Bersiaran di Tesco Nilai. Sheila Rusly bersama tetamu Shah Iskandar.
Grill Lamb Herba
Black Pepper * dikisar
Parsley Kering * dikisar
Lemon Juice * dikisar
Cuka * dikisar
3 labu Bawang merah * dikisar
2 ulas Bawang Putih * dikisar
Cara membuatnya:
Taburkan garam sedikit di atas kambing dan perapkan dengan bahan-bahan kisar tadi semalaman sekiranya ada masa untuk menyedapkan kambing.
Panaskan grill dan sedikit minyak dan grill kambing tersebut.
Pais Udang
Bahan-bahan
Udang Harimau - dibelah belakang
10 biji Cili Padi *ditumbuk / kisar
6 ulas Bawang merah *ditumbuk / kisar
1/2 inci kunyit hidup *ditumbuk / kisar
3 biji Cili merah *ditumbuk / kisar
2 batang Serai - dihiris halus
Daun kunyit - dihiris halus
Kelapa Parut
Daun Pisang - dilayur untuk membungkus pais
Cara membuatnya:
Masukkan kelapa, bahan-bahan kisar, daun kunyit, serai, garam dan secukup rasa ke dalam mangkuk dan gaulkan sebati.
Sumbatkan kelapa tadi di dalam belakang udang dan bungkuskan di dalam daun pisang. Buat macam lepat pisang dan kukus.
0 comments:
Post a Comment