Saturday, 18 June 2016

Ketuk-ketuk Ramadan 2016 bersama Kaka Azraff

Ketuk-ketuk Ramadan 2016 bersiaran di Tesco Klang bersama Kaka Azraff.


Sotong Sumbat Saji Mi - Sheila Rusly

Bahan-bahan:
Sotong - diperap dengan garam dan kunyit
Sajimee - direbus
Timun - dihiris halus
Karot - dihiris halus
Perencah Saji Mi
Cili padi - dihiris halus
Telur
Bawang merah - dihiris halus

Cara memasaknya:
Masukkan kesemua bahan kecuali sotong. Gaul sebati. Sumbatkan ke dalam sotong. Panaskan minyak dan goreng.



Ayam Goreng Telur Masin - Kaka Azraff

Bahan-bahan:
Ayam yang dipotong kecik
Adela Marjerin
Tepung Gandum
Tepung Jagung
3 biji telur - dipukul
Telur masin kuning yang telah direbus dan dihancurkan
Daun Kari
Bawang putih - dicincang
Halia
Cili padi
Lada sulah

Cara memasaknya:
Masukkan tepung gandum dan tepung jagung, garam. Celupkan ayam dengan telur dan salutkan dengan tepung. Gorengkan ayam.

Panaskan kuali masukkan marjerin Adela, tumiskan bawang putih, halia, serbuk lada sulah, daun kari, cili padi, kuning telur masin, garam dan gula secukup rasa. Masukkan ayam sedia untuk dihidangkan.




0 comments:

Post a Comment