https://sspniplusonline.ptptn.gov.my/sspniplusonline/?id=000008279

Tuesday, 22 July 2014

Tart Nyonya Homemade

 
Weekend lepas wife buat tart nyonya homemade. Hasilnya macam picture di atas. Takdelah kemas sangat wife buat tapi hasilnya boleh tahan sedap. Komen dari adik ipar aku. Wife ada bagi kat adik ipar Tart Nenas, Almond London dan Cornflakes madu homemade. Tart Nenas dan almond London abis licin dimakan anak-anak buah aku abis sebelum raya lagi. Wife aku pun ada tapaukan untuk mak aku tak tahulah dah abis licin atau belum lagi.
 
Resepi Tart Nyonya yang wife aku buat mudah jer main campak-campak jer... Wife aku bukan jenis rajin masak kuih muih, biskut ni. Wife buat sebab dah beli bahan-bahan untuk membuat biskut so haruslah merajinkan diri daripada membiarkan bahan-bahan expired begitu sajakan lagilah membazir.
 
Resepi Tart Nyonya
 
Bahan-bahan
3 cawan tepung gandum
1 biji kuning telur
3 sudu besar gula aising
Marjerin Daisy / Minyak Sapi secukupnya - wife aku guna kedua-duanya sebab memang ada stok kat rumah
Jem nenas secukupnya - beli siap kat kedai bakeri / pasaraya hero pun ada
 
Cara membuatnya:
Tepung disangai terlebih dahulu untuk memastikan tart tahan lebih lama. Walau bagaimanapun tak tahan lama jugak sekiranya diberi kepada anak-anak buah yang suka makan, satu hari pun dah clear takyah tunggu raya.
 
Sukat tepung dan ayak masukkan dalam mangkuk / besen. Masukkan kuning telur dan gaulkan. Masukkan gula aising dan marjerin / minyak sapi / butter secukupnya supaya adunan menjadi doh. Biarkan seketika lebih kurang 10 minit / masukkan dalam peti sejuk pun boleh. Kemudian terap dan letakkan jem nenas sebesar guli / suka hati korang lah nak besar mana. Masukkan dalam papercup dan masukkan dalam dulu tart untuk memastikan tart yang terhasil menjadi bunga yang kemas. Bakar pada suhu 180C selama 15 - 20 minit bergantung pada suhu oven sedia ada. Siap bolehlah disejukkan dalam di simpan dalam Tupperware kedap udara.
 
Satu adunan menghasilkan lebih kurang 40 biji tart nyonya. Wife buat 2 adunan, satu adunan untuk stok hari raya di rumah sendiri. Satu adunan lagi wife bagi separuh kat adik ipar dan separuh kat mak aku. Tart bagi kat adik ipar dah abis clear, Tupperware pun dah siap dipulangkan semalam.
 
 

0 comments:

Post a Comment