https://sspniplusonline.ptptn.gov.my/sspniplusonline/?id=000008279
Showing posts with label MGTT. Show all posts
Showing posts with label MGTT. Show all posts

Monday, 30 November 2015

BSP Diabetes

Wife aku kena GDM semasa mengandung. So dia kena buat BSP 4x sehari setiap 2 minggu. Sudah 2x dia berulang ke klinik untu BSP. Then esoknya kena review doctor. Dalam sebulan 4x kena berulang ke klinik. Wife aku amik keputusan beli alat untuk test Diabetes sendiri. So tidak perlu ke klinik untuk BSP hanya datang untuk review BSP, appointment cek perut dan jumpa doctor. So 2x sebulan kena berulang ke klinik.

Semalam 30/11/2015, wife buat BSP sendiri dari pagi sehingga malam 4x sehari. Waktu pagi wife suruh aku buatkan BSP tapi aku takut hehe... So terpaksalah wife aku buat sendiri. Mula-mula buat waktu pagi ambil masa lama jugak sebab baru guna alat tu Accu-chek Performa Blood Glucose Meter yang dia beli online kat 11street.
 
Mula-mula asyik error jer kuar display E-1 the test strip mybe damaged or not properly inserted. Then kuar pulak display E-4 not enough blood or control solution was drawn into the test strip for measurement or was applied after the test had started. Lastly kuar pulak display E-6 blood or control solution was applied to the test strip before the flashing drop symbol appeared on the display. Disebabkan error yang kuar kat display so test strips yang digunakan tadi wife buang jer. Abis 5 test strips rugi disebabkan percubaan pertama yang macam-macam masalah. Nasib baik wife beli extra test strip so Insha'Allah cukup sehingga bersalin nanti.
 
Masalahnya darah tak cukup memang jadi kebiasaan mungkin wife takut-takut nak cucuk jarinya haha... Tambah-tambah jari kiri darah macam tak mahu nak kuar. Wife guna jari kanan banyak kalilah jugak percubaan mencucuk dengan menggunakan pen lancet tu. Sebenarnya takdelah sakit mana wife bagitahu sebab takut tu yang seakan sakit hehe.

Result pada pukul 9.03 pagi. Wife start guna alat ni kul 8.40 pagi tapi sebab macam-macam error yang timbul so jadi lambat. Akhirnya Berjaya jugak dapat result semasa berpuasa start pukul 10 malam sebelumnya 4.8. So oklah result ok pen hitam hehe...
 
Sebab wife buat test lambat jadi test kedua pukul 11.29 pagi. Selepas sarapan nasi lemak dan air kosong then puasa balik 2 jam, result 5.8 ada peningkatan. Tapi result masih ok pen hitam hehe.
 
Masa test kali ketiga wife hanya makan oat dan susu sebab sarapan tadi dah makan heavy nasi lemak so result turun jadi 4.2 result masih ok pen hitam hehe.
 
Masa test kali terakhir pukul 8 malam wife makan nasi goring Thai ada telur mata + daging goring so result turun jadi 5.0 result masih ok pen hitam hehe.
 
Setelah selesai 4x BSP diabetes test maka tutuplah buku pink hehe. Hari ni 01/12/2015 review doctor pasal BSP semalam. Wife sampai klinik pukul 8.04 pagi amik nombor giliran then pergi sarapan lontong. Lepas sarapan ke klinik semula tunggu giliran. Tak sampai 5 minit masuk ke bilik doctor. Doctor review result BSP 4x semalam so doctor tak banyak cakap sebab result BSP ok. So next BSP 14/12/2015. Review doctor pasal BSP dan cek perut 15/12/2015. Doctor tanya wife nak bersalin di mana. Wife kata maybe hospital kerajaan so doctor advice wife mendaftar untuk bersalin seelok-eloknya awal pada / sebelum minggu ke 20. Sekarang wife dah nak masuk minggu ke 16.
 
Wife cadang nak register awal untuk mendapat tempat di hospital kerajaan. Sekiranya tahun depan ada rezeki lebih bolehlah beralih ke hospital swasta Insha'Allah.
 

Monday, 23 November 2015

Apakah itu Ujian MGTT?

Apa itu ujian toleransi glukosa?

Ujian toleransi glukosa atau juga dikenali sebagai ujian toleransi glukosa oral (modified glucose tolerance test - MGTT), memeriksa bagaimana badan anda mengawal tahap gula. Gula, atau glukosa, terkandung dalam kebanyakan makanan yang anda makan.

Ujian toleransi glukosa digunakan untuk mendiagnosis penyakit
kencing manis semasa hamil (diabetes gestasi) dan dijalankan terhadap wanita-wanita yang dilihat sangat berkemungkinan mengalami penyakit ini.

Ujian ini akan mengesan samada anda menghidap diabetes ataupun tidak. Seramai 14 peratus wanita hamil menghidap diabetes gestasi. Tidak seperti lain-lain jenis diabetes, diabetes gestasi biasanya hilang sebaik sahaja bayi dilahirkan.

Mengapakah saya perlu menjalani ujian toleransi glukosa?

Diabetes disebabkan oleh kegagalan pankreas menghasilkan hormon insulin yang mencukupi. Insulin mengawal jumlah gula dalam darah dan membolehkan badan anda menyimpan gula yang tidak diperlukan serta-merta untuk menghasilkan tenaga.

Badan anda perlu menghasilkan insulin tambahan untuk memenuhi keperluan bayi semasa anda sedang hamil, terutamanya daripada kira-kira bulan kelima iaitu ketika tumbesaran bayi sedang berlaku dengan pesat. Jika badan anda tidak dapat menyaingi perkembangan ini, anda mungkin akan menghidap diabetes gestasi.

Bayi anda memerlukan gula dalam bentuk glukosa untuk membantunya membesar, tetapi terlalu banyak gula pula boleh menyebabkan badannya lebih besar daripada yang sepatutnya, terutamanya pada bahagian bahu, dada dan abdomen. Keadaan ini dikenali sebagai
makrosomia yang bermaksud "badan yang besar". Akibatnya, mungkin sukar bagi anda melahirkannya secara normal nanti kerana bahunya yang besar mungkin akan tersangkut. Bayi yang terlalu besar berkemungkinan perlu dilahirkan secara pembedahan caesarean.

Di antara 2 dan 14 peratus wanita hamil menghidap diabetes gestasi. Dalam kebanyakan kes, apa yang anda perlu untuk mengawal diabetes ialah dengan mengikuti
diet yang sihat dan bersenam. Dalam kira-kira 10 hingga 20 peratus kes, wanita-wanita ini terpaksa menyuntik diri mereka dengan insulin untuk mengawal penyakit ini.

Salah satu tanda diabetes gestasi ialah terlalu banyak gula dalam air kencing. Ini mungkin dikesan melalui
ujian air kencing rutin semasa hamil, tetapi ia tidak lagi disyorkan sebagai cara yang terbaik untuk mengesan masalah diabetes.

Apakah yang berlaku semasa ujian toleransi glukosa dijalankan?

Ujian yang disyorkan untuk mendiagnos diabetes gestasi dipanggil ujian toleransi glukosa oral (MGTT). Ia biasanya dijalankan semasa anda dalam minggu ke-24 hingga ke-28 kehamilan, kecuali jika anda pernah mengalami diabetes gestasi sebelum ini, yang mana dalam kes ini anda akan diminta menjalani ujian pada minggu ke-16 hingga ke-18 dan sekali lagi pada minggu ke-24 hingga ke-28.

Sebaik tiba di klinik atau hospital, jururawat akan mengambil sampel darah daripada anda. Jika anda rasa gementar untuk diambil darah, mintalah seseorang untuk menemani anda. Sampel darah yang pertama akan digunakan untuk mengukur tahap gula dalam darah ketika anda sedang berpuasa. Ini dipanggil ujian dasar (baseline test).

Kemudian, anda akan diminta meminum satu campuran bergula yang mengandungi kira-kira 75 gram glukosa. Darah akan akan diuji dua jam selepas itu dan ukurannya dibandingkan dengan julat normal. Dalam masa dua jam menunggu itu, anda seharusnya duduk diam dan tidak
merokok.

Agak melegakan kerana kebanyakan wanita yang mempunyai gula dalam air kencing semasa
temu janji pranatal mereka, dikesan mempunyai tahap gula dalam darah yang normal semasa ujian toleransi glukosa.

Siapakah yang paling berisiko menghidap diabetes gestasi?

Terdapat beberapa faktor yang boleh meletakkan anda dalam risiko menghidap diabetes gestasi. Sesetengah faktor berkaitan dengan sejarah keluarga dan sesetengah yang lain berkaitan dengan berat badan anda dan kehamilan yang terdahulu.

Berikut ialah faktor-faktor bagi diabetes gestasi yang akan diteliti oleh doktor anda:
  • obes (dengan BMI lebih daripada 30);
  • pernah melahirkan bayi besar dengan berat 4kg atau lebih;
  • pernah menghidap diabetes gestasi dalam kehamilan sebelum ini;
  • sejarah keluarga dengan diabetes (ibu atau bapa, adik-beradik atau anak menghidap diabetes).
Jika anda mempunyai beberapa faktor risiko seperti di atas, ini tidak bermakna bahawa anda pasti akan menghidap diabetes gestasi, tetapi terdapat 20 hingga 50 peratus kemungkinan yang anda akan menghidapnya.

Bagaimana kalau saya menghidap diabetes gestasi?

Kebanyakan wanita yang menghidap diabetes semasa hamil melahirkan bayi yang normal dan sihat, dan tahap gula dalam darah mereka juga kembali normal selepas melahirkan.

Walau bagaimanapun, dianggarkan kira-kira 20 peratus wanita yang menghidap diabetes gestasi sebenarnya menghidap diabetes jenis 2 yang tidak didiagnos sebelum mereka hamil. Wanita yang menghidap diabetes gestasi juga berisiko menghidap diabetes jenis 2 selepas bersalin.

Untuk meminimakan risiko ini berlaku, anda akan dinasihatkan supaya mengekalkan diet khas yang dipreskripsikan oleh doktor semasa anda hamil sepanjang hidup anda, dan anda juga mungkin perlu kerap menjalani ujian untuk melihat samada anda menghidap penyakit ini ataupun tidak.


Sumber: http://www.babycenter.com.my/a25006009/ujian-toleransi-glukosa#ixzz3sIrnN3au
 
Wife aku kena minum air gula pada minggu ke 9 13/10/2015. Pada 30/10/2015, wife dapat panggilan dari klinik bagitahu wife ada diabetes masa mengandung. Jadi wife kena buat BSP 4x sehari pada 02/11/2015 pada pukul 8.00 pagi, 10.00 pagi, 2.00 petang dan 8.00 malam.
Inilah keputusan MGTT selepas puasa pada pukul 9.25 pagi 4.1 dan selepas 2 jam minum air gula 8.2. Rasa air gula yang wife minum takdelah teruk sangat cuma wife masih alahan tu yang dia berjaga-jaga taknak termuntah balik. Selepas minum air gula wife duduk melagut tanpa membuat apa-apa.
 
Inilah keputusan BSP setelah 2 kali menghadirkan diri di klinik. Buat masa ini keputusan BSP masih ok lagi tetapi setiap 2 minggu kena datang ke klinik untuk BSP dan keesokkan harinya kena datang untuk doctor review keputusan BSP tersebut. Untuk bulan ini 5 kali aku hantar dan ambil wife dari klinik. Pada 02/11/2015 BSP 4x sehari, 03/11/2015 review keputusan BSP dengan doctor, 16/11/2015 BSP 4x sehari, 17/11/2015 review keputusan BSP dengan doctor dan cek perut, 18/11/2015 ceramah dengan dietician.
 
Next appointment untuk BSP 30/11/2015. Maka wife aku amik keputusan untuk membeli alat untuk Accu-chek Performa Blood Glucose Meter dan Test Strip 50's pada harga RM 198.45. Mahal jugakkan. Beli pun online dari 11street.
 
Wife aku beli Accu-chek Performa Blood Glucose Meter pada harga RM 139.00.
 
 
Inilah gambar Accu-Chek Performa yang wife beli. Dapat Accu-chek softclix yang berbentuk pen, 10 lancet dan 25 strip.
 
Wife aku beli extra Accu-chek Performa Test Strip 50's pada harga RM 59.45. 
 
Wife aku beli extra strip sebab 25 strip tak cukup untuk cover BSP dia lebih kurang 12 kali lagi x 4 test strips = 48 test strips. Wife aku due 18/05/2016. Setiap 2 minggu kena BSP diabetes.
 
Extra lagi 27 test strip wife nak guna untuk cucuk aku ler tu. Wife aku dah bagitahu siap-siap nak cucuk-cucuk aku guna alat blood glucose meter tu. Bertuah punya wife ada agenda beli extra strip tu aku pun kena jadi mangsa ujian BSP dia. Nasiblah badan dapat wife macam dia. Lari.................