https://sspniplusonline.ptptn.gov.my/sspniplusonline/?id=000008279

Sunday 21 June 2015

Ikan Di Laut Asam Di Darat #1 Chef Adu Amran

Saksikan 'Ikan Di Laut Asam Di Darat' bersama Chef Adu Amran. Saudara akan dibawa mengikuti perjalanan kulinari pada bulan Ramadan, dengan pelbagai juadah lazat yang mudah dipelajari.
 
"Ikan di laut asam di darat, Dalam belanga bertemu jua"
 
Ikan Siakap Goreng.
 
Bahan-bahan:
Ikan Siakap
Sedikit mentega
 
Pesan Chef:
Cara menfillet ikan, kelarkan di bawah insang, belah kat belakang di atas tulang. Jaga sudut pisau 45 darjah.
Selepas fillet buangkan tulang-tulang yang besar.
Bentukkan lebih menarik.
Gorengkan ikan yang telah diperap sedikit garam. Masukkan sedikit mentega.
 
 
Gulai Lemak Tauge
 
Bahan-bahan:
Tauge
Tauge Kacang Peas
Cili merah
Garam
Minyak masak
2 ulas Bawang putih dihiris nipis
1 labu Bawang merah dihiris nipis
1 cawan Santan Segar
 
Cara memasaknya:
Panaskan minyak, tumiskan bawang merah sehingga naik bau, masukkan bawang putih. Masukkan cili merah. Masukkan air sehingga mendidih.  Masukkan tauge putih, santan, tauge kacang peas. Garam secukup rasa. Boleh dihidangkan.
 
Sos Kicap
 
Bahan-bahan:
1 ulas bawang putih
5 biji Cili padi
Kicap manis
Gula
 
Cara membuatnya:
Cili padi dan bawang putih ditumbuk. Masukkan gula dan kicap manis.
 
Puding sekaya kulit kayu manis
 
Bahan-bahan:
3 biji telur
Santan
Gula merah
2 sudu teh Serbuk kayu manis
 
Cara memasaknya:
Pecahkan telur, masukkan gula merah dan whisk kan, masukkan santan dan serbuk kayu manis. Tapiskan dan kukuskan dalam mangkuk-mangkuk kecil. Kukuskan, jangan biarkan api terlalu besar dan air terlalu mendidih.
 
 
 
 
 
 

0 comments:

Post a Comment