Ayam Goreng Nyonya
Bahan-Bahan:Kepak ayam
Halia – dihiris halus
2 ulas bawang putih – dihiris halus
3 biji cili padi – diketuk
1 btg serai – dihiris halus
2 sdm sos tiram
Bawang besar – dipotong dadu
Serbuk ketumbar
Serbuk jintan manis
Serbuk lada hitam
4 sk minyak jagung
Garam
Gula perang dan serbuk perasa
Cara membuatnya:
- Masukkan bahan-bahan yang dihiris seperti bawang putih, serai, halia, cili padi, serbuk ketumbar, serbuk jintan manis, serbuk lada hitam, garam, serbuk perasa dan gula perang dalam mangkuk besar. Kacau hingga sebati.
- Masukkan ayam dan air limau nipis ke dalam mangkuk tadi, kacau dan perap selama 20 minit.
- Panaskan kuali, masukkan minyak masak dan goreng ayam sehingga warna keemasan.
- Angkat dan hiaskan dengan buah tomato dan daun ketumbar.
Nak bagi ayam goring nyonya sedap nak cepat perap masukkan jus limau / cuka sedikit.
Daging Masak Lemak
Bahan-Bahan:
Daging (dicadangkan daging batang pinang)
Ubi kentang
Santan
Garam
Gula perang
Air
Tomato - dipotong empat
Daun kunyit
Asam gelugor
Bahan dikisar:
20 gm bawang putih
800gm bawang merah
20 gm kunyit hidup
20 gm lengkuas
30gm halia
50gm cili padi
Serai
Cara Masak:
- Panaskan minyak masak dan tumis bahan yang di kisar hingga naik bau.
- Masukkan daging,daun kunyit, serai dan kacau hingga rata.
- Masukkan santan pekat, ubi kentang dan kacau pelahan- lahan dan renehkan hingga daging menjadi lembut.
- Masukkan serbuk santan, asam gelugor dan kacau hingga santan berminyak.
- Masukkan garam dan gula secukup rasa serta hiaskan dengan daun ketumbar.
Jangan merebus daging kerana daging akan cepat pecah. Seeloknya daging di goring dahulu supaya permukaan daging cepat masak, tidak pecah dan mengekalkan rasa daging.
Jus Tembikai Batu (Rock Melon)
Bahan-Bahan:
Tembikai batu (Rock Melon)
Susu/yogurt
Ais
Gula perang
Cara membuatnya:
- Masukkan semua bahan di atas dalam mesin pengisar dan tuangkan ke dalam gelas.
- Sedia diminum dengan hiasan hirisan epal hijau.
Tips:
Kalau takde susu boleh gantikan dengan aiskrim strawberry / vanilla / yogurt.
Hirisan epal hijau sekiranya ingin dihidangkan lama, perahkan dengan jus limau nipis supaya epal tidak menjadi perang.
menarik kena cuba nie
ReplyDeleteBahan-bahan pun mudah orang bujang pun boleh buat.
Delete