Wednesday, 6 August 2014

Tumis-tumis Ramadan Chef Sabri, Juadah Aidilfitri, RENDANG DAGING KAMBING, MEE KARI, KOKTEL UDANG HARIMAU

RENDANG DAGING KAMBING

Penyediaan : 4 Orang
Masa : 45 Minit
 
Tumis-tumis Ramadan Chef Sabri, Juadah Aidilfitri, RENDANG DAGING KAMBING, MEE KARI, KOKTEL UDANG HARIMAU
Bahan-bahannya:
1kg Daging kambing – dipotong dadu
1lit Santan cair
1cawan santan Pekat
3 sdm Kerisik
6sdm Minyak Jagung
2 helai daun kunyit – dihiris halus
2 sdm Gula Pasir
1 in Kulit Kayu Manis
3 ktm Bunga Lawang
3 biji Buah Pelaga
1 sdk Serbuk perasa
2 sdm garam secukup rasa
 
Bahan Yang Dikisar:
1in Halia
½ in lengkuas
3 btg Serai
5 biji Bawang merah
5 ulas Bawang putih
2 sdm Pes Cili
¼ cwn Air
 
Cara membuatnya:
  1. Panaskan kuali, masukkan bahan-bahan yang dikisar,masukkan kulit kayu manis, buah pelaga, buang lawang, tumis hingga naik bau, masukkan daging kambing, kacau hingga hampir masak, kemudian masukkan santan cair dan santan pekat, kacau dan biar reneh hingga sos rendang menjadi pekat
  2. Masukkan kerisik, daun kunyit, gula , kemudian kacau hingga rendang hampir kering.
  3. Akhir sekali masukkan serbuk perasa dan garam secukup rasa.
 
MEE KARI
Penyediaan : 4 Orang
Masa : 30 Minit
 
Tumis-tumis Ramadan Chef Sabri, Juadah Aidilfitri, RENDANG DAGING KAMBING, MEE KARI, KOKTEL UDANG HARIMAU
Bahan-bahannya:
600g Mee kuning
6 sdm Minyak Jagung
2 biji Limau nipis dihiris
6 biji Bebola ikan
6 biji Bebola udang
2 biji Telur Ayam – direbus dan dibuang kulit
60g Taugeh – dicelur
10g Bawang goreng
2 biji Cili merah – dihiris
10g Daun bawang dan daun sup – dihiris
2lit Santan cair
2 cawan Santan pekat
1 cawan Air
1pkt (26g) Serbuk kari Daging
1 sdm Gula Perang
1 sdm Serbuk perasa Ayam
2 sdm Garam
 
Bahan Yang Dikisar:
3 ulas Bawang putih
½ in Halia
4 sdm Cili Boh
2 sdm Udang kering
3 ulas Bawang merah
 
 Cara membuatnya:
  1. Panaskan periuk, masukkan minyak jagung, tumis bahan-bahan yang dikisar hingga naik bau, kemudian masukan kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga. Kacau seketika.
  2. Masukkan serbuk kari daging kacau hingga rata, kemudian masukkan santan bebola ikan , udang,kacau hingga mendidih.
  3. Akhir sekali masukkan , gula, sedikit air limau nipis, serbuk perasa dan garam secukup rasa.
  4. Untuk hidang, celur mee kuning , letakkan ke dalam mangkuk, tuangkan kuah mee kari yang telah siap, kemudian hias di atas permukaan mee dengan taugeh, hirisan cili merah, bebola ikan , bebola udang, bawang goreng, telur rebus dan daun bawang.
 
KOKTEL UDANG HARIMAU
Penyediaan : 4 Orang
Masa : 20 Minit
 
Tumis-tumis Ramadan Chef Sabri, Juadah Aidilfitri, RENDANG DAGING KAMBING, MEE KARI, KOKTEL UDANG HARIMAU
Bahan-bahannya:
20 Ekor Udang Harimau – direbus dan dibuang kulit, kemudian disejukkan
1 biji Buah lemon – dipotong wedges
1 biji Buah tomato – dipotong wedges
6og Daun Salad campuran ( Lettuce, Lolorossa)
 
Sos Koktail
8sdm Mayonis
4 sdm Sos Cili – Kimball
2 sdm Sos Tomato – Kimball
1biji Perahan jus buah oren
Sedikit air limau nipis
Garam dan gula secukup rasa
 
Cara membuatnya:
  1. Susun daun salad dan udang di atas pinggan, kemudian hias dengan lemon dan buah tomato yang telah dipotong wedges.
  2. Untuk membuat sos koktel, masukkan semua bahan-bahan seperti mayonis, sos cili, sos tomato,perahan air limau nipis, jus oren, kemudian kacau hingga sebati, akhir sekali masukkan garam dan gula secukup rasa.
  3. Kemudian tuang di atas permukaan udang.

1 comment:

  1. Rendang!! Ya Allah kempunan nya. Nak hari raya lagi hehehe

    ReplyDelete