https://sspniplusonline.ptptn.gov.my/sspniplusonline/?id=000008279

Monday, 28 July 2014

Tumis-tumis Ramadan Chef Sabri, juadah Hari Raya Aidilfitri, Nasi Maqlubah, Daging Goreng Teriyaki, Salad Epal dan Saderi

Tumis-tumis Ramadan Chef Sabri, boleh dijadikan antara juadah Hari Raya Aidilfitri nanti, menu Nasi Maqlubah, Daging Goreng Teriyaki, Salad Epal & Saderi. Memang sedap dan mudah disediakan.

NASI MAGLUBAH
Penyediaan : 4 Orang
Masa : 30 Minit
Tumis-tumis Ramadan Chef Sabri, juadah Hari Raya Aidilfitri, Nasi Maqlubah, Daging Goreng Teriyaki, Salad Epal dan Saderi
Bahan-Bahannya:
2 cawan Beras Basmathi Panjang Pusa – direndam 10 minit
2 ½ cawan Air rebusan tulang kambing
400g Daging Rusuk kambing- direbus hingga empuk
1 in Halia – dipotong mayang
2 ulas Bawang putih – dipotong mayang
2 ulas Bawang merah – dipotong mayang
¼ cawan Minyak Jagung
1 sdk Serbuk Jintan Manis
1sdk Serbuk Jintan Putih
1sdk Serbuk Ketumbar
3 kuntum bunga lawang
4 biji buah pelaga
1in Kulit Kayu Manis
5g Daun Pudina
5g Daun ketumbar dan batang
1 sdk Serbuk perasa Ayam
2 sdm Gula
1sdm Garam secukup Rasa
2 biji Terung Panjang/Lobak Merah – dihiris bulat dan digoreng.
 
Cara membuatnya:
  1. Susun terung bulat atau lobak merah yang digoreng – di dalam permukaan periuk.
  2. Susun tulang daging yang telah empuk di atas permukaan terung atau lobak merah.
  3. Panaskan kuali yang berasingan, masukkan minyak, bawang putih, bawang merah,halia, ketumbar, pudina, kacau hingga naik bau. Kemudian masukkan kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga, kacau hingga naik.
  4. Masukkan rempah ratus, kacau hingga rata, kemudian masukkan air rebusan kambing.
  5. Masukkan beras di dalam periuk yan berisi kambing dan terus, kemudian tuang air rebusan daging yang telah di tumis.
  6. Masukkan sedikit garam dan gula. Tanak nasi hingga kering.
  7. Siap untuk di hidang hias dengan hirisan daun bawang, hirisan buah lemon dan tabur daun pasli.
 
DAGING GORENG TERIYAKI
Penyediaan : 4 Orang
Masa : 20 Minit
 
Tumis-tumis Ramadan Chef Sabri, juadah Hari Raya Aidilfitri, Nasi Maqlubah, Daging Goreng Teriyaki, Salad Epal dan Saderi
Bahan-Bahannya:
600g Daging Batang Pinang – dihiris nipis
3ulas Bawang putih – dihiris nipis
2 ulas Bawang merah – dicincang halus
1in Halia – dipotong mayang
1 biji Bawang Holland – dipotong dadu
Saderi
Lobak Merah
4 sdm Minyak Jagung
1 sdm Kicap Kikomman
1sk Kicap Pekat
1sdk Lada hitam yang dikisar – jika perlu
1 sdk Gula
1sdk serbuk perasa Ayam
Garam secukup rasa
 
 Cara membuatnya:
  1. Panaskan kuali, masukkan minyak jagung, masukkan bawang putih, bawang merah, halia,tumis hingga naik bau.
  2. Masukkan daging, kacau hingga hampir kering , masukkan kicap pekat, sedikit kicap masin, serbuk perasa dan garam.
  3. Hias dengan hirisan tomato.
 
SALAD SADERI DENGAN EPAL
Penyediaan : 4 Orang
Masa : 5 Minit
 
Tumis-tumis Ramadan Chef Sabri, juadah Hari Raya Aidilfitri, Nasi Maqlubah, Daging Goreng Teriyaki, Salad Epal dan Saderi
Bahan-Bahannya:
100g seleri dibuang kulit – dipotong mayang
100g Epal hijau – dipotong mayang
1 ulas Bawang putih – dicincang halus
2 ulas Bawang merah – dihiris nipis
100g Lobak merah – dibuang kulit – dipotong mayang
1sdk Pes biji sawi ( Mustard )
Daun pudina
1 biji Air limau nipis/perahan lemon
1 sdk Gula
2sdm Minyak Zaitun
Garam secukup rasa
 
Cara membuatnya:
Masukkan bahan-bahan ke dalam mangkuk , kemudian gaul hingga rata.

0 comments:

Post a Comment