Agihan pendapatan dividen Amanah Saham Bumiputera (ASB) bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2014 telah diumumkan pada Khamis 18 Disember 2014.
Ia menyaksikan agihan pendapatan adalah sebanyak 7.50 sen seunit dan bonus satu sen seunit bagi dana Amanah Saham Bumiputera (ASB).
Jika dibandingkan dengan agihan pendapatan tahun sebelumnya, untuk tahun kewangan berakhir 31 Disember 2014 ia tiada kenaikan
Sementara itu, Amanah Saham Nasional Bhd. (ASNB), anak syarikat milik penuh Permodalan Nasional Bhd. (PNB) dalam satu notis yang dikeluarkan memaklumkan bahawa urus niaga ASB dan ASN ditangguhkan mulai 23 Disember 2014 hingga 1 Januari 2015 bagi tujuan pengiraan pengagihan pendapatan dan bonus
Pembayaran pengagihan pendapatan dan bonus berkenaan akan dikreditkan secara automatik ke dalam akaun pemegang unit, yang mana pemegang unit boleh mengemaskini buku pelaburan masing-masing di Ibu Pejabat, pejabat atau ejen ASNB di seluruh negeri mulai 2 Januari 2015
Pautan sumber : http://www.mysumber.com/kadar-kenaikan-dividen-dan-bonus-asb-2014.html#ixzz3MFp6IZGI
0 comments:
Post a Comment