KEBAB AYAM & DAGING
Penyediaan : 4 orang
Masa ... : 30 minit
Penyediaan : 4 orang
Masa ... : 30 minit
Bahan-Bahan:
800g daging lembu – dipotong dadu
Ayam -bahagian paha - dipotong dadu
100g minyak jagung
2ulas bawang putih – dicincang
2 ulas bawang merah – dicincang
2 biji lada benggala merah atau hijau – dipotong dadu
½ biji air Limau Nipis
1 sdk serbuk perasa
Daun pasli
Cendawan Shitake
Herba campuran
Gula
Garam secukup rasa
Cara membuatnya:
- Masukkan semua bahan-bahan ke dalam mangkuk , kemudian perap selama 30 minit.
- Gunakan bilah sate, cucuk satu per satu daging dengan lada benggala, bawang dan cendawan shitake .
- Panaskan kuali, masukkan minyak jagung, kemudian panggang selama 8 -10 minit.
- Siap dihidang dengan hirisan epal merah dan hijau.
SOS LADA HITAM
Bahan-Bahan:
2 cwn air
2 sdm minyak jagung
1 sdm Serbuk Sos Perang ( Demiglace)
2 bwg putih – dicincang
2 ulas bawang merah – dicincang
½ sdm lada hitam yang telah dikisar
1 sdm mentega
Cara membuatnya:
- Bancuh serbuk sos perang dengan air, kacau hingga benar-benar larut.
- Sementara itu panaskan kuali, masukkan minyak jagung, bawang putih, bawang merah, kacau hingga naik bau.
- Masukan lada hitam,kacau seketika, kemudian masukkan air bancuhan sos perang. Kacau hingga sos menjadi pekat, Sekiranya terlalu pekat, masukkan sedikit air.
- Akhir sebelum angkat kuali, dari dapur masukkan mentega , kemudian kacau. Setelah siap bolehlah tuang di atas permukaan kebab.
SALAD EPAL & LOBAK MERAH
Bahan-Bahan:
1 biji epal hijau - dihiris halus
1 biji lobak merah - dihiris halus
seleri
bawang merah
mayonis
kismis
Air limau nipis
Cara membuatnya:
1. Masukkan semua bahan ke dalam mangkuk dan kacau rata.
2. Perahkan sedikit air limau nipis dan siap untuk dihidang.
menarik ni, dan boleh cuba...
ReplyDelete