https://sspniplusonline.ptptn.gov.my/sspniplusonline/?id=000008279

Friday 18 September 2015

Misi Bedah Gigi Geraham Bongsu Gagal

Misi Bedah Gagal. Salah siapa ni. Hospital salah, doctor salah atau salah pesakit sendiri. Pesakit tu wife aku. Sepatutnya wife aku kena bedah gigi pada pagi 17/09/2015 semalam. Wife aku start sakit gigi sejak last year tapi wife membiarkan tanpa dirawat. Bila rasa sakit dia akan gosok gigi guna ubat gigi yang sesuai dengan gigi sensitive. Mahal ubat gigi takpe janji boleh meredakan kesakitan yang dialami walaupun bukan sepenuhnya hilang.
 
Wife aku mulai merasakan kesakitan sangat akibat hobinya suka makan nata de coco jenama Jeram yang dibeli dari Speedmart 99. Harganya boleh tahan murah kurang daripada RM 4.50 untuk 1.5kg. Masa aku balik kerja, wife taknak cakap dengan aku kerana sakit sangat sampai buat dia taknak bercakap. Aku suruh dia makan ubat tahan sakit yang ada kat umah selepas berapa jam sakitnya berkurangan dan boleh bercakap seperti biasa.
 
Sakitnya tetap berlarutan sekiranya tidak makan ubat tahan sakit. Akhirnya wife amik keputusan mengorak langkah ke klinik gigi pada 29/7/2015 yang bertahun-tahun dia tidak jejakkan kakinya. Selepas pemeriksaan yang dibuat doctor gigi advice untuk bedah cuma di klinik tersebut tiada fasilities untuk pembedahan. Selepas xray doctor gigi menampal gigi wife yang sakit untuk sementara. Kos tampalan pada gigi geraham bongsu kanan dan tampalan kecil pada gigi geraham lain kos RM 175.
 
Setelah selesai rawatan doctor gigi memberikan surat untuk rawatan lanjut ke Hospital Sg. Buloh. Esoknya pada 30/07/2015 wife ke Hospital kebetulan dapat MC disebabkan rawatan gigi pada lewat petang di klinik wife minta MC untuk hari berikutnya.
 
Oleh kerana rujukan wife klinik swasta, pendaftaran pertama yang dikenakan di Hospital Sg. Buloh RM 30.00. Lepas tu berjumpa dengan doctor gigi di sana dan kena xray dengan bayaran RM 10. Selesai xray, petugas di klinik gigi akan menelefon setelah mendapat slot pembedahan. Wife memilih pembedahan umum iaitu dimasukkan ke wad dan diberikan bius sehingga tidak sedarkan diri sepanjang tempoh pembedahan. Slot untuk pembedahan umum ni agak sukar dapat pada masa terdekat. Wife jenis penakut tu yang pilih taknak sedarkan diri. Setelah menunggu akhirnya wife dapat panggilan dari petugas Hospital Sg. Buloh untuk datang pada 10/09/2015 pukul 9.30pagi, bayaran semasa pendaftaran RM 5. Tapi awal-awal lagi wife dah datang Hospital Sg. Buloh. Appointment kali ni adalah amik darah dan berjumpa doktor bius. Wife hanya amik darah, doktor bius menetapkan 15/09/2015 pukul 10.00pagi. Sekali lagi kena datang memang leceh tapi disebabkan slot pembedahan telah ditetapkan pada 17/09/2015 wife pun ikutkan jer schedule dorang.
 
Pada 15/09/2015 wife datang terus amik tag nama di pendaftaran, kali ni tak perlu bayar apa-apa. Terus jumpa doktor bius. Sebelum berjumpa doktor bius kena cek tekanan darah, berat badan. Then baru jumpa doktor bius. Doktor bius Tanya pelbagai soalan, cek tahap kesihatan dan yang masalahnya pada bacaan darah wife. Doktor bagitahu wife kena amik darah sebelumnya. Bacaan darah yang diambil pada 10/09/2015 bacaan garam di buah pinggang melebihi bacaan yang sepatutnya. Sebelum ambil darah pada 10/09/2015 wife pergi makan di cafeteria dan makanan yang diambil memang agak masin tetapi wife tetap makan sebab favourite dia makan kuah asam pedas dan sayur keladi.
 
Selepas jumpa doktor bius, wife terpaksa amik darah buat kali kedua. Masa ni memang aku temankan dia dari pagi so takdelah dia pergi ke cafeteria untuk breakfast. Selepas blood test, baru kami makan ke cafeteria tapi wife takde selera makan sangat sebab takde pulak sayur keladi pada hari itu. Wife hanya amik sayur rebung masak lemak dan terung sambal yang kurang sedap, agak keras. Sambil makan dia memikirkan lagi blood test 10/09/2015 yang bacaan garam lebih tu. Perkara tersebut membuatkan dia risau, sekiranya blood test kali kedua bermasalah maknanya pembedahan gigi geraham bongsu bawah kanan dan kiri terpaksa ditunda. Keputusan darah bukan dapat on the spot. Doktor kata petugas akan telefon semula. Setelah di pejabat wife mendapat panggilan telefon dari Hospital Sg. Buloh dan confirm boleh bedah pada 17/09/2015. Wife kena datang wad jam 7.30 pada hari tersebut seperti yang diterangkan lebih awal oleh doktor bius.
 
Pada 15/09/2015 wife asyik Google pasal pengalaman semasa pembedahan gigi geraham melalui blog etc. Tumpuan memang pada pembedahan gigi goggle search keyword.
 
16/09/2015 Malaysia Day... Yahoo cuti-cuti Malaysia... Aku mengambil keputusan pergi ke rumah mak aku. Wife aku taknak ikut alasannya nak rehat-rehat rumah. 17/09/2015 nak operate. Wife aku buat time schedule aku kena balik pada waktu yang dia tetapkan. Tapi aku memang tak balik awal. Wife aku telefon dan menjerit kat talian "Bila nak balikkkkkkkkk". Wife aku memang suka tunggu aku buat salah sikit then mintak apa yang dia nak. Sebelum ni aku usik dia cakap "Ayang mengandung". Dia menafikan keras-keras mana ada mengandung. Dalam masa yang sama dia kata beli Pregnancy Test Kit. Aku ni bab kuar duit memang liat walaupun tak sampai RM 10 aku cakap mahal. Wife aku start perli2 aku. "Oooo kuar duit RM 10 mahal, beli speaker harga RM 100, boleh pulak murah". Aku cakap akan beli pada hari Isnin 21/09/2015.
 
 
 
Sebab aku lewat balik dan kebetulan aku ikut adik ke kedai so sekali harung aku belikan test kit tersebut. Aku janji akan sampai waktu yang wife tetapkan. Sampai kat umah wife macam biasa hidup bersenang lenang depan TV. Macam takde kerja je nak dibuatnya. Lagipun aku kuar p umah mak so tak perlu masak. Makan lauk yang ada hanya panaskan aje.
 
Aku bagi test kit dan suruh wife terus test. Hasilnya positif sah-sah wife mengandung. Seronoknya memang tak terkata tunggu 2 tahun 7 bulan jugaklah untuk berita gembira ni. Aku memang syak wife mengandung sebab bulan lapan wife memang pelik dah. Siap beli bantal mengandung. Alasannya macam biasa guna kupon murah je kat 11street bawah RM 100.
 
 
Bulan lepas wife beli Beauty Umaira. Aku ingat murah Beauty Umaira tu murah harganya pun RM 200. Wife beli melalui Lazada. Beauty Umaira wife bukan suka sangat mungkin rasanya tidak memenuhi selera dia. Dia bancuh beauty umaira dengan milo dan sunquick nak bagi sedap. Nasiba baik dia beli 1 kotak je kalau berkotak-kotak jenuh nak abiskan. Ada 21 sachet, sampai hari ni masih berbaki 6 sachet. Wife aku minum bukan konsisten ikutkan dah abis. Selain tu berhabis jugak duit ke Shaklee. Wife bagitahu hanya mencuba mana tahu rezeki. Wife pun pujuk aku makan Shaklee sama. Aku hanya makan Zinc dan Vitamin E sekali sebiji setiap satu sebelum hari kami bersama. Wife makan GLA, Zinc, Alfafa, Vitalea, B Complex, Vit. C dan E. Lepas tu aku bagi alasan pada wife taknak makan sebab panas. Wife aku malas nak layan dah malas nak berusaha, tak dapat anak jangan salahkan dia. Mungkin rezeki atau memang produk ni membantu. Alhamdulillah positif wife mengandung.
 
 
 
Pada 17/09/2015 wife tetap pergi ke Hospital Sg. Buloh. Pada jam 12 malam wife dah start puasa makan dan minum persediaan untuk pembedahan. Walaupun pembedahan mungkin akan berlaku dan tidak wife tetap buat persediaan. Sampai di Hospital Sg. Buloh, wife terus menuju ke kaunter wad untuk day care pembedahan disebabkan kami tinggal berhampiran jadi wife masuk wad pagi, petang dah boleh balik tak perlu bermalam sama ada sehari awal / selepas pembedahan. Selepas wife bagitahu petugas kaunter wife mengandung, dan selepas perbincangan Hospital Sg. Buloh menetapkan appointment seterusnya pada 21/10/2015. Jadi pembedahan pada hari tersebut GAGAL dijalankan. Wife pun terus balik dan terus ke klinik desa berdekatan. Setelah pendaftaran dan menunggu agak lama sebab klinik desa ramai orang. Setelah giliran selepas isi boring diinterview, wife kena test darah for HIV. Hasilnya negative. Then pergi timbang berat, cek kencing kotor dan tekanan darah semuanya ok cuma berat wife je taklah ok sebab dia kurus 36kg. Then tunggu lagi sebelum masuk ke bilik rawatan. Agak lama jugak wife berdiri jer sementara tunggu giliran no dan nama di panggil. Akhirnya wife masuk ke bilik rawatan berjumpa jururawat yang bertugas. Kena cek payudara dan perut. Setakat pemeriksaan takde masalah. Sebelum pemeriksaan dibuat jururawat bertanya pada kitaran terakhir period. Wife memang ingat sebab ketika hari tersebut kami berada di kampong ada majlis perkahwinan sepupu. Jururawat bertanya dah urin test. Wife aku kata dah kat luar tadi sekali dengan timbang. Wife aku mana tahu sebenarnya ujian air kencing tadi untuk mengesan kencing kotor. Dahlah 1st time memanglah tak tahu apa2 sebab wife aku bukan nak goggle pasal cara mendapatkan rawatan pertama hamil. Jururawat tersebut Tanya macam mana tahu pregnant. Wife pun cerita A-Z la pasal test kit siap ada gambar dalam HP. Biasalah perempuan ni excited dah tunjuk kat family dan kekawan. Jururawat pun suruh wife tunjuk. Wife aku pun tunjuk dan jururawat pun mengesahkan confirm mengandung sebab line memang jelas. Selalunya 4 - 5 minggu jarang kelihatan line yang cukup jelas. Jangkaan wife due 15/05/2016.
 
Sebelum ni wife aku asyik tengok udang galah. Dia asyik tanya "kalau ayang mengandung abang bagi ayang makan udang galah". Aku cakap dari dulu ayat sama jer "kalau ayang mengandung, tapi tak ngandung2 pun". Wife aku biasalah akan guna ayat "kalau ayang mengandung" dengan alasan boleh dapat apa yang dia nak sebenarnya. Sebab dia tahu aku ni memang kedekut. Sepanjang kami kahwin memang payah nak makan kat luar, aku prefer wife masak2 kat rumah lagi. Lepas bulan puasa wife suka membeli kat gerai depan umah aku sebelum pergi kerja. Suka sangat dia beli nasi lemak sotong kering dan kuih muih. Budget wife beli sarapan biasanya RM 5 untuk makan berdua. Sarapan yang dia boleh boleh carried forward sampai ke lunch hour dia. Bila hari-hari beli sarapan aku membebel jugak, dia bagi alasan tak beli pun takper ofis ada biskut blh makan biskut. Sekarang ni wife dah mengandung, aku bagi dia duit beli sarapan.
 
Semalam temankan wife beli susu kambing wildan kat farmasi 1kg RM 85. Aku suruh wife beli 500gram buat cuba dulu, wife aku degil bukan jenis nak dengar kata. Dia akan ambil 500gram kalau aku bayar. Memang aku tak bayar tu yang dia amik 1kg. Pagi ni sampai ofis dia buat breakfast susu kambing. Ok je dia minum, sedap takde tambahan gula katanya. Wife dah planning ada baby lepas 1 tahun lebih boleh bagi susu kambing sebagai sampingan susu ibu.
 
Pada 12/09/2015 abang ipar ajak p Salak Perdana umah wife. Niat abang ipar nak belanja KFC anak-anak buah.
 
Kami makan KFC di Nilai Square. Wife pun apa lagi ajak p Nilai 3 dengan alasan nak beli tilam kekabu dan tikar gulung untuk dibentangkan kat umah kami. Wife tak bawa cash yang banyak. Pinjam RM 100 kat adiknya untuk modal tilam kekabu queen RM 50 dan tikar gulung RM 50. Perempuan ni kalau dapat shopping satu kedai dia nak borong. Tanya kat aku ada duit dia nak pinjam. Aku bagi RM 30 + RM 10 duit yang dia ada so abis lebur beli 4 biji bantal kekabu. Mula-mula harga bantal kekabu RM 15/pcs, penjual tawarkan RM 10 murah bagi wife tu yang sanggup pinjam duit aku. Abang ipar aku ntah ke mana sempat lagi wife bertanya penjual harga tilam baby pulak. Wife nak pinjam duit aku lagi. Alasannya ada baby nanti dah ada tilam. Masa pujuk aku itulah alasannya. Aku carilah duit yang ada harga yang ditawarkan RM 30. Setelah dikumpul2 termasuk duit adik RM 1 dan duit syiling RM 2 wife pun masuk kedai balik dengan anak2 buah dia memilih. Tilam bercorak kain doremon pilihannya. Masa nak bayar, wife nak bagi semua RM 30. Tapi penjual kata nanti dia hanya ambil duit kertas sahaja. Lagi RM 2 duit syiling dia taknak. RM 1 dia sedekahkan pada anak buah. Kiranya tilam baby RM 27. Nampak sangat dia sonok sangat dapat tilam baby murah. Aku ingat dia mengandung rupanya dia beli tilam tu untuk tetamu yang ada baby datang ke rumah kami. Aku bengang jugak dengan wife aku ni. Aku sabar jela dalam perjalanan p ke Salak Perdana rest2 sementara tunggu abg ipar on balik. Sampai rumah pun dekat kul 11.00 bawa tilam, bantal kekabu, tilam baby dan tikar naik atas rumah. Abang ipar aku singgah sekejap jer. 16/09/2015 hari cuti pagi wife aku keluarkan tilam baby dia tunjuk kat aku. Macam biasa ayatnya kalau xde rezeki anak sendiri nanti sape yang ada baby datang boleh bagi guna. Aku malas nak layan, aku cakap simpan untuk anak sendiri, jangan bagi orang guna. Wife aku simpan balik tilam baby tu.  Kat sini wife beli tilam kekabu, tilam baby, bantal kekabu dan tikar Harun Carpet Enterprise.
 
 

 
Stok Diapers di rumah adik ipar semasa kami pergi ke Salak Perdana pada 12/09/2015. Ini lah hasil shopping di hujung jari kat 11street. Ini kerja wife aku dari bulan 6 - 9. Adik ipar aku cakap stop beli diapers sebab dah takde tempat. Susun sampai ke syiling rumah dah sebenarnya. Alasan wife aku beli guna kupon jimat. Purata beli diapers PetPet, Huggies, Mamy Poko RM 20 - 25/pcs ikut pada bonus coupon yang dia dapat. Ada yang less 50% at maksimum RM 50, 30% at maksimum RM 30 dan ada coupon yang dia dapat RM 111 masa tayangan video series di 11street.
 
Sekarang ni dah tahu bakal ada baby sendiri so lepas ni ada kupon diskaun beli untuk anak sendiri ye ayang. Dah takyah order untuk anak-anak buah. Stok diapers untuk anak buah bukan hanya di rumah adik ipar kat umah mentua aku pun dah melambak. Kerja wife aku tu la ikut suka dia nak hantar ke mana dia suka. Lepas ni confirm aku kena angkut diapers dari pejabat dia. Wife ni suka order online ada offer memang bolehlah berjimat tambah pulak free delivery jika order dengan 11street penjualnya SOUKAI. Delivery pun guna Citylink bagi di luar kawasan. Klang Valley by Taqbin. Biasanya 3 -7 hari sampai ke destinasi. Saper ada anak pakai Diapers cubalah membeli di 11street. Pastikan korang download kupon diskaun untuk penjimatan berganda.
 
Kepada pelawat-pelawat di blog ini doakan wife saya selamat sehingga melahirkan baby sulong kami. Doakan kami mendapat anak yang soleh dan berakhlak mulia.
 
 
 

2 comments:

  1. hahahaha macam tu la perempuan. moga wife dan baby selamat dan sihat keduanya amin amin. jaga dia baik2 bro. biasa la perempuan ni mana lagi dia nak bermanja kalau bukan dengan laki sendiri. dah namanya laki bff and ever lepas ijab dan kabul :p

    ReplyDelete
  2. Salam..Sy membalas kunjungan ke blog ini.. ;)

    ReplyDelete