https://sspniplusonline.ptptn.gov.my/sspniplusonline/?id=000008279

Monday, 17 April 2017

Aku ‘suri rumah’ atau ‘Mr. Mama’

Bulan lepas aku masih bekerja, bulan ni aku menjadi ‘suri rumah’ sepenuh masa dan babysitter pada baby berusia 11 bulan. Sukar untuk mengikis pandangan-pandangan klise seperti ‘dayus’, ‘queen control’, dan pelbagai lagi gelaran, apabila menyaksikan lelaki melakukan kerja-kerja rumah, apatah lagi jika menjadi ‘suri rumah’ sepenuh masa. Memang di zaman nenek moyang kita dahulu situasi ini agak pelik dan sukar diterima logik akal, tetapi kini seakan-akan realiti yang tidak dapat dielakkan. Wife kata hanya untuk sementara, bukan selama-lamanya aku akan bergelar suri rumah dan babysitter. Segala yang berlaku ni pun bersebab dan perancangan yang hebat dari Allah dengan ujian yang diberikan untuk menguji kami sebagai suami isteri.



Semua ni berpunca dari sikap aku yang suka mengeluh tekanan kerja dan gaji rendah tak setimpal kerja yang aku buat. Kata-kata kan satu doa bila aku sering mengeluh benda yang sama Allah bagi ujian bentuk lain pulak. Ujian bila baby kami taknak dengan pengasuh. Pengasuh pun nampak macam refuse nak jaga baby kami. Bila kami hantar dengan babysitter cakap kuat-kuat suruh kami cari pengasuh lain. Jadi takkan kami ni nak suruh dia jagakan jugak sedangkan dia dah taknak mengasuh baby kami. Baby kami masih tak tahu apa-apa lagi, 11 bulan taknak nak biarkan penderaan emosi serta nak biarkan baby kami berasa kurang selamat semata-mata memenuhi tuntutan kami mencari rezeki. Wife tak sanggup mempertaruhkan baby kami  kepada pengasuh sedia ada demi mencari rezeki. Hati pun mesti jadi tak keruan di tempat kerjakan. Wife pun ambil keputusan tak menghantar baby ke pengasuh itu lagi walaupun masih berbaki seminggu pada bulan lepas. Wife bawa baby ke pejabatnya buat sementara.

Aku tetap berusaha mencari pengasuh baru yang berdekatan. Wife aku masih belum terbuka hati untuk menghantar baby ke pengasuh. Wife aku tahu anak aku masih fobia dan trauma. Ibu mana yang sanggup melihat babynya menangiskan. Bukan jenis menangis sekejap-kejap tapi menangis meraung-raung. Aku memang nak hantar kepada pengasuh tapi wife aku memberi syarat. Setiap pagi aku kena hantar baby dan petang aku kena ambil baby dari rumah pengasuh. Wife aku memang taknak amik tau. Aku kena manage A-Z. Memang wife aku jenis keras hati. Wife aku jadi macam tu pun bersebab. Sebab dia taknak dengar baby menangis semasa ditinggalkan.

Memang aku dapat beberapa orang pengasuh tetapi caj yang dikenakan agak tinggi RM 400 + jika amik lewat masa caj RM 7/jam. Mereka hanya boleh jaga dari pukul 8 pagi - 6 petang saja. Aku dan wife pun balik memang tak menentu. Macam wife aku sampai rumah dalam pukul 7 / 8 malam. Jika dihitung kos pengasuh RM 400 + (RM 7 X 2 jam X 20 hari) anggaran RM 680 sebulan. Wife aku cakap mampu ke sebelum ni hanya RM 350 aku pun mengeluh. Wife aku kata jika kita tak ikhlas memberi, orang menerima pun belum tentu ikhlas nak menjaga anak dengan baik.

Pilihan lain aku kena lepaskan kerja aku. Kenapa bukan wife aku yang lepaskan kerja dia. Salah satu sebab wife aku masih ada komitmen hutang yang agak banyak berbanding aku. Aku hanya ada satu hutang dengan bank adalah hutang rumah. KWSP boleh tolong bayarkan. Boleh buat full settlement lagi sebab wife aku jenis "willing to help". Dia pun boleh withdraw KWSP untuk tolong aku. So aku bakal takde hutang langsung dan no CCRIS. Baki hutang rumah aku pun dah tak banyak mungkin dalam RM9K lagi, KWSP aku ada 3K, KWSP wife aku boleh cover jumlah yang kurang. Wife aku beri syaratlah sebab bukan harta bersama pun takde hitam putih apa2, so bila aku ada duit aku bayar ansuran pada dia. At least dengan duit tu dia boleh bayar komitmen dia yang lainkan.

Gaji aku memang tak seberapa. Aku selalu balik rumah bising-bising pada wife pasal gaji. Bila aku selalu mengeluh rezeki yang aku dapat, tak nampak berkatkan. Majikan aku pulak jenis taknak naik gaji, tak pikir pekerja langsung. Majikan pun memang taknak aku kerja lagi. Sentiasa bagi aku bebanan kerja yang melampau. Gaji pokok aku hanya RM 1400.00. Kenapa aku bagitahu sebabnya di luar sana pun masih ramai yang bergaji rendah. Aku bagitahu sebab aku nak bagitahu macam mana manage dengan gaji tak seberapa. Gaji bersih aku tanpa overtime dalam RM 1,239.25 selepas tolak KWSP dan Perkeso. Perbelanjaan bulanan aku yang aku bagi wife uruskan dan bayarkan RM 1000.00 setiap bulan seperti berikut:

Hutang Rumah - RM 200.00
Sebelum minta pengurangan kepada bank, ansuran bayaran bulanan RM 275.00. Sebab dapat kurang wife aku punya kerja. Ugut-ugut bank haha. Alasan tak mampu bayar bulanan RM 275.00. Jika tak refinance ke bank lain. Aku hanya ikut advice wife tapi memang working. Korang pun jangan takut berdepan dengan bank jika ada masalah kewangan. Caranya tulis surat rasmi kepada bank. Bank pun dalamnya manusia jugak bukan robot yang takde otak. Manusia dalam bank masih boleh buat penilaian dan consider masalah peminjam. Bank kan berlesen bukan ALONG haha... Report Bank Negara jika bank tak consider haha... Urusan tulis surat, wife aku yang buat. Aku cuma turunkan cap mohor je  tandatangan aku haha...

Pengasuh RM 350.00

Utilities dan Maintenance - RM 100.00 (Maintenance bill RM 40.00, TNB + Syabas + IWK RM 60.00)

Belanja dapur RM 200.00
Korang rasa cukup tak RM 200.00 untuk cover belanja dapur bukan untuk makan semata-mata. Sabun cuci pingan, sabun cuci baju, sabun mandi, ubat gigi etc. RM 200/30 hari = RM 6.67/hari. 

Duit poket wife RM 100.00
Wife aku bukan guna untuk keperluan peribadi. Wife akan top up ke belanja dapur di atas. So total akan jadi RM 300.00. RM 300/30 hari = RM 10/hari. Korang rasa cukup tak. Macam mana wife aku manage dengan duit yang aku bagi untuk belanja dapur. 

Keperluan baby RM 50.00
Termasuklah susu formula, diapers pakai buang, etc. Korang rasa cukup tak. Of course lah RM 50.00 tak cukup untuk cover belanja keperluan baby. Susu Dutch baby infant (6-12 bulan)1kg (3/4 pek sebulan. Diapers pakai buang dalam 2 pek sebulan. Wife lah yang manage. Baby kami memang takde masalah keperluannya sentiasa cukup walaupun bugdet aku bagi memang tak cukup. 

Baki selebihnya untuk duit poket aku termasuklah duit minyak. Berapa sangatkan. Nak saving memang tak dapat. Wife aku pun jenis willing to help, support keperluan kami seisi rumah.

Nak tahu macam mana dia manage.

Duit aku bagi pada wife setiap bulan, wife yang akan manage. Kebanyakkan online. 

Home loan online (interbank transfer) - Maybank2u.com

TNB + IWK + SYABAS online (payment) + Maintenance to JMB (interbank transfer) - Maybank2u.com

Barang dapur dan keperluan rumah online - Tesco online

Pengasuh by cash

Keperluan baby online - Lazada, 11street.

Yang mana tak cukup wife aku akan top up duit dia sendiri. Tanpa aku mintak pun dia memang willing to help. Masa dia bujang pun dia jenis willing to help kawan dia. Pernah kawan baik dia ajak p syarikat pinjaman berlesen. Wife aku temankan. Kawan baik dia nak pinjam sebab nak kahwin. Jika terdesak memang sanggup buat keputusan di luar jangkaan kan. Wife aku tetap temankan kawan walaupun risk. Dorang p ke syarikat pinjaman berlesen bukan ALONG. Lepas p sana tahu term and condition wife pun advice kawan dia tak berbaloi pinjam situ. Masa tu wife ada kad kredit so boleh pinjam cash melalui kad kredit. Faedah yang dikenakan masih rendah lagi. Wife pinjamkan her friend and bayaran secara bulanan sehingga abis. Alhamdulillah kawan dia pun bukan jenis lepas tangan. Rezeki lah kan tolong kawan yang baik. Sejak tahun lepas wife dah tak guna kad kredit. Semua belanja by cash.

Wife ni jenis suka simpan stok keperluan rumah. Bukan barang basahlah atau yang cepat rosak. Biasanya wife suka beli sabun cuci kain jenis liquid macam Dynamo, Breeze atau TOP. Bila offer harga below RM 20 kat Tesco terus order 4 botol 4kg terus. Bolehlah bertahan 8 bulan jugak. 

Sabun cuci pingan pun wife jenis beli 1/2 dozen masa offer. 1 dozen 12 botol. Sabun cuci pingan JOY / GLO jenis liquid. Wife akan beli pada harga offer. Jenis paste pun beli masa offer macam AXION jika bawah RM 5 wife akan beli. Paste yang murah wife taknak beli sebab pernah beli paste simen. Siap kena perli dengan abang dia. Ko ni beli paste cuci pingan ke simen. Haha memang keras macam simen. Abang dia sengaja beli jenama Tesco paste dan buat demo depan wife aku "Yang ni barulah paste ko tengok lembut jer... Ko beli tu paste simen, keras macam batu"... Kejadiaan ni berlaku semasa bujang. That why dia taknak beli jenama yang murah-murah takut terbeli paste simen haha...

Sabun mandi, sabun tangan, ubat gigi, pencuci muka, berus gigi etc. Wife memang akan beli lebih masa offer. Stok setahun pun cukup haha. Wife aku beli banyak sebab dapat aku yang berjimat. Sebelum ada stok, aku selalu top up sabun mandi jenis liquid dan sabun tangan dengan air. Apa lagi wife aku membebel. Kalau top up dengan air baik takyah guna sabun refill jelah botol tu dengan air. Wife aku tahu jer bila aku tambah air walaupun bukan depan mata dia. Selepas wife order stok banyak-banyak memang aku takde top up dengan air. Kalau aku top up jugak memang aku nak kena baling dengan stok-stok sabun yang ada.

Diapers baby, wife aku memang dah beli sebelum baby kami lahir lagi. Jika orang lain mesti tak buat macam wife aku. Wife aku ni memang jenis Mabuk Diapers hehe... Sebelum kami ada baby lagi wife aku memang suka beli diapers untuk anak-anak buah dia. Mana taknya beli pada harga yang murah dan jimat dapat bagi penjimatan pada adik dia jugak. Takdelah terbebankan. Habit Mabuk Diapers ni carried forward sampailah kami dapat rezeki baby. Wife aku selalu order kat 11street. Masa tu memang selalu dapat kupon diskaun. Mamypoko, Drypers, Petpet dan Huggies menjadi pilihan. Wife tak setia pada 1 brand mana yang offer grab je. Memang simpan stok untuk adik dia dan bakal baby kami. Masa offer boleh dapat RM 20/pek. Jika sekarang ni rata-rata diapers naik harga mendadak. Nak beli pada harga RM 20/pek ntah bila offer tersebut akan kunjung tiba. Alhamdulillah sampai sekarang stok diapers baby kami banyak lagi di rumah dan di rumah mentua di kampung. Bila balik kg boleh angkut lagi.

Susu formula Dutch Baby. Harga susu formula infant (6 - 12 bulan) memang mahal berbanding 1 tahun dan ke atas. Wife aku, bila ada offer online terus grab stok yang mencukupi sehingga baby kami 1 tahun. Sanggup wife aku guna 3/4 akaun lain untuk grab offer murah. Wife aku kata kena pandai dan bijak menggunakan peluang yang ada. Peluang dapat murah yang ada bukan berpanjangan dan boleh tunggu-tunggu. Lambat grab sorry memang tak dapatlah berjimat. Stok Dutch Baby (6-12 bulan) kat rumah tinggal 2 pek 1 kg. Insyaallah cukup untuk cover sehingga baby kami berusia genap setahun pada 08.05.2017. 

Wife aku kata 2 bulan pertama aku tak kerja memang dia susah. Sebabnya dalam 2 bulan ni dia masih ada hutang personal dengan makciknya di kampung. Wife aku senang hati sebab baby kami more happy bila aku jaga. Senang hati wife bila bekerja. Wife aku kata duit bukan pengukur segalanya. Bila kita happykan baby kami, kami pun turut rasa happy. Aku pun dah tak mengeluh pasal kerja lain. Kerja dirumah sendiri memang best tambah pulak babysitter baby. Baby aku pun makin rapat dengan aku hehe.

Sejak aku tak bekerja memanglah ada suara sumbang. Wife aku kata buat tak tahulah. Orang yang mengata tu orang yang kurang kasih sayang tak perlulah nak layan. Wife aku pun tak kisah, insyaallah kami sekeluarga tak kelaparan dan meminta-minta. Aku pun baru 2 minggu tak kerja bukan menjangkau setahun atau bertahun-tahun pun. Aku tak kerja pun hanya sementara. Bila aku dapat peluang lain yang better aku akan kerja semula. Family wife aku lagi sporting bila tahu aku yang jagakan cucu dorang hehe. Bila wife aku call family kg, mak dan ayah mentua akan kata kepada cucunya, "hari ni ada mama jaga, esok mama kerja abah jaga". Family wife takde pulak kutuk aku tak bagi makan anak dan cucu dorang. Sebab family wife tahu, wife aku perlu kerja lagi buat masa ni sebab komitmen hutang yang wife masih ada. Family wife mak dan ayah mentua ada offer dan jaga baby kami di kampung tapi aku yang keberatan berpisah dengan baby kami.

Sebelum ujian menjadi ‘suri rumah’ atau ‘Mr. Mama’, awal perkahwinan kami, 2 bulan selepas jadi suami, aku accident. Semua yang berlaku gara-gara mulut aku jugak. Aku cakap nak berhenti kerja. Allah turunkan ujian aku accident dalam waktu kerja. Boleh claim Perkeso, A-Z wife aku yang uruskan. Berurusan dengan majikan aku, aku dapat MC dalam jangka masa yang panjang. Majikan buang aku kerja masa tu bermula episod rumahtangga kami pun bergoyang jugak. Masa ni sebab kedegilan aku jugak sebab wife aku advice withdraw KWSP untuk bayar loan rumah. Tapi aku bekeras taknak. Wife aku memang mengamuklah sebab apa aku tak gunakan peluang yang ada. Pilihan lain walaupun aku belum sembuh aku kena cari kerja dan bekerja sementara. Perkeso pun dah tak bayar MC lagi sebab hospital keluarkan MC ada limit jugak.

Aku kerja sebagai cleaner RM 1200 sebulan + part time security malam. Alhamdulillah kehidupan kami berjalan seperti biasa. Akhir tahun aku mendapat penyata bank home loan. Wife aku tengok dia ketawa. Kata dah bayar bank 10 tahun, hutang RM 38K tapi baki masih RM 36K. Bayar 10 tahun RM 2K je kurang. Wife perli 30 tahun lagi baru abis hutang. Lepas tu wife aku start racun-racun aku. Bukan guna racun bagi aku mati. Tapi dia cuba racun otak aku. Dia cakap duit KWSP bakal lesap. Bila umur 55 tahun duit ada RM 50K jadi RM 5K. Wife aku memang banyak mempengaruhi aku, akhirnya aku akur dengan kata-kata wife. Wife aku jugak tolong isikan borang untuk penyata bank pengeluaran KWSP untuk pinjaman rumah. Aku berjaya membayar pokok pinjaman hampir RM 25K menggunakan KWSP pada bulan 2 tahun lepas. Tahun ni insyaallah abislah hutang rumah aku. Aku baru request penyata rumah untuk pengeluaran KWSP minggu lepas. Harap-harap minggu ni bank call untuk collect penyata. Minggu ni boleh p KWSP bersama wife untuk pengeluaran bersama.

Alhamdulillah, lepas settle hutang rumah perbelanjaan kami akan kurang. 

Wife pun boleh manage incomenya seperti berikut:

1. Wife punya komitmen dengan bank - RM 550.00
2. Takaful wife + baby - RM 200.00
3. Belanja dapur - RM 300 - 400 (tumpuan kepada barang makanan sahaja, keperluan rumah seperti toiletries, laundry memang dah ada stok)
4. Susu formula baby (1 tahun ke atas) Dutch Lady biasa buat offer RM 20 - 22/pek - RM 100
5. Astro - RM 21.20
6. Maintenance Bill - RM 40.00
7. SYABAS + TNB + IWK - RM 60.00
8. Perbelanjaan wife ditempat kerja (transport + makan) - RM 400.00

Jumlah RM 1,771.00

Perbelanjaan bulanan tak termasuk hutang personal wife dengan makciknya dan family yang tak termasuk dalam komitmen bank. Inshaallah wife dapat selesaikan walaupun aku tak kerja. Wife aku pun sebelum ni bukan jenis minta aku bayarkan. Wife akan manage A-Z hutang yang dia buat. Walaupun dulu hutang wife aku ni sebenarnya ratusan ribu, tapi dia dapat manage alone walaupun gaji dia sebenarnya bukan tinggi mana pun. Gaji dia masih dikategorikan tak cukup syarat untuk bayar LHDN.

5 comments:

  1. Memang realiti sekarang semua mahal...usah peduli orang nk ckp apa...bukan diorang tolong byrkan...mungkin tuan boleh join bisnes online sambil2 jaga anak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup, kadang2 orang luar lagi sibuk dari family sendiri. Alhamdulillah dah hampir 2 bulan jaga anak di rumah makan minum masih terjaga. Baru balik vacation bersama isteri dan baby serta family belah wife.

      Delete
  2. pape pun pengurusan duit tu lagi penting.. em.. ada kawan saya yang gaji 5 angka pun hutang keliling pinggang.. tak kisah la gaji banyak mana, kalau halal dan pandai manage, semua akan okay.. hee~ saya tak sabar nak tunggu suami saya galas "suami ruamh tangga "

    ReplyDelete
    Replies
    1. Gaji bukan penentu segalanya. Sebelum ni 2 orang kerja sama jugak tak jugak menyimpan. Sekarang ni wife sorang kerja rutin kehidupan seperti biasa. Bezanya anak happy still kat umah sendiri. Ada kasih sayang. Perbelanjaan pulak memang kena betul2 manage. Wife pun dah banyak cut cost perbelanjaan yang kurang penting.

      Delete
  3. Salam.Aku pun sama dah start jadi mr mama bulan ni.dah 6 bulan berhenti keje setelah 16 tahun keje.stress sgt dengan keje.mungkin org kata tak pikir pajang.tapi aku rasa memang stress sbb buat bende yg aku tak minat buat dan bos tak nak tukarkan aku ke unit yg sesuai dgn aku.aku still mencari keje tapi masih tak dapat2.mungkin ini ujian bagi aku.rasa bersalah pada isteri n anak2 terhadap langkah yg aku buat utk berhenti keje ni tanpa sebarang back up.terpikir mcm mana nak selesaikan commitment yg ada.doakan aku supaya dipermudahkan utk dapat keje lain.buat masa ni aku stay di rumah n jaga anak2 sambil2 trade forex.kalau sapa2 nak join boleh la join link dibawah.

    http://bit.ly/bonususd50

    aku try utk survive dgn trade dan buat grab bila free.aku berharap sangat utk dapat keje dan move on ke kampung halaman.doa2kan semoga dipermudahkan segalanya.beratnye ujian ini hanya allah saja yg mengetahuinye.

    ReplyDelete