https://sspniplusonline.ptptn.gov.my/sspniplusonline/?id=000008279

Monday, 23 November 2015

Apakah itu Ujian MGTT?

Apa itu ujian toleransi glukosa?

Ujian toleransi glukosa atau juga dikenali sebagai ujian toleransi glukosa oral (modified glucose tolerance test - MGTT), memeriksa bagaimana badan anda mengawal tahap gula. Gula, atau glukosa, terkandung dalam kebanyakan makanan yang anda makan.

Ujian toleransi glukosa digunakan untuk mendiagnosis penyakit
kencing manis semasa hamil (diabetes gestasi) dan dijalankan terhadap wanita-wanita yang dilihat sangat berkemungkinan mengalami penyakit ini.

Ujian ini akan mengesan samada anda menghidap diabetes ataupun tidak. Seramai 14 peratus wanita hamil menghidap diabetes gestasi. Tidak seperti lain-lain jenis diabetes, diabetes gestasi biasanya hilang sebaik sahaja bayi dilahirkan.

Mengapakah saya perlu menjalani ujian toleransi glukosa?

Diabetes disebabkan oleh kegagalan pankreas menghasilkan hormon insulin yang mencukupi. Insulin mengawal jumlah gula dalam darah dan membolehkan badan anda menyimpan gula yang tidak diperlukan serta-merta untuk menghasilkan tenaga.

Badan anda perlu menghasilkan insulin tambahan untuk memenuhi keperluan bayi semasa anda sedang hamil, terutamanya daripada kira-kira bulan kelima iaitu ketika tumbesaran bayi sedang berlaku dengan pesat. Jika badan anda tidak dapat menyaingi perkembangan ini, anda mungkin akan menghidap diabetes gestasi.

Bayi anda memerlukan gula dalam bentuk glukosa untuk membantunya membesar, tetapi terlalu banyak gula pula boleh menyebabkan badannya lebih besar daripada yang sepatutnya, terutamanya pada bahagian bahu, dada dan abdomen. Keadaan ini dikenali sebagai
makrosomia yang bermaksud "badan yang besar". Akibatnya, mungkin sukar bagi anda melahirkannya secara normal nanti kerana bahunya yang besar mungkin akan tersangkut. Bayi yang terlalu besar berkemungkinan perlu dilahirkan secara pembedahan caesarean.

Di antara 2 dan 14 peratus wanita hamil menghidap diabetes gestasi. Dalam kebanyakan kes, apa yang anda perlu untuk mengawal diabetes ialah dengan mengikuti
diet yang sihat dan bersenam. Dalam kira-kira 10 hingga 20 peratus kes, wanita-wanita ini terpaksa menyuntik diri mereka dengan insulin untuk mengawal penyakit ini.

Salah satu tanda diabetes gestasi ialah terlalu banyak gula dalam air kencing. Ini mungkin dikesan melalui
ujian air kencing rutin semasa hamil, tetapi ia tidak lagi disyorkan sebagai cara yang terbaik untuk mengesan masalah diabetes.

Apakah yang berlaku semasa ujian toleransi glukosa dijalankan?

Ujian yang disyorkan untuk mendiagnos diabetes gestasi dipanggil ujian toleransi glukosa oral (MGTT). Ia biasanya dijalankan semasa anda dalam minggu ke-24 hingga ke-28 kehamilan, kecuali jika anda pernah mengalami diabetes gestasi sebelum ini, yang mana dalam kes ini anda akan diminta menjalani ujian pada minggu ke-16 hingga ke-18 dan sekali lagi pada minggu ke-24 hingga ke-28.

Sebaik tiba di klinik atau hospital, jururawat akan mengambil sampel darah daripada anda. Jika anda rasa gementar untuk diambil darah, mintalah seseorang untuk menemani anda. Sampel darah yang pertama akan digunakan untuk mengukur tahap gula dalam darah ketika anda sedang berpuasa. Ini dipanggil ujian dasar (baseline test).

Kemudian, anda akan diminta meminum satu campuran bergula yang mengandungi kira-kira 75 gram glukosa. Darah akan akan diuji dua jam selepas itu dan ukurannya dibandingkan dengan julat normal. Dalam masa dua jam menunggu itu, anda seharusnya duduk diam dan tidak
merokok.

Agak melegakan kerana kebanyakan wanita yang mempunyai gula dalam air kencing semasa
temu janji pranatal mereka, dikesan mempunyai tahap gula dalam darah yang normal semasa ujian toleransi glukosa.

Siapakah yang paling berisiko menghidap diabetes gestasi?

Terdapat beberapa faktor yang boleh meletakkan anda dalam risiko menghidap diabetes gestasi. Sesetengah faktor berkaitan dengan sejarah keluarga dan sesetengah yang lain berkaitan dengan berat badan anda dan kehamilan yang terdahulu.

Berikut ialah faktor-faktor bagi diabetes gestasi yang akan diteliti oleh doktor anda:
  • obes (dengan BMI lebih daripada 30);
  • pernah melahirkan bayi besar dengan berat 4kg atau lebih;
  • pernah menghidap diabetes gestasi dalam kehamilan sebelum ini;
  • sejarah keluarga dengan diabetes (ibu atau bapa, adik-beradik atau anak menghidap diabetes).
Jika anda mempunyai beberapa faktor risiko seperti di atas, ini tidak bermakna bahawa anda pasti akan menghidap diabetes gestasi, tetapi terdapat 20 hingga 50 peratus kemungkinan yang anda akan menghidapnya.

Bagaimana kalau saya menghidap diabetes gestasi?

Kebanyakan wanita yang menghidap diabetes semasa hamil melahirkan bayi yang normal dan sihat, dan tahap gula dalam darah mereka juga kembali normal selepas melahirkan.

Walau bagaimanapun, dianggarkan kira-kira 20 peratus wanita yang menghidap diabetes gestasi sebenarnya menghidap diabetes jenis 2 yang tidak didiagnos sebelum mereka hamil. Wanita yang menghidap diabetes gestasi juga berisiko menghidap diabetes jenis 2 selepas bersalin.

Untuk meminimakan risiko ini berlaku, anda akan dinasihatkan supaya mengekalkan diet khas yang dipreskripsikan oleh doktor semasa anda hamil sepanjang hidup anda, dan anda juga mungkin perlu kerap menjalani ujian untuk melihat samada anda menghidap penyakit ini ataupun tidak.


Sumber: http://www.babycenter.com.my/a25006009/ujian-toleransi-glukosa#ixzz3sIrnN3au
 
Wife aku kena minum air gula pada minggu ke 9 13/10/2015. Pada 30/10/2015, wife dapat panggilan dari klinik bagitahu wife ada diabetes masa mengandung. Jadi wife kena buat BSP 4x sehari pada 02/11/2015 pada pukul 8.00 pagi, 10.00 pagi, 2.00 petang dan 8.00 malam.
Inilah keputusan MGTT selepas puasa pada pukul 9.25 pagi 4.1 dan selepas 2 jam minum air gula 8.2. Rasa air gula yang wife minum takdelah teruk sangat cuma wife masih alahan tu yang dia berjaga-jaga taknak termuntah balik. Selepas minum air gula wife duduk melagut tanpa membuat apa-apa.
 
Inilah keputusan BSP setelah 2 kali menghadirkan diri di klinik. Buat masa ini keputusan BSP masih ok lagi tetapi setiap 2 minggu kena datang ke klinik untuk BSP dan keesokkan harinya kena datang untuk doctor review keputusan BSP tersebut. Untuk bulan ini 5 kali aku hantar dan ambil wife dari klinik. Pada 02/11/2015 BSP 4x sehari, 03/11/2015 review keputusan BSP dengan doctor, 16/11/2015 BSP 4x sehari, 17/11/2015 review keputusan BSP dengan doctor dan cek perut, 18/11/2015 ceramah dengan dietician.
 
Next appointment untuk BSP 30/11/2015. Maka wife aku amik keputusan untuk membeli alat untuk Accu-chek Performa Blood Glucose Meter dan Test Strip 50's pada harga RM 198.45. Mahal jugakkan. Beli pun online dari 11street.
 
Wife aku beli Accu-chek Performa Blood Glucose Meter pada harga RM 139.00.
 
 
Inilah gambar Accu-Chek Performa yang wife beli. Dapat Accu-chek softclix yang berbentuk pen, 10 lancet dan 25 strip.
 
Wife aku beli extra Accu-chek Performa Test Strip 50's pada harga RM 59.45. 
 
Wife aku beli extra strip sebab 25 strip tak cukup untuk cover BSP dia lebih kurang 12 kali lagi x 4 test strips = 48 test strips. Wife aku due 18/05/2016. Setiap 2 minggu kena BSP diabetes.
 
Extra lagi 27 test strip wife nak guna untuk cucuk aku ler tu. Wife aku dah bagitahu siap-siap nak cucuk-cucuk aku guna alat blood glucose meter tu. Bertuah punya wife ada agenda beli extra strip tu aku pun kena jadi mangsa ujian BSP dia. Nasiblah badan dapat wife macam dia. Lari.................
  
 

0 comments:

Post a Comment