https://sspniplusonline.ptptn.gov.my/sspniplusonline/?id=000008279

Wednesday 20 July 2016

KARIHOME GOAT MILK INFANT FORMULA-STEP 1 (0-6M)

Susu yang terbaik bagi bayi dan fakta ini tidak dapat dinafikan. Tapi wife aku pulak susunya makin merudum bila dah sebulan dalam pantang. Sebagai alternative bagi baby kami mendapat susu yang mencukupi, jadi aku membeli susu formula S26 600gram RM 43.90 di Speedmart pada 12/062016 bermulalah episode baby kami minum susu formula. 3 kotak susu S26 600gram abis dalam masa tak sampai sebulan. Walaupun minum bersulam susu ibu tapi masih memerlukan susu formula yang banyak jugak dan agak costly. Tak sampai sebulan RM 43.90 X 3 kotak = RM 131.70.

Masa balik kampong di hari raya, susu S26 kehabisan stok, maka wife aku memberikan baby kami Anmum 350gram sample yang adik ipar aku dapat. Adik ipar aku ada baby berusia 6 bulan++ yang sepenuhnya susu badan jadi sample susu anmum yang dia dapat ditinggalkan di kampong. Rezeki baby aku dapatlah menampong keperluan susu semasa susu S26 kehabisan stok.

Semasa di kampong, wife aku masih tidak ketinggalan mendownload kupon diskaun di 11street. Dengan kupon tersebut wife aku mencari barang yang boleh dibeli dengan menggunakan kupon tersebut. Sebab baby kami hamper kehabisan stok FM maka wife aku focus kepada FM. Wife aku memilih untuk mencari alternative S26 kepada Karihome Goat Milk Infant Formula-Step 1 (0-6M).

Sperti susu lembu, susu kambing penuh krim tidak sesuai bagi baby di bawah setahun kerana kandungan mineral dan protein yang tinggi. Susu formula susu kambing (seperti Karihome) telah diubah komposisi mineral dan protein supaya hampir sama seperti susu ibu walaupun tidak dapat menandingi kehebatan susu ibu.


Wife order Karihome Goat Milk Infant Formula-Step 1 (0-6M) kat 11street 400gram RM 34.00. Harga agak murah disebabkan ada kupon diskaun pada 11/07/2016. Karihome Goat Milk Infant Formula-Step 1 sampai di rumah kami pada 14/07/2016. Bertahan seminggu setin susu.

Disebabkan stok susu dah semakin nak abis, jadi wife order setin lagi semalam di 11street jugak. Menggunakan kupon diskaun tapi kali ni taklah banyak sangat diskaun RM 5. Nasib baik wife ada redeem point menjadi credit RM 10. Harga selepas kupon diskaun dan credit untuk Karihome Goat Milk Infant Formula-Step 1 400gram RM 43.00.

Harap lepas ni adalah lagi kupon diskaun kat 11street atau online shop. Kami masih memerlukan stok Karihome Goat Milk Infant Formula-Step 1 sehingga baby kami berusia 6 bulan. Dah 6 bulan ke atas kami akan mencuba memberikan susu kambing yang lain. Kami ada membeli stok Habib Susu Kambing (Asli) 500g - 2 Kotak.

Habib Susu Kambing (Asli) 500g - 2 Kotak, kami beli di 11street pada  harga RM 65.36 setelah ditolak kupon diskaun dan credit yang ada. Susu ini sesuai untuk bayi berusia 6 bulan ke atas dan jugak semua peringkat umur yang lain. Jika tak sesuai dengan baby kami nanti, mak dan bapak baby boleh abiskan, takdelah membazirkan. Jika susu rumusan khas untuk bayi memang tak lalu lah kami nak minum hehe.

Selain Habib Susu Kambing, terdapat susu kambing jenama lain di 11street seperti Lazz, Wildan. Lazz dan Wildan wife pernah beli sebelum ni di 11street.

Selain daripada membeli Susu Kambing untuk baby kami, kami membeli diapers bagi menampung keperluan baby kami. Baby kami yang berusia 2 bulan++ masih memakai diapers bersaiz S. Kami ni takdelah setia pada 1 brand je. Baby kami sejak lahir dah pakai macam2 brand diapers kebanyakkan kami dapat sample request by online dan hospital pun turut bagi sample diapers semasa wife discharge. Alhamdullilah baby kami tidak mengalami alahan memakai diapers pakai buang. Jadi kami memilih diapers pada harga yang menjimatkan.

Petpet Diapers Easy Tape (Size S84) (3 Packs) kami beli online di 11street pada harga RM 68.10 (RM 22.70/pack) dengan menggunakan kupon diskaun. Jimatkan berbanding beli di tempat lain.

0 comments:

Post a Comment