kacau hingga naik bau.
  3. Masukan lada hitam,kacau seketika, kemudian masukkan air bancuhan sos perang. Kacau hingga sos menjadi pekat, Sekiranya terlalu pekat, masukkan sedikit air.
  4. Akhir sebelum angkat kuali, dari dapur masukkan mentega , kemudian kacau. Setelah siap bolehlah tuang di atas permukaan kebab.
 
 SALAD EPAL & LOBAK MERAH
 
Bahan-Bahan:
1 biji epal hijau - dihiris halus
1 biji lobak merah - dihiris halus
seleri
bawang merah
mayonis
kismis
Air limau nipis
 
Cara membuatnya:
1. Masukkan semua bahan ke dalam mangkuk dan kacau rata.
2. Perahkan sedikit air limau nipis dan siap untuk dihidang.

1 comment: