SALAD KENTANG
Kentang direbus – dipotong dadu
Bawang Putih – dicincang
Bawang merah – dicincang Halus
Mayonis
Daun parsley – dicincang halus...
Daun bawang - dihiris
Sedikit air limau nipis
Garam dan gula secukup rasa
Cara membuatnya:
Masukkan semua bahan-bahan dalam mangkuk , kemudian gaul hingga rata.
Tips:
Bagi mengelakkan kentang cepat Lebam masukkan dalam air dan masukkan sedikit garam
Sekiranya ingin membuat persediaan awal bawang / bawang putih yang dikisar masukkan minyak jagung supaya tidak beku.
Jangan buat salad kentang awal-awal kerana cepat lemau
Mayonis
Bahan-bahan:
1 biji kuning telur
1 cawan minyak jagung
Sedikit pes biji sawi
Cara membuatnya
Pukul kuning telur dengan pes biji sawi dan pelan-pelan masukkan minyak jagung sedikit-sedikit sampai pekat. Masukkan sedikit air suam bila dah pekat. Perahkan jus limau nipis.
SALMON PANGGANG SOS MENTEGA
Penyediaan : 8 orang
Masa penyediaan : 20 minit
Bahan-Bahan:
8x 160g Isi Ikan Salmon – dipotong fillet
4 sm Tepung gandum
6 sm Minyak jagung
250g Mentega tanpa garam ( Unsalted butter )
2 ulas Bawang putih – dicincang
3 ulas Bawang merah – dicincang
1 sk Halia – dicincang
2 sm Daun Parsley dicincang
2 sk Lada hitam – dikisar ( black pepper crusted )
2 biji Perahan air lemon
1 helai Daun Bay
1 biji Tomato dibuang biji – dipotong brunoise
2sk Lada hitam – dicincang
1 sk Garam
2 sk Gula
Cara membuatnya:
- Basuh isi ikan dengan bersih, kemudian perap dengan sedikit air lemon, garam, lada hitam, sedikit minyak dan biar selama 5 minit.
- Panaskan kuali leper (Frying Pan) dan masuk minyak jagung, Salut isi ikan dengan tepung gandum kemudian goreng selama 3 minit hingga warna bertukar menjadi kuning keemasan (Golden brown) dan angkat dari kuali.
- Untuk membuat sos dengan kuali yang sama, tambah sedikit minyak jagung, masukkan bawang putih, halia, bawang merah, bay leaf, lada hitam dan kacau hingga naik bau.
- Masukkan mentega,tomato, perahan air lemon dan kacau selama 2 minit dan biarkan sos mereneh sebentar.
- Akhir sekali masukkan garam dan gula secukup rasa, siap untuk dihidang. Letak isi ikan yang telah digoreng di atas pinggan dan tuang sos di atas pemukaan isi ikan.
- Hias dengan daun ketumbar dan cili merah.
1/2biji Buah Tembikai Batu (Rock Melon)
1 biji Buah Epal
1 biji Buah Mangga
1biji Buah Oren
1biji Buah Delima
Cara:
1. Potong semua buah berbentuk dadu kemudian masukkan ke dalam mangkuk.
2. Kemudian gaul hingga rata.
0 comments:
Post a Comment