https://sspniplusonline.ptptn.gov.my/sspniplusonline/?id=000008279

Tuesday, 8 July 2014

Tumis-tumis Ramadan Chef Sabri - Nasi Mandy Yemen, Kambing Panggang Morocco, Tomato Salsa

Nasi Mandy Yemen

Bahan-Bahan:
2-4 cawan beras basmathi
2 cawan air
sedikit halia

1 cawan minyak sapi – Ghee atau minyak jagung
5 biji buah pelage
4 biji bunga lawing
5 gm kulit kayu manis
8 biji bunga cengkih
1 sdk serbuk kunyit
1 sdk serbuk jintan putih
1 sdk serbuk ketumbar
1 sdm garam
1 sdm serbuk perasa ayam
2 sm gula perang
 
Bahan Yang Dihiris Halus:
- 2 ulas bawang putih
- 1/2 bawang besar
- ½ in halia
 
Cara membuatnya:
  1. Rebuskan air dalam periuk tanah.
  2. Masukkan halia, bawang besar, bawang putih bersama bahan 3 serangkai iaitu kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga ke dalam periuk tanah tersebut.
  3. Masukkan beras basmathi ke dalam mangkuk, kemudian masukkan serbuk perencah ayam, serbuk kunyit, serbuk jintan manis, serbuk kunyit, garam dan sedikit gula perang, kacau hingga rata.bersama 2 cawan air dikacau seterusnya dimasukkan ke dalam periuk tanah.
  4. Kacau hingga rata dan masukkan setengah minyak jagung, kacau dan tutup periuk.
  5. Setelah siap tutup api biar selama 4 minit di dalam periuk.
  6. Siap untuk dihidang, hiaskan dengan hirisan timun.
 
Kambing Panggang Morocco
 
Bahan-Bahan:
- Daging kambing (bahagian paha)
- 3 ulas bawang putih – dicincang
- halia - dicincang
- bawang besar - dicincang
- cili kering dicincang
- 1 sdk serbuk jintan manis
- 1 sdk serbuk jintan putih
- 1 sdk serbuk rosemary
- 5 sdm minyak masak
- 2 sdk serbuk paprika
- 1 sdk serbuk perasa ayam
- 2 sdk air limau nipis
- Garam secukup rasa
 
Cara membuatnya:
  1. Daging kambing diletakkan garam di kedua-dua bahagian.
  2. Masukkan semua bahan-bahan ke dalam mangkuk, perap selama 20 minit.
  3. Masukkan sedikit perahan air limau nipis.
  4. Panaskan kuali, masukkan minyak dan panggang.
  5. Setelah siap, hiaskan daun bawang dan buah lemon.
Tips
Masak dalam ketuhar, Panaskan suhu dalam ketuhar 140C - 160C selama 10 minit dan turunkan suhu 120C - 130C, seekor kambing 1 jam 45 minit, peha kambing sekurangnya 45 minit.
 
 
Tomato Salsa
 
Bahan-Bahan:
2 biji tomato – dipotong dadu
1 biji timun - dipotong dadu
1 ulas bawang besar – dipotong dadu
2 sdm gula
1tsp daun ketumbar
½ biji air limau nipis
garam
 
Cara membuatnya:
  1. Masukkan semua bahan-bahan ke dalam mangkuk dan gaul hingga rata.
  2. Masukkan garam secukup rasa dan sedia untuk dihidang.
 

0 comments:

Post a Comment