https://sspniplusonline.ptptn.gov.my/sspniplusonline/?id=000008279

Monday, 29 June 2015

Ketuk-ketuk Ramadan 2015 #13 Bersama selebriti undangan Wak Doyok

Bersiaran di Tesco, Bersama selebriti undangan Wak Doyok


Ayam Kung Fu Dao Wak Doyok

Bahan-bahan:
1 ekor Ayam
Cili kering direndam air panas
Bawang putih yang dicincang
Halia dihiris halus
Daun Kari
Cili boh / cili giling
Pes Tomyam
Sos tiram
Minyak bijan
Kicap
Serbuk pati ayam
Cili merah dan cili hijau dihiris

Cara memasaknya:
Panaskan minyak, tumiskan bawang putih, halia dan daun kari, masukkan cili kering, masukkan cili yang digiling.
Masukkan pes tomyam, masukkan ayam dan gaul sebati sehingga ayam masak.
Masukkan minyak bijan, kicap, sos tiram, serbuk ayam dan cili merah dan hijau. Siap sedia untuk dihidangkan.



Bihun Thai

Bahan-bahan:
Bihun yang telah dicelur
Tauge
Tauhu yang telah digoreng
Kacang Tanah
Udang kering ditumbuk kasar
Isi ayam
Udang
Sotong
Telur
Kicap Masin
Bawang merah dihiris
Cili flakes
Sos Nampla
Sos cili
Sos tiram

Cara memasaknya:
Panaskan minyak dan goring isi ayam terlebih dahulu  dan angkat.
Gorengkan sotong dan udang sekejap dan angkat.
Tumiskan bawang, masukkan telur, sos napla, kicap masin, sos cili, sos tiram, udang kering, cili flakes, masukkan air sedikit.
Masukkan ayam, sotong, udang, kacang, tauhu dan tauge.


0 comments:

Post a Comment