Wednesday, 23 July 2014

Azam Ramadan Su, Biskut Chocolate Chips, Samperit Mentega Kacang

Azam Ramadan Su Episod 18


Biskut Chocolate Chips

Azam Ramadan Su, Biskut Chocolate Chips, Samperit Mentega Kacang
Bahan-bahan
1 sudu baking powder
1 sudu kecil bikarbonat soda
1 sudu kecil Esen Vanila
1 biji Telur
1 sudu besar Susu segar
25gram gula perang
50gram gula castor
50gram coklat chip
140gram mentega
70gram tepung biskut

Cara membuatnya:

Masukkan mentega, gula castor dan gula perang ke dalam mangkuk, kacau sampai sebati. Masukkan telur, dan esen Vanila. Ayakkan tepung biskut, baking powder, bikarbonat soda ke dalam mangkuk adunan. Masukkan susu dan kacau sebati. Masukkan coklat chip dan gaul sebati. Adunan selesai, masukkan dalam sudu kecil dan tekan bagi padat dan masukkan dalam tray pembakar. Bakar Suhu 170C selama 20 minit.


Samperit Mentega Kacang
Azam Ramadan Su, Biskut Chocolate Chips, Samperit Mentega Kacang
Bahan-bahan
150 gram mentega
80gram gula aising
Kuning Telur
Tepung gandum * diayak
Tepung Jagung * diayak
Tepung Kastad * diayak

Cara membuatnya:
Masukkan mentega dalm mangkuk adunan dan gula aising mixer sehingga sebati. Masukkan kuning telur dan tepung yang diayak tadi. Gaul dengan spatula supaya sebati. Untuk membentuk doh gunakan hujung jari.
Masukkan adunan di dalam nozzle dan tekan dalam dulang pembakar. Picitkan peanut butter dan taburkan kacang.
Bakar Suhu 170C selama 20 minit.






0 comments:

Post a Comment