BEBOLA DAGING DENGAN SOS PERANG
Penyediaan : 4 orang
Masa : 20 minit
800 g Bebola Daging...
4 sdm Minyak Jagung
3 ulas bawang putih – dicincang
3 ulas bawang merah –dicincang
3 inci batang seleri – dibuang kulit – dipotong dadu
2 helai Daun Bay
¼ sdk Herbal Tyhme
¼ sdk Herba Oregano
2 cwn Air
6 sdm Sos Cili
3 sdm Sos Tomato
1 sdk Serbuk perasa Ayam
2 sdk garam secukup rasa
Cara membuatnya:
- Panaskan kuali, masukkan minyak jagung, tumis bawang putih, bawang merah, seleri, kacau hingga naik bau, masukkan herba campuran, kacau hingga rata.Masukkan bancuhan sos perang.
- Masukkan bebola daging, kacau hingga separuh masak.
- Kemudian masukkan semua bahan yang lain, kacau dan biar reneh, sekiranya sos terlalu pekat, masukkan sedikit air.
- Akhir sekali masukkan mentega dan sedia dihidang dengan hiasan hirisan epal hijau.
AYAM PANGGANG DENGAN SOS ROSEMARY
Penyediaan : 4 orang
Masa : 20 minit
Bahan-Bahannya:
8 ketul Kepak Ayam yang dibersihkan
2 ulas Bawang putih – dicincang
2 ulas Bawang merah – dicincang
6 sdm Minyak Jagung
1 sdk Herba rosemary
1 sdk Lada hitam
1 sdk Serbuk perasa ayam
2 sdk Gula perang
2 sdk Serbuk Paprika
3 sdk Garam secukup rasa
Cara membuatnya:
- Masukkan semua bahan ke dalam mangkuk, kemudian perap ayam selama 30 minit,
- Kemudian panggang hingga masak.
- Panaskan kuali, masukkan minyak, masukkan bahan-bahan yang dicincang dan bancuhan sos perang.
- Setelah siap boleh – diletakkan pada ayam panggang tadi.
JUS OREN DENGAN KIWI
Bahan-Bahannya:
3 biji Oren Sunkist – dibuang kulit.
2 biji Buah kiwi – dibuang kulit
1 sdm Gula
1 cawan Air
½ cawan Ais
Cara membuatnya:
- Masukkan buah oren, buah kiwi dan gula ke dalam mesin pengisar, kemudian kisar hingga halus.
- Setelah siap tuang di dalam gelas , kemudian masukkan ais.
0 comments:
Post a Comment