Friday, 17 June 2016

Ketuk-ketuk Ramadan 2016 bersama Azrel Ismail

Ketuk-ketuk Ramadan 2016 bersiaran di Tesco Semenyih bersama Azrel Ismail.


Kebab Daging Salai - Sheila Rusly

Bahan-bahan:
Roti pita
Daging salai
Cili bengala Hijau & Merah
Bawang besar - dihiris
Sos Barbeque
Serbuk Lada hitam
Sos Tomato

Sos bawang putih
Mayonis
Bawang putih
Perahan Lemon

Cara memasaknya:
Panaskan minyak, goreng bawang besar, masukkan cili bengala. Maukkan daging salai, masukkan sos barbeque, lada hitam, sos tomato. Sedia untuk dihidangkan bersama roti pita bersama garlic mayonis.



Chermoulla Salmon Aglio Olio - Azrel Ismail

Bahan-bahan:
Salmon - diperap dengan lada hitam dan garam
Perahan Lemon

Bahan kisar:
Serbuk Cili
Serbuk Jintan Putih
Serbuk Ketumbar
Bawang Holland
Bawang besar
Bawang putih
Cili boh
Daun ketumbar

Bahan Aglio Olio:
Spaghetti / Pasta
Bawang putih
Cili padi
Lada Bengala
Brokoli
Cili Kering
Cendawan

Cara memasaknya:
Sapukan bahan kisar ke atas ikan salmon dan goring ikan dengan sedikit minyak.

Panaskan minyak untuk memasak Aglio Olio. Tumiskan bawang putih, masukkan cili padi, Cili kering, lada bengala, brokoli, cendawan, garam secukup rasa dan masukkan pasta.



0 comments:

Post a Comment