Friday, 19 June 2015

Ketuk-Ketuk Ramadan 2015 #3 Bersama selebriti undangan Abam

Bersiaran di Tesco Peringgit, Melaka, Bersama selebriti undangan Abam. Resepi Masakan Berbuka Puasa Ramadhan 2015.


Kerabu Udang Goreng Sheila Rusly

Bahan-bahan Udang Goreng:
300 - 400gram Isi Udang - yang telah dibuang kulit
Serbuk Roti
Tepung Gandum
Minyak Masak
Sedikit bawang merah dan bawang putih yang telah ditumbuk halus
1 biji telur
Garam

 
Cara-cara membuatnya:
Masukkan udang, bawang, serbuk roti, garam. Sebatikan dan buat bebola.
Panaskan minyak dan gorengkan bebola udang yang telah disalut dengan tepung, telur dan serbuk roti.

 
Bahan-bahan untuk kerabu mangga
Mangga yang diparut halus
Cili padi - dihiris halus
Bawang merah dihiris halus
Daun ketumbar
Nampla
Jus limau nipis
Gajus
Sedikit air gula
 
Cara-cara membuatnya:
Masukkan air gula, napla, jus limau nipis, cili padi, bawang merah, mangga, daun ketumbar, kacang gajus dan bebola udang dan gaul sebati.
 
 
 
Sambal Sotong Petai Abam
 
Bahan-bahan:
Sotong
Petai
Bawang putih diketuk dan dihiriskan
Bawang besar yang dihiris
2 batang Serai
 
Bahan-bahan kisar:
Cili kering
Bawang merah
 
Cara membuatnya:
Panaskan minyak, tumiskan bawang putih sehingga Wangi dan masukkan cili kering yang dikisar sehingga naik minyak, masukkan udang, gula dan garam secukup rasa.
Masukkan petai, masukkan bawang dan serai yang telah diketuk. Sedia untuk dihidangkan.
 
 
 

0 comments:

Post a Comment