Nasi Ayam Berkismis
Bahan-bahan
Ayam yang telah dipotong kecil
1 tin Susu cair
Garam
4 susu besar Minyak Sapi
Serbuk perasa ayam
Bawang merah, bawang putih dan halia yang telah dihiris
Kismis
700 gram Beras Basmati
Kulit Kayu Manis
Buah Pelaga
Bunga Cengkih
Bunga Lawang
Daun Pandan
Cara memasaknya:
Panaskan minyak sapi, tumiskan Bawang merah, bawang putih dan halia yang telah dihiris dan daun pandan, masukkan bunga cengkih, buah pelage dan bunga lawang, kulit kayu manis sehingga naik bau.
Masukkan ayam, tumiskan sehingga ayam berwarna perang, masukkan air ikut sukatan nasi yang digunakan. 1 pot nasi = 1 cawan air.
Masukkan susu cair sehingga sebati. Garam secukup rasa, serbuk perasa ayam. Gaul sebati.
Masukkan beras yang telah direndam dan ditoskan tadi. Gaul sehingga beras serap air dan masukkan kismis. Tutup sehingga beras masak. Gaulkan sehingga sebati.
Hidangkan dengan hiasan kismis, bawang goring, daun ketumbar.
Biskut Kismis dan kurma
Bahan-bahan
250 gram Mentega
230 gram Gula perang
50 gram Kurma yang telah dikisar kasar / cincang kasar
400 gram Tepung gandum
200 gram Oat
2 biji Telur
2 sudu kecil Esen Vanila
1 sudu besar Serbuk Soda
1 sudu besar Serbuk Kayu Manis
1 sudu besar Garam
240gram Kismis
100 gram Walnut yang telah dikisar kasar / cincang kasar
Cara membuatnya:
Mentega dan gula perang dimixer sehingga sebati, masukkan telur. Pukul sehingga sebati dengan mentega dan gula perang.
Masukkan tepung, esen vanilla, serbuk soda, garam dan serbuk kayu manis.
Masukkan kurma, oat, walnut dan kismis. Sebatikan.
Bentukkan adunan dengan tangan. Jemput-jemputkan.
Bakar suhu 170c 10-15 minit.
0 comments:
Post a Comment