https://sspniplusonline.ptptn.gov.my/sspniplusonline/?id=000008279

Tuesday, 8 July 2014

Tumis-tumis Ramadan Chef Sabri - Oat Susu Bermadu, Ayam Goreng Lada Hitam, Jus Mangga & Pisang

Oat Susu Bermadu

 Bahan-Bahan:1 cawan oat segera ( Instant oat)...
1 cawan susu cair UHT/susu kambing
2 sdm madu lebah
buah oren

buah anggur hitam – dipotong dadu
buah anggur hijau – dipotong dadu
epal merah - potong dadu
kismis kering ( raisin)
 
Cara membuatnya:
  1. Masukkan oat dan susu cair UHT/kambing dan kacau sehingga kembang.
  2. Masukkan semua buah-buahan yang dipotong dadu ke dalam mangkuk dan kacau hingga rata. Perahkan sedikit perahan air oren.
  3. Masukkan 2 sudu makan madu. Hiaskan dengan hirisan epal merah dan daun pudina. Siap untuk dihidang.
Tips:
Amalkan 21 biji kismis untuk otak yang cergas
Kismis juga boleh menambahkan vitamin C.
 
Ayam Goreng Lada Hitam
 
Bahan-Bahan:
Daging paha ayam – dihiris, buang tulang dan kulit
Bawang putih – dicincang
Bawang merah – dipotong dadu
Lada benggala kuning
2 sdm sos tiram
2 sdm kicap cair
2 sdm serbuk lada hitam
Minyak jagung
Garam dan gula secukup rasa
 
 Cara membuatnya:
  1. Panaskan minyak, tumis bawang putih, bawang merah halia hingga naik bau.
  2. Masukkan ayam yang dipotong kecil-kecil, sos tiram, kicap cair, serbuk perasa ayam, sedikit gula perang dan kacau hingga rata.
  3. Masukkan lada benggala kuning, seleri, garam , gula dan hiaskan dengan hirisan kulit tomato.
Tips:
Halia menambahkan aroma dan melancarkan peredaran darah.
Peha isi merah ada kemanisan

 
Jus Pisang & Mangga
 
Bahan-Bahan:
1 biji mangga- potong dadu
1 biji pisang
1 cawan susu kambing/UHT
Ais
3 sudu makan gula perang
 
Cara membuatnya:
  1. Masukkan semua bahan ke dalam mesin pengisar dan kisar hingga hancur.
  2. Siap untuk dihidang dengan hirisan buah kiwi.
 
 

0 comments:

Post a Comment