Friday, 17 June 2016

Ketuk-ketuk Ramadan 2016 bersama Sasqia

Ketuk-ketuk Ramadan 2016, bersiaran di Tesco Kota Bahru bersama Sasqia.


Kensom Siakap - Sasqia

Bahan-bahan:
Ikan Siakap
Nenas
Daun Kesum
Asam keping

Bahan kisar:
Cili padi
Kunyit hidup
Bawang merah
Belacan
Bawang putih

Cara memasaknya:
Panaskan sedikit minyak dan tumiskan bahan kisar sehingga naik bau. Masukkan air sehingga mendidih, masukkan ikan, asam keping, nenas dan daun kesum. Masukkan garam secukup rasa.


Sambal Hijau Petai Kikis - Sheila Rusly

Bahan-bahan:
Petai - dikikis kulitnya dan buang tepinya
Ikan bilis - digoreng
Terung pipit

Bahan kisar:
Cili Hijau
Cili padi hijau
Cili padi merah

Bawang merah
Belacan

Cara memasaknya:
Panaskan minyak dan goreng petai sehingga garing. Angkat.

Tumiskan bawang merah dan belacan, masukkan cili kisar. Masukkan garam dan gula secukup rasa. Masukkan terung pipit dan petai. Sejukkan dan masukkan ikan bilis. Sedia untuk dihidangkan.








0 comments:

Post a Comment