Bersiaran di Tesco Ampang, Bersama selebriti undangan Nelydia Senrose.
Ayam 4 rasa Sheila Rusly
Bahan-bahan:
1 ekor Ayam diperap dengan kunyit dan garam
Sos cili
Sos tomato
Sos tiram
Sos plum
Kulit kayu manis
Cili padi
Bahan-bahan kisar
Bawang besar
Bawang kecil
Bawang putih
Cili kering
Cara memasaknya:
Panaskan minyak, goreng ayam hingga separuh garing dan toskan
panaskan minyak.
Panaskan minyak, masukkan kulit kayu manis, bahan kisar, soso cili, sos tomato, sos plum, sos tiram dan biar masak sekejap kemudian masukan ayam goreng tadi, kacau hingga ayam sebati. Biar hingga kering dan angkat.
Rendang Udang Suka Hati Nelydia Senrose
Bahan-bahan:
1 kg udang harimau
Kerisik
Serai dititik
Daun limau purut
Daun kunyit
Asam keping
Santan
Garam dan gula secukup rasa
Bahan-bahan kisar:
Cili kering
Cili padi
Halia
Serai
Lengkuas
Bawang putih
Bawang merah
Cara memasaknya:
Panaskan minyak, tumiskan bahan-bahan kisar. Masukkan daun kunyit, serai, daun limau purut, asam keping.
Masukkan kerisik, masukkan santan sehingga kering sedikit.
Masukkan udang, garam dan gula secukup rasa.
0 comments:
Post a Comment