https://sspniplusonline.ptptn.gov.my/sspniplusonline/?id=000008279

Tuesday 8 July 2014

TUMIS TUMIS RAMADAN - MEE UDANG, AYAM GORENG KONG POH, JUS EPAL LOBAK MERAH

Mee Udang

Bahan-bahan
Udang yang berkulit keras
Halia - dihiris nipis
Bawang merah dicincang halus
Bawang putih - dihiris nipis / diketuk
Tomato dipotong 4
2 sudu sos cili
1 sudu sos tiram
2 sudu sos tomato
Mee kuning
Daun ketumbar
Celery
Kicap Manis
Serbuk Perasa
Garam
Gula Perang

Cara membuatnya:
Panaskan minyak jagung / sayuran / soya. Masukkan bawang, bawang putih dan halia sehingga Wangi. Ikut arah lawan jam. Masukkan sedikit daun ketumbar. Masukkan udang dan kacau. Masukkan 1 sudu makan sos tiram, 2 sudu makan sos tomato, 2 sudu sos cili. Masukkan air. Masukkan sedikit pes cili untuk pedaskan. Tambah sedikit air lagi. Masukkan mee. Masukkan celery, tomato dan cili merah. Masukkan kicap manis, Serbuk Perasa, garam dan gula perang.

Tips:
Bawang putih jangan dipotong awal / dikisar dengan air untuk mengekalkan aroma.
Udang pilih yang berkilat.
Jangan campur masakan laut dan darat


Ayam Goreng Kong Poh

Bahan-bahan
Ayam / isi ayam potong dadu
Bawang putih - dihiris halus
Halia - dihiris halus
Cili kering
Sos Tiram
Celery dipotong dadu
Lada Bengala
Cili Kering - dipotong
Kicap Cair
Sos tomato
Pes cili
Garam
Serbuk Perasa
Gula Perang
Daun Bawang

Cara membuatnya
Panaskan minyak jagung / sayuran. Masukkan halia, bawang putih, cili kering. Masukkan ayam kacau sampai ayam separuh masak. Masukkan sos tiram, sos tomato, sedikit kicap manis 2 sudu teh, masukkan pes cili untuk pedas. Masukkan lada bengala dan celery. Masak dalam 1 minit. Masukkan garam, serbuk perasa dan gula perang. Masukkan sedikit daun bawang. Siap boleh dihidangkan.

Tips:
Ayam jangan dibasuh dahulu sekiranya ingin disimpan dalam peti sejuk.
Lada Bengala jangan dimasak lama.
Minyak jagung disimpan dalam peti sejuk tidak akan beku
Jangan masukkan sayuran terlalu awal


Jus Epal Lobak Merah


Bahan-bahan
1/2 biji Lobak Merah
3 biji Epal Hijau
Gula Perang

Cara membuatnya:
Kisar epal dan lobak merah. Masukkan dalam gelas dan perahkan sedikit jus limau, masukkan gula secukup rasa dan ais. Siap

0 comments:

Post a Comment