Saturday, 20 June 2015

Ketuk-ketuk Ramadan 2015 #4 Bersama Selebriti Undangan Dazrin Kamarudin

Bersiaran di Tesco Shah Alam, Bersama selebriti undangan Dazrin Kamarudin. Resepi Masakan Berbuka Puasa Ramadhan 2015.

Mee Bangkok Dazrin Kamarudin

Bahan-bahan:
Mee kuning
Kicap lemak manis
Sos tiram
Telur

Cara memasaknya:
Panaskan minyak dan tumiskan sos tiram, kicap lemak manis dan goreng mee kuning.
Gorengkan telur untuk membungkus mee yang telah digoreng.
 

Bahan-bahan untuk kuah
Brokoli
Bawang merah dan bawang putih ditumbuk
Cili padi
Sos tiram
Udang
Isi ayam
Sawi
Lobak merah
Lada hitam
Tepung jagung untuk pekatkan kuah
Minyak masak

Cara memasaknya:
Panaskan minyak, tumiskan bawang merah dan bawang putih, sos tiram, lada hitam, cili padi, isi ayam, masukkan sedikit air, udang, lobak merah, sawi, brokoli, dan masukkan air tepung jagung untuk pekatkan kuah.



Wantan Goreng Sheila Rusly

Bahan-bahan:
Kulit Wantan
Tips: Pastikan kulit wantan tertutup dengan kain lembap supaya kulit wantan tidak kering setelah dibuka.

Bahan-bahan untuk isi wantan:
Isi udang
isi ayam
1 labu bawang besar
Lobak merah
Daun bawang
Sedikit tepung jagung
Lada hitam
Minyak bijan
Gula

Cara membuatnya:
Gaul sebatikan semua bahan untuk isi wantan.
Bungkuskan isi wantan ke dalam kepingan wantan. Bungkus bulat / tiga segi. Gunakan air untuk melekatkan kulit wantan.
Gorengkan dan sedia dihidangkan.

Bahan-bahan sos:
Cili merah
Bawang putih
Cili Padi
Gula
Garam
Sos tomato saji
Sos cili saji
Cuka

Cara membuatnya:
Masukkan cili merah, cili padi dan bawang putih yang telah ditumbuk. Masukkan cuka, gula, garam, sos tomato dan sos cili. Gaul sebati.





0 comments:

Post a Comment