Sunday, 27 July 2014

Ketuk-ketuk Ramadan bersama Ramona Zam Zam, Tesco Stesen 18 Pengkalan Ipoh, Ikan Salmon Asam Pedas, Rendang Pedas Perak

Bersiaran di Tesco Stesen 18 Pengkalan Ipoh.

Ikan Salmon Asam Pedas

Ketuk-ketuk Ramadan bersama Ramona Zam Zam, Tesco Stesen 18 Pengkalan Ipoh, Ikan Salmon Asam Pedas, Rendang Pedas Perak
Bahan-bahan
Ikan Salmon
Bawang merah - dihiris
Bawang Putih - dihiris
Halia - dihiris
Bendi
Cili kering direbus dan dikisar bersama bawang merah dan bawang putih
Bunga Kantan
Air asam jawa
Daun Kari

Cara membuatnya
Panaskan minyak, tumiskan bawang merah, bawang putih, halia ditumis hingga garing, masukkan daun kari, cili kisar, air asam jawa sehingga mendidih, bunga kantan, masukkan air, masukkan ikan dan akhir sekali bendi, garam secukup rasa.


Rendang Pedas Perak

Ketuk-ketuk Ramadan bersama Ramona Zam Zam, Tesco Stesen 18 Pengkalan Ipoh, Ikan Salmon Asam Pedas, Rendang Pedas Perak
Bahan-bahan
Daging
Daun Kunyit - dihiris
Bawang Merah - dihiris
Asam Keping
Serbuk Kunyit
Kerisik
Santan
Air

Bahan-bahan kisar
Cili kering
Cili padi
Bawang Merah
Halia
Lengkuas
Serai

Cara membuatnya:
Panaskan minyak untuk menumis, masukkan bawang hiris, bahan kisar sampai pecah minyak. Masukkan serbuk kuniyit, daging , santan dan sedikit air sehingga daging empuk, daun kunyit , kerisik dan garam secukup rasa.


0 comments:

Post a Comment