https://sspniplusonline.ptptn.gov.my/sspniplusonline/?id=000008279

Wednesday, 9 July 2014

TARIKH TUKAR DUIT RAYA 2014

TUKAR DUIT RAYA 2014, TUKAR DUIT RAYA 2014, TUKAR DUIT RAYA 2014
 
Hari ni dah 12 Ramadhan 1435H, mesti ada yang tak sabar-sabar dah nak tukar duit raya untuk diberikan kepada mak ayah, sedara mara, sahabat handai, jiran tetangga, dan tetamu-tetamu cilik yang dating beraya di rumah. Agak-agaknya bila Bank akan buka kaunter untuk penukaran duit baru Bank Negara ni. Kat Public Bank dah boleh tukar duit raya.
 
Biasanya 2 minggu nak raya bank-bank dah mula buka kaunter penukaran duit baru. Cadang nak tukar untuk anak-anak buah seramai 12 orang, bagi RM 5.00 so budget untuk duit raya tahun ni RM 60.00.
 
  
Tips yang diambil perhatian dalam tukar duit raya iaitu :

i. Pergi waktu pagi
Kebanyakan bank telah menetapkan waktu urusan tukar duit ini dilaksanakan pada waktu pagi, sebelum jam 2.00 petang. Biasanya notis penukaran duit raya ada di tampal di main entrance. Ada juga bank menetapkan kuota, jumlah tukaran yang dibenarkan pada satu hari.

ii. Pilihlah bukan bank utama.
Bank utama seperti Maybank dan CIMB, mempunyai banyak cawangan, mempunyai ramai pelanggan, maka urusan tukar duit ini akan menjadi lebih susah dan lambat.
 
Sebab itu, eloknya pilih bank seperti OCBC, Alliance Bank dan bank yang sewaktu dengannya. Tapi harus diingat ada bank tertentu seperti Ar-Rajhi Bank, Affin Bank, hanya entertain pelanggan atau pemegang akaunnya sahaja.

iii. Tukar duit guna member yang kerja bank
Ini pilihan yang terbaik, tapi bukan semua dikalangan kita yang ada kawan kerja dengan bank. Tapi kawan atas kawan bukan apa salahnya, yang penting kita dapat tukar duit.
 
iv. Withdraw duit di ATM Machine
Paling mudah nak duit baru RM 10, RM 20, RM 50 dan RM 100 melalui ATM Machine. Saya withdraw kat ATM RM 200 dapat duit baru RM 50 X 2 dan RM 20 X 5 so dah tak perlu susah payah tukar di bank lagi. Hanya perlu tukar duit RM 1 dan RM 5 sahaja kat kaunter.
 
Itulah keseronokan untuk beraya, kadang-kadang kalau susah sangat nak tukar duit, kasi aje duit yang biasa kita gunakan hari-hari. Aku bagi kat wife bagi duit lama, bagi duit baru ke duit lama sama jer, dapat duit terus lebur ke shopping.

 
Selamat Menukar Duit Raya 
 
 
 



0 comments:

Post a Comment