Thursday, 18 June 2015

Ketuk-Ketuk Ramadan 2015 #2 Bersama selebriti undangan Dynaz Mokthar

Bersiaran di Tesco Semenyih, Bersama selebriti undangan Dynaz Mokthar. Resepi Masakan Berbuka Puasa Ramadhan 2015.
 

Nasi lemak diet Dynaz Mokthar
 
Bahan-bahan:
Beras perang
Halia
Daun pandan
Air
6 sudu Minyak kelapa
 
 
Cara memasaknya:
Masukkan beras, air, minyak kelapa, halia, daun pandan. Masakkan dalam rice cooker.
 
Bahan-bahan sambal udang:
Udang
Minyak zaitun

Bahan-bahan kisar:
Bawang merah
Bawang putih
Cili kering

 
Cara memasaknya:
Udang diperap dengan minyak zaitun.
Panaskan minyak dan tumiskan bahan kisar, masukkan udang dan kicap lemak manis dan madu secukup rasa. Sedia untuk dihidangkan.
 
 
Tips Dynaz
Santan - digantikan dengan minyak kelapa
Gula - digantikan dengan madu
Garam - digantikan dengan kicap lemak manis


 
Kek Ikan Salmon Sheila Rusly

Bahan-bahan:
500 gram ikan salmon
200 - 300 gram isi udang
1 biji ubi kentang USA yang telah direbus
2 ulas bawang putih
Daun bawang
Garam
Serbuk roti
Telur

Cara membuatnya:
Masukkan isi ikan salmon, isi udang, ubi kentang, bawang putih, daun bawang, garam, serbuk roti dan telur. Sebatikan.
Buatkan bulat atau macam bergedil.
Panaskan minyak dan gorengkan. Sedia dihidangkan bersama salad dan mayonis dengan bawang putih dan serbuk paprika.






0 comments:

Post a Comment