https://sspniplusonline.ptptn.gov.my/sspniplusonline/?id=000008279

Tuesday, 8 July 2014

Tumis-tumis Ramadan Chef Sabri - Masakan Thailand

Tom Yam Makanan Laut

Bahan-bahan:
Lobak merah - dipotong
Putih Jagung Muda - dipotong
Bawang Putih - dihiris halus
Bawang besar - dihiris halus
Lengkuas
Kepak
Udang
Cili padi hijau - pecahkan
Sotong
Serai yang diketuk
Jus Limau Nipis
Cendawan Tiram
Cendawan Shitaki
Pes Tomyam
Serbuk perasa ikan bilis
Gula Perang
Garam


Cara membuatnya:
Panaskan minyak, untuk menumis bawang besar, bawang putih sampai naik bau, masukkan serai , pecahkan cili padi dan masukkan, kemudian masukkan pes tomyam kacau sampai naik bau dan kacau ikut arah lawan jam, masukkan air sehingga mendidih. Masukkan udang.
Setelah mendidih masukkan seafood yang lain, masukkan cendawan, sayuran yang lain lobak merah, putik jagung.
Masukkan serbuk perasa ikan bilis, sedikit gula perang, garam dan perahkan jus limau nipis

Tips:
Gunakan periuk Tanah
Pisau kena tajam untuk memudahkan kerja
Petua untuk elakkan masakan cepat basi perahkan jus limau, cuka / asam keping.


Ikan Bawal asam manis ala-ala thai

Bahan-bahan
Ikan bawal cermin buat fillet dengan garam dan tepung

Cara Membuatnya:
Ikan bawal dipotong fillet, dan digaul dengan garam dan tepung untuk mengelakkan ikan meletup-letup masa mengoreng. Gorengkan ikan jangan terlalu lama

Bahan-bahan membuat sos tiga rasa
Bawang putih - dihiris
Bawang merah - dicincang
Cili merah - dihiris
Serai - dihiris nipis
Pes Tomyam
Cili Sos
Sos Tiram
Sos Tomato - dipotong dadu
Lada Bengala
Halia - dimayang
Tomato
Jus limau nipis
Daun ketumber

Cara Membuatnya:
Panaskan minyak, masukkan bahan-bahan yang dihiris, masukkan sos tiram, sos cili, sos tomato, pes tomyam dan sedikit air. Kacau sebati. Masukkan serbuk perasa, gula dan garam.
Masukkan bahan-bahan yang mudah lembut lada bengala, tomato, masukkan jus limau nipis dan daun ketumbar.

Cara menghidangkan
Masukkan sos ke atas permukaan pinggang, letakkan ikan yang digoreng tadi. Siap



Tips:
Untuk membuat fillet pastikan pisau di atas tulang
Untuk mengelakkan ikan tidak meletup sapukan tepung.
Elakkan mengoreng ikan terlalu lama seelok-eloknya 5 minit


Manggo Lassi

Bahan-bahan
Susu / Yogurt
2 biji Buah manga yang telah masak dikupas kulit

Cara membuatnya:
Buah manga dikisar berrsama sedikit susu, gula perang dan ais batu. Tuang dalam gelas.



0 comments:

Post a Comment