Saturday, 20 June 2015

Ketuk-Ketuk Ramadan 2015 #5 Bersama selebriti undangan Johan As'ari

Bersiaran di Tesco Peringgit, Melaka, Bersama selebriti undangan Johan As'ari. Resepi Masakan Berbuka Puasa Ramadhan 2015.

Ketam Portugis Sheila Rusly

Bahan-bahan:
4 ekor ketam di bersihkan
1/4 cawan minyak masak
Air perahan dari 1/2 biji limau nipis
1/2 sudu besar kicap pekat
Garam dan Gula secukup rasa
2 helai daun limau purut

Bahan-bahan kisar:
4/6 tangkai cili merah
4 biji buah keras
8 ulas bawang merah kecil
1 batang serai di hiris halus halus
1/2 sudu teh belacan
1 sudu besar cili serbuk
 
Cara membuatnya:
  1. Panaskan minyak, tumiskan bahan-bahan kisar.
  2. masukkan daun limau purut, air, serbuk cili, gula, kicap pekat, jus limau nipis, garam dan gula secukup rasa dan ketam tutupkan supaya ketam cepat masak. Sedia  untuk dihidangkan
 
 
Asam Pedas Malakau Johan As'ari
 
Bahan-bahan
Ikan Tenggiri
Air asam
Bawang merah yang dihiris
Bawang putih yang dihiris
Sayur jeruk
 
Bahan kisar
Cili kering
Lada hitam
Kunyit Hidup
Halia
Bawang merah
Bawang putih
Belacan
 
 
Cara-cara membuatnya:
Panaskan minyak, tumiskan bawang merah, bawang putih sehingga garing dan masukkan cili kisar sehingga masak.
Masukkan air asam dan sedikit air, garam dan gula secukup rasa. Masukkan ikan dan sayur jeruk. Sedia untuk dihidangkan.
 
 
 
 
 
 
 

0 comments:

Post a Comment