https://sspniplusonline.ptptn.gov.my/sspniplusonline/?id=000008279

Friday, 11 July 2014

Ketuk Ketuk Ramadan 2014 Joey Daud - Ikan cili kering, Ayam Masak Kicap 'Tie-Joey'

Bersiaran di Tesco Setia Alam, Sheila Rusly menerjah Joey Daud yang pada mulanya berasa marah kerana Sheila Rusly mengatakan dia dahulu suam-suam kuku tetapi sudah popular sekarang. Namun isterinya pelakon dan penyanyi, Watie menasihatkannya supaya bertenang lebih-lebih lagi semasa bulan Ramadan.

Ikan cili kering

Ketuk Ketuk Ramadan 2014 Joey Daud - Ikan cili kering, Ayam Masak Kicap 'Tie-Joey'
Bahan-bahan
Ikan merah / kerapu / siakap untuk dibuat fillet
Kicap Cair
1 biji telur
Tepung Jagung
Kicap Pekat
Cili kering
1 inci Halia - dihiris halus
Bawang putih - dicincang
Bawang Holland potong wedged
Sos Tiram
Sos Cili

Cara membuatnya:
Gaulkan isi ikan dengan kicap cair, perapkan. Salutkan dengan telur dan salutkan tepung jagung dan goreng.
Panaskan minyak, masukkan cili kering, bawang putih, halia, sos tiram saji, sos cili saji, garam dan gula secukup rasa. Masukkan ikan. Siap.


Ayam Masak Kicap 'Tie-Joey'

Ketuk Ketuk Ramadan 2014 Joey Daud - Ikan cili kering, Ayam Masak Kicap 'Tie-Joey'
Bahan-bahan
Ayam yang digoreng separuh masak
Kentang separuh masak
Bawang putih * ditumbuk
Bawang kecil * ditumbuk
Halia * ditumbuk
Cili padi
Sos Cili
Sos Tomato
Sos Tiram
Kicap Masin
Kicap Manis

Cara membuatnya:
Panaskan minyak, tumiskan bahan tumbuk / kisar, masukkan sos cili, sos tiram, kicap masin, kiccap manis. Masukkan air dan biar seketika. Masukkan garam dan gula secukup rasa, masukkan ayam, cili padi. Masukkan kentang. Siap







0 comments:

Post a Comment