https://sspniplusonline.ptptn.gov.my/sspniplusonline/?id=000008279

Thursday, 10 July 2014

Ketuk-ketuk Ramadan 2014 bersama Arja Lee - Sambal ikan bilis ubi kentang tempe, Nasi Oren

Bersiaran di Tesco Tanjung Pinang. Sheila Rusly menerjah Arja Lee, pelakon segak dan bergaya yang turut berlakon dalam drama bersiri 'Tarbiah Cinta' yang disiarkan setiap Isnin hingga Khamis, pukul 11.30 pagi di tv1.

Sambal ikan bilis ubi kentang tempe

Ketuk-ketuk Ramadan 2014 bersama Arja Lee - Sambal ikan bilis ubi kentang tempe, Nasi Oren
Bahan-bahan
Cili Kering
Ikan Bilis - digoreng dahulu
Tempe - digoreng dahulu
Ubi Kentang - digoreng dahulu
Bawang Besar - dihiris halus
Bawang Merah - dicincang
Bawang Putih - dicincang
Sos Cili
Sos Tomato
Kicap Lemak Manis

Cara membuatnya:
Panaskan minyak, tumiskan bawang putih, bawang merah, cili kisar, masukkan bawang besar, masukkan cili, sos tomato dan kicap, gula dan garam secukup rasa. Masukkan ikan bilis, kentang dan tempe gaul sebati. Siap.


Nasi Oren

Ketuk-ketuk Ramadan 2014 bersama Arja Lee - Sambal ikan bilis ubi kentang tempe, Nasi Oren
Bahan-bahan
Beras Basmathi
Oren Sunquick
1/2 ekor ayam diperap dengan jus oren
Bawang besar, bawang putih dan halia ditumbuk
4 sahabat bunga lawing, kayu manis, bunga cengkih, bunga pelaga
Daun Pandan
2 biji perahan oren
2 kiub ayam
Kismis
Susu Cair Saji
Marjerin Adela

Cara membuatnya
Panaskan sedikit minyak, cairkan sedikit marjerin Adela, tumiskan 4 sahabat, bahan-bahan tumbuk, daun panda, ayam masakkan seketika, kiub ayam, dan sedikit air, jus oren.
Masukkan ke dalam rice cooker, beras, bahan tumisan, susu cair dan sedikit air. Masak seperti biasa dan hiaskan dengan kismis.


0 comments:

Post a Comment