https://sspniplusonline.ptptn.gov.my/sspniplusonline/?id=000008279

Thursday 10 July 2014

Tumis-tumis Ramadhan Chef Sabri - Masakan Barat Sup Cendawan Berkrim, Spaghetti Aglio Olio, Jus Buah Naga dan Anggur

SUP CENDAWAN BERKRIM

Tumis-tumis Ramadhan Chef Sabri
Bahan-Bahan:

Cendawan Shitake

Cendawan tiram ( Oyster Mushroom )
Bawang besar – dipotong dadu
Bawang putih
Seleri
Air
1 cwn krim masakan/susu sejat penuh krim
Minyak zaitun
Garam
Sedikit serbuk perasa
 
Bahan-bahan dikisar:
Cendawan Shitake
Cendawan tiram ( Oyster Mushroom )
Bawang putih
Bawang merah
Seleri
 
Cara Membuatnya:
  1. Panaskan periuk, masukkan minyak zaitun dan tumis bahan-bahan yang dikisar dan kacau.
  2. Masukkan krim, sedikit air dalam periuk dan biarkan mendidih. Masukkan garam dan gula secukup rasa.
  3. Angkat dari dapur kemudian biarkan sejuk, setelah sejuk masuk dalam mesin pengisar (blender) dan kisar hingga halus.
  4. Hidang dan hias dengan daun parsley yang telah dicincang halus.
Tips;
Sekiranya ingin cendawan tahan lama bungkus di dalam surat khabar atau plastic yang kalis air sebelum dimasuk dalam peti sejuk.
 
 
SPAGHETTI AGLIO OLIO
 
Tumis-tumis Ramadhan Chef Sabri
Bahan-Bahan:
Spaghetti – direbus
Bawang putih – dicincang
Bawang merah – dicincang
Udang – dibuang kulit
Kepah
Sotong – dipotong bulat
Cili padi - dihiris
½ sdk lada hitam
1sdk cili kering - dicincang
6 sdm minyak zaitun
1 sdk serbuk perasa ayam
Garam secukup rasa
 
 Cara Membuatnya:
  1. Panaskan kuali masukkan minyak zaitun ,bawang putih, bawang merah, cili padi, kacau hingga naik bau.
  2. Kemudian masukkan udang,sotong, kepah, serbuk cili, serbuk campuran itali dan kacau.
  3. Masukkan spaghetti, serbuk perasa, garam, serbuk perasa dan lada hitam yang telah dikisar dan kacau rata.
  4. Siap dan taburkan keju Parmesan dan serbuk cili.
Tips:
Cara mencelur spaghetti, panaskan air biarkan mendidih, masukkan garam kemudian masukkan spaghetti sehingga color andante tengah-tengah warna putih. Angkat dan masukkan dalam ais supaya tidak terlebih masak.
 
Jus Anggur Dengan Buah Naga
 
Tumis-tumis Ramadhan Chef Sabri
Bahan-Bahan:
Buah Anggur hitam
Buah anggur Hijau
Buah Naga -dipotong kecil
Ais
 
 Cara Membuatnya:
1. Masukkan semua buahan ke dalam blender.
2. Siap dan tuangkan ke dalam gelas.
3. Hiaskan dengan hirisan buah oren.
 



0 comments:

Post a Comment